MENGAPA SUKA SANGAT SALAHKAN ORANG LAIN NI..?


Seharian semalam saya bersama warga usahawan di Keramat Mall. Tempat yang gah dan cantik, lokasi strategik, sewaan yang ‘amat murah’ dari DBKL tapi masih kosong! MENGAPA?

Antara keluhan peniaga disana, ialah menunding jari kepada pihak lain. Inilah sifat yang ada di dalam diri manusia adalah suka menyalahkan orang lain atas pilihan, tindakan dan kekurangan diri sendiri.

Kita, manusia sememangnya suka menyalahkan orang lain. Kita menyalahkan semua orang dan semua perkara kecuali diri sendiri. Kita menyalahkan ibu bapa, anak anak, makanan, kereta, lalu lintas, majikan, kerajaan, pengurusan dan termasuklah cuaca.

Jurujual yang gagal dalam sesuatu urusan menyalahkan pelanggan yang keras kepala. Pelajar yang gagal dalam peperiksaan menyalahkan guru-guru dan subjek yang mereka ambil. Pekerja yang lambat sampai ke pejabat menyalahkan hari hujan atau kesibukan lalu lintas.

Terdapat dua jenis tindakan dan dua jenis manusia. Dua jenis tindakan tersebut adalah alasan dan pencapaian. Manusia pula terdiri yang Internalists dan Externalists. Internalists adalah mereka yang berorientasikan pencapaian; bertanggungjawab atas tindakan, kejayaan dan kegagalan mereka. Externalists adalah mereka yang tidak bertanggungjawab atas tindakan mereka dalam hidup, dan bersembunyi di balik alasan.


Seharian semalam saya bersama warga usahawan di Keramat Mall. Tempat yang gah dan cantik, lokasi strategik, sewaan yang ‘amat murah’ dari DBKL tapi masih kosong Merekalah orang yang menyalahkan orang lain atas kegagalan mereka dan menganggap diri mereka adalah mangsa.

Apa yang kita perolehi sekarang adalah hasil dari pilihan yang telah dilakukan atau gagal dilakukan pada masa lalu. Kehidupan sekarang mencerminkan cara anda memberi respon dan bertindakbalas atas apa yang berlaku. Ia bukan hasil dari tindakan orang lain.

Alasan adalah satu pembohongan yang kita beritahu kepada diri sendiri dan mahukan orang lain mempercayainya. Sekiranya lewat sampai pejabat, kita boleh keluar lebih awal dari rumah supaya tidak lambat sampai ke pejabat. Anda tidak perlu menyalahkan keadaan cuaca atau kesibukan lalu lintas.

Kita semua mempunyai kuasa untuk membuat pilihan dan kita bertanggungjawab membuat pilihan yang tepat. Kita mempunyai kemampuan untuk memburukkan lagi keadaan. Kita juga mempunyai kemampuan untuk melakukan yang lebih baik.

Pilihan ditangan anda. Jika semua diantara kita sibuk membetulkan dan memperbaiki diri sendiri nescaya masyarakat kita lebih makmur!


Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang