Masalah kita Tanggungjawab kita


Saya yakin Allah sentiasa ada dengan kita. Baik waktu susah, mahupun waktu senang. Waktu kita ingat kat DIA ataupun waktu kita alpa..Sentiasa... jgn lupa. Kita sentiasa ingat Allah diwaktu kita senang, Allah akan ingat kita waktu kita susah. Tapi kadang2 kita tertunggu2 bile Allah akan datangkan pertolonganNYA. Yakinlah, setiap pertolongan dari Allah itu datang dlm berbagai bentuk. Jangan kita harapkan sesuatu itu jatuh berdebuk dari langit seperti zaman2 nabi yang terdahulu. Makanan jatuh dari langit, Laut Merah terus terbelah dua bile diketuk dengan tongkat... dan sebagainya. Bukan sy kata ia tidak akan berlaku, ia boleh berlaku sbb bila Allah kata "kun fa ya kun" jadilah maka akan jadilah, tetapi maksud sy tahap pemikiran kita jgn terlalu sempit.Sbb cara pertolongan Allah akan datang dlm berbagai bentuk. Mmg la jauh di sudut hati nak sgt rasanya bila kita dipukul orang, nak juga masa tu juga org yg pukul kita tu Allah balas l masa tu juga..punya la kita sakit hati. Tapi ia lebih dari itu. Allah bagi kita peluang untuk kumpul pahala. Ya..kumpul pahala..pelikkan mcm mana nak kumpul pahala sedangkan kita kene pukul dengan org. Kita kumpul pahala dengan ayat SABAR. Yang PENTING ialah Sabar dan masalah itu adalah ujian. Walaupun kadang2 kita rasa macam SABAR kita tu dah senipis kulit bawang dan kadang2 tu kita rasa SABAR kita tu mcm kita dah tidak berpijak dibumi nyata...mengigil badan kita bila kita sendiri sebut perkataan SABAR. Rasa mengigil badan kita bila kita dengar orang sebut perkataan SABAR. Dalam hati berkata, "korang tak tahu sabar aku nie dah tahap ke berapa...."

Bila nak buat keputusan cuba kita ingat apakah matlamat hidup kita. Selalunya bila kita nak buat keputusan kita hanya melihat bila keputusan kita dibuat, ia akan melibatkan ape? Anak? Kerja? Keluarga? Diri sendiri? Pasangan kita? Matlamat yg kita fikirkan adalah matlamat yang biasa2 sahaja. Matlamat nak hidup bebas, nak hidup senang, nak kaya...ia adalah matlamat yang sementara dan matlamat yang biasa2. Matlamat duniawi. Matlamat hidup saya: Kalau sy hidup sy nak hidup di syurga. Kalo sy mati, sy nak mati syahid. Jd bila nak buat satu2 keputusan kita cuba pastikan matlmat kita tercapai. Jd bukanlah senang nak buat satu2 keputusan sbb kita sendiri tahu yg syurga itu dikelilingi dengan kesusahan. Tahan ke tidak kita dengan kesusahan yang sedang kita hadapi ini dan sejauh mana kita perlu bertahan. Kita sendiri pun tahu bahawa Islam itu Adil. Islam itu mudah. Jd adakah kita perlu bertahan dlm satu2 kesusahan dan sejauh mana kita perlu bertahan? Adakah itu bererti kita menzalimi diri sendiri membiarkan diri dlm penderitaan dan kezaliman?

Bantuan Allah akan tiba samada dlm keadaan kita sedar atau tidak. Samaada digerakkan hati orang lain bagi membantu kita, di bukakan hati kita utk membaca buku2/blog/artikel atau kata2 motivasi, ditenangkan hati kita agar kita dapat berfikir dengan hati yg terbuka dan kita dapat melihat dengan mata hati. Bacalah Al-Quran. Ia menenangkan hati. Ia adalah kata2 Allah. Ia Kalam Agung. Amat memujuk hati.

Ada masalah, jgn dipendamkan. Kelak merana diri, merana fikiran. Carilah teman yg kita percayai ,mengenali dan memahami kita. Yang boleh menegur salah kita dan yang boleh memberi sokongan kepada kita. Sokongan keluarga juga penting. Ini juga adalah pertolongan Allah yg menemukan kita dgn teman yg sudi mendengar, menyokong dan tidak menjaja masalah kita.

La Tahzan...jgn bersedih.. Allah tak akan uji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Lihat lah sekeliling kita. Lihatlah dengan mata hati kerana pertolongan Allah itu akan datang dalam berbagai bentuk dan cara yang tidak disangka2. Berbaik sangkalah dengan Allah kerana "Allah kata Aku adalah bagaimana sangkaan hambaku".


Masalah adalah sebahagian ujian hidup. Ia juga menguji cara kita menyelesaikannya juga yang paling asas..
bagaimana kita melihatnya tapi yang paling penting...Bukan orang lain yang boleh selesaikan masalah kita..

Sebab "Masalah kita Tanggungjawab kita"

malang lagi, kalaulah sengaja membesarkan masalah yang kecil, Pohonlah padaNya semasa belum ada masalah. Makin dekat denganNya saat menghadapi masalah

Anda sendirilah ada jawapan dengan masalah anda.

Masalah paling besar ialah Dosa, dan enggan bertaubat dosa ibubapa,

"Jom sama-sama bertaubat...Ya Rabbi ampuni kami, maafkan kami
segala silap lupa leka jua alpa kami, jua kami mohon keampuanan
buat kedua orang tua kami, kasihanilah mereka sebagaimana mrk mengasihani kami sewaktu kami kecil, doa kami buat sekalian muslini dan muslimat yang masih hidup jua yang pergi mendahului kami"

Solatlah dan munajatlah

Sy bukanlah dikalangan org2 cerdik pandai dan berilmu, sy hanya sekadar mencoret sedikit sebanyak pandangan dengan harapan ada yg membaca diluar sana yg mahu berkongsi pandangan dan ilmu.

Wallaualam...

Comments

Popular posts from this blog

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang