Pujuk la saya......

mata baru nak lelap. tiba-tiba ada pesanan ringkas.

"saya baru lepas diputuskan..."

"innalillah. kembalilah kepada Allah."

"pujuk la saya."

"yakinlah Allah menyiapkan seseorang yang lebih baik untuk kamu di masa hadapan."

"kenapa awak pasti sangat?"

"sebab, Tuhan tu Maha Penyayang DIA tak mahu tengok awak terus disakiti dan terluka lebih dalam, maka DIA putuskan awak dan kekasih awak, supaya awak kembali pada DIA, membaiki diri, untuk menerima yang lebih baik di masa hadapan."

pesanan ringkas tu tak berbalas. moga dia faham. ya, Tuhan Maha Penyayang. tidurlah. moga esok ada hikmah buat kita atas segala kesedihan pada hari ni.

- sederhanaindah

Comments

Popular posts from this blog

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang