Ujian. Penat penat penat dah. Ini manusia, sering saja mengeluh saat uijian menerpa. Begitu juga dengan saya. Sakitkan , kadang –kadang tertanya macam mana nak bangkit semula ni. Ujian itu Kekuatan

Sebagai bekalan pada langkah-langkah yang akan datang. Saya tak tahu apa yang Allah rancang pada masa depan. Tapi saya yakin dengan rencanaNya. Sebab lagkah saya semakin kukuh.
Ingatlah bahawa ujian ini tidak melemahkan. :')


Ya Allah kenapa ujian ni seolah-olah mengekori saya?

Menangis lagi. Sering saja manusia menyalah tafsir erti air mata itu. Tapi saya tak kisah dah. Saya tahu bila saya menangis orang anggap itu adalah air mata yang tunjukkan saya ni lemah.
Saya sedih.
Tapi saya faham hakikatnya manusia hanya mentafsir, yang mengerti hanya lah Allah semata.
Kalau dulu, saya jatuh saya lemah sangat , saya tak nampak yang ujian ni satu tanda kasih Allah, sebab tu dulu saya selalu tanya kenapa Allah uji saya.
Kenapa bukan orang lain, saya cari jawapan tapi jawapan tui samar-samar je. Allah kirim sesorang, seseorang yang diuji.
Saya pandang dia. Pandang pada langkahan dia. Dia sangat kuat.
Tapi hakikat dia juga sedang berjuang untuk bangkit kembali ketika itu. Lalu saya detikkan dihati , dia kuat dia boleh , awak juga boleh.
Semakin hari semakin kuat , semakin hari semakin mengerti. Saya berjalan dan terus berjalan dibuminya.
Satu hari langkah saya terhenti lagi. Allah ujian datang lagi, malah jauh lebih mencabar dari dulu. Tapi sekarang dia tiada. Semangat dia saya dah tak jumpa kat mana.
Disini saya belajar bina kekuatan sendiri.
Ajar diri bergantung pada Allah semata. Mungin dulu Allah hadirkan dia sekadar penguat dan permulaan untuk diri ni mendekati yang Esa.
[tiada kekuatan selain dengan pertolongan dari Allah]- Al-kahf ayat 39
Tiada kekuatan selain dari pemilik kekuatan, dan kita ini perlu rendah kan sobong dan ego dalam diri pohonlah padaNya.
Apa yang saya sedar semakin saya mendekatinya semakin dia menguji. Kini saya semakin positive dengan ujianNya. Mungkin ada air mata yang mengalir.

Air mata yang mencari kekuatan untuk terus bersangka baik.

Sebagai bekalan pada langkah-langkah yang akan datang. Saya tak tahu apa yang Allah rancang pada masa depan. Tapi saya yakin dengan rencanaNya. Sebab lagkah saya semakin kukuh.
Ingatlah bahawa ujian ini tidak melemahkan.
Disember ni genap 21 tahun hidup sebagai khalifah di Bumi Allah. Bermuhasabah seketika, bermonolog dengan diri.Pandang lagit lalu dipejamkan mata.hangat terasa dipipi.
Hati bertanya pada diri:
“dah jadi hamba Allah yang terbaik ke? Dah ikut segala perintahNya?
“dah jadi umat nabi Muhammad yang hebat ke? Dah amalkan sunnah-sunnahnya?
“dah jadi anak yang solehah ke untuk mak ayah? Dah berbakti ke pada mereka?
“dah jadi kakak atau adik yang penyayang ke? Dah mampu jadi contoh untuk mereka?
“dah jadi sahabat yang baik ke? Selalu ke mendoakan mereka?
“dah jadi teman yang setia ke? Yang menemani hingga ke syurga?
Hati bermonolog lagi,
Layakkah aku ke syurga?
Allah terima ke segala amalan aku?
Allah , Allah Allah. Kuatkan kami dalam mujahadah ini. Ujian kenapa tidak ia jadikan kita lebih sabar lebih kuat. lebih dekat dengan Allah. Penghapus dosa dan semestinya ia tanda kasih sayang Allah.
Membebankan? Tidak! .kita layak diuji kerana kita hamba.
[dan sesungguhnya Kami benar-benar  akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu.]
surah muhammad ayat 31
 
http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/ujian-itu-kekuatan/

Comments

Popular posts from this blog

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang