Motivasi dari Prof Dr Muhaya - Pilihan kita...

segala yang kita dapat ini hasil dari pilihan yg kita buat sejak bertahun tahun yg lalu. kesihatan kita, ketenangan kita, hubungan kita denagn manusia, dengan Allah, kewangan kita hasil dari pilihan setiap saat. buat keputusan utuk buat pilihan berbeza untuk hasil yg berbeza. celik mata dan reset minda setiap hari untuk buat pilihan yg berbeza. pilih untuk ambil tindakan atau hanya berangan. Apa yang kita boleh buat tapi tak mahu buat kita akan terima hasilnya. orang yang berjaya mereka mengambil keputusan dan bertanggung jawab atas kehidupan mereka dan tidak menyalahkan sesiapa atau suasana. walau apa yang berlaku adalah hasil pilihan kita. kita tak perlu tunggu sausana yang tepat atau jumpa oran yg tepat utk dapat apa kita mahu. Kita tanya apa tanggung jawab saya untuk buat sesuatu berlaku. ini memberi kebebasan pada kita dan tidak bergantung pada sesiapa kecuali Allah swt.

Comments

Popular posts from this blog

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang