Alkisah di tempat kerja (- dari koleksi Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man)



Rudin dan Mat sama-sama memasuki satu syarikat pemborong selepas tamat pengajian tinggi. Berdua rajin bekerja dan sama kerja keras.

Selepas 5 tahun bekerja, Mat dinaikkan menjadi pengurus jualan manakala Rudin kekal sebagai wakil penjual. Satu hari, Rudin tidak tahan lagi dan menghantar surat perletakan jawatan kepada bosnya dan mengadu bahawa bosnya tidak menghargai pekerja yang bekerja kuat dan sebaliknya hanya suka pada mereka yang mengampunya.


Bos mereka tahu Rudin dan Mat kerja kuat, tapi untuk memahamkan Rudin mengapa beliau memilih Mat daripada dia, bos memberitahu Rudin:

“Rudin, jangan resign dulu. Siapkan tugasan ini, jika cemerlang saya akan promote Rudin tahun ini. Dan tugasan ini mudah saja. Pergi ke pasaran dan melihat ada tak sesiapa yang menjual tembikai susu Australia?”

Rudin bergegas pergi dan kembali ke bilik bosnya dan berkata ada. Bos bertanya pada Rudin, berapa satu kg. Rudin berkata RM12.

“Ok. Good,” kata bos Rudin. Rudin ingat beliau sangat hebat dan bertanya kepada bos, “Berapa gaji yang saya dapat naik?”

Bos Rudin menyuruhnya, “Tunggu kejap,” dan kemudian menyuruh Mat masuk ke bilik dan suruh Rudin diam ketika beliau bercakap dengan Mat.

Mat datang ke bilik melihat bos dan Rudin duduk bertentangannya.

“Mat, tolong lihat ada sesiapa yang menjual tembikai susu Australia?” bos menyuruh Mat.

Rudin terasa sangsi dengan apa yang berlaku, tapi tidak bertanya kerana mindanya hanya terfokus pada berapa gaji yang dia akan dapat.

Bos Rudin kata perkara itu akan dimaklumkan selepas Mat kembali.

Mat kembali dalam waktu yang lebih singkat daripada Rudin.

“Hanya ada satu syarikat menjual tembikai susu Australia pada harga RM12/kg, dan RM100 pun 10kg. Dalam gudang beliau ada 340 biji tembikai lagi. Di atas meja jualan, ada 58 biji tembikai dengan keberatan 15 kg yang diimport masuk 2 hari lepas – segar, merah dan berkualiti tapi tak setanding kita – suppliernya mereka lain.”

Rudin rasa terpegun dengan jawapan yang diberikan Mat. Bos mengucapkan terima kasih kepada Mat dan menyuruhnya keluar.

Rudin tidak berkata apa-apa, dan tidak bertanya pada bosnya berapa kenaikan gaji yang patut dia dapat. Sebaliknya dia berkata, “Bos, saya nak tinggal dan belajar dengan Mat lagi. Terima kasih pengajaran hari ini.”

Seorang yang berjaya melihat mendalam dalam perancangannya, tapi yang sentiasa gagal hanya lihat di permukaan. Seperti cerita tikus dengan rakan-rakannya kambing, kerbau dan ayam, ada yang melihat samada wujud atau tidak perangkap tikus tersebut, kambing, kerbau dan ayam tetap akan disembelih. Tidak semestinya, ada kambing yang digunakan untuk mendapatkan susu, kerbau untuk membajak sawah dan benih anak lembu dan ayam untuk bertelur. Ramai yang hanya nampak cerita tersurat fokus pada watak dan bukan pengajaran di sebaliknya.

Adakah anda bagaikan Rudin atau Mat di dalam hidup anda?

Senyum

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang