Setiap orang ada sejarah hitam dalam hidupnya....



Sepanjang umur kita ini, kita banyak menyaksikan pemergian orang yang dekat dengan kita samada sahabat mahupun keluarga. Ada yang pergi kerana sudah ada kehidupan baru (belajar, kerja, rumahtangga etc) dan ada pula yang pindah ke alam abadi.

Rasa sedih apabila ada pemergiaan itu adalah sifat tabi'e manusia. Tinggal lagi, kita hendaklah bersedia untuk menghadapinya kerana setiap permulaan pasti ada akhirnya.

Sekiranya mereka berjumpa & berpisah kerana Allah Taala serta hidup berkasih sayang pun keranaNya, pasti dan pasti akan bersama semula di suatu tempat abadi yang mana tiada lagi sifat hasad, benci dan apa-apa yang boleh memutuskan hubungan.

Janganlah membiarkan rasa sedih itu membelenggu hidup sehingga berat kaki untuk melangkah ke hadapan. Ingatlah kata Sayidina Umar al Khattab "setiap orang yang ada sejarah hitam dalam hidupnya, mampu untuk membuat kegemilangan pada hidupnya yang akan datang." Wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang