Doa Mengakui Kesilapan dan Memohon Keampunan


"Ya Allah, Engkaulah Rabbku, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku hamba-Mu. Dan aku tetap berpegang pada janji dan taat setia terhadap-Mu dengan segala kemampuanku.
Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang aku lakkan. Aku mengakui segala nikmat-Mu kepdaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan. Maka ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau. (Riwayat al_Bukhari)

Pesanan:

Hadis ini daripada Syaddad bin Aus r.a. bahawa RAsulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Penghulu doa keampunan (istifar) ialah kamu mengucapkan..(sebagaimana doa di atas). Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari tiu sebelum petang (malam), maka dia akan dimasukkan ke syurga. Dan sesiapa mengucapkannya waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal dunia sebelum pagi, makan dia termasuk dalam kalangan ahli syurga."

Antara keistimewaan 'penghulu istighfar"

1. Lebih utama berbanding unkapan istighfar yang lain
2. Mengandungi perjanjian untuk taat setia dan tunduk kepada Allah
3. Mohon perlindungan daripada kejahatan diri
4. Ungkapan penyesalan atas segala dosa
5. Balasan agung bagi mereka yang mengucapkan penghulu istighfar ini.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang