Kenali Hati Kita


Hati kita mempunyai kapasiti yang tersendiri. Ia juga boleh membesar dan mengecil.

Apa yang kita isi di dalamnya yang akan mempengaruhi perubahan tersebut.

Sekiranya kita berterusan mengisi hati kita dengan cinta kepada dunia dan isinya, maka ketahuilah hati tersebut akan berterusan mengecil.

Sekiranya kita berterusan mengisi hati kita dengan cinta Allah dan Rasul-Nya, maka ketahuilah hati tersebut akan berterusan mengembang.

Sekecil-kecil hati adalah apabila kita tidak mampu langsung ingat akan Allah dan agama-Nya, dan sebesar-besar hati adalah seperti hati Rasullah s.a.w yang disebabkan cinta baginda s.a.w yang agung terhadap Allah s.w.t, beliau mampu cinta akan para sahabat dan umat baginda s.a.w, walaupun kita berada di tempat dan masa yang jauh berbeza darinya dan tidak pernah bersua muka dengannya.

Ya Allah, jadikanlah cinta kami kepada kamu dan Rasul kamu lebih besar dari dunia dan isinya, dan besarkanlah jiwa kami supaya kehidupan kami dapat memberi manfaat kepada orang di sekitar kami.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang