Pada Suatu Hari ...2

1. Kadang2 aku rasa aku dah tak mampu to stay positive lagi....selalu aku menangis in order to recharge semula 'aura positive'. Aku membaca, aku menulis, membaca lagi, menulis lagi, dan lagi dan lagi...tapi kadang2 aku jatuh tersungkur. "La haulawala kuwataillabilla...."

2. Hari ini terjawab sudah teka-teki. Aku di tukarkan ke unit lain. Andai kata inilah harga sebuah pengorbanan maka aku redha. Aku yakin ada yg lebih baik yg telah Allah sediakan untukku. Sedih tapi redha.

3. Kata doktor sakit ku tak ada ubat. Sakit ku tak akan sembuh. Sedih.Sebaik mungkin aku berlakon dpn anak2ku, "me - ok." Sakit aku tanggung sendiri. Rasa hampa. Jgnlah berasa putus asa. Janji Allah setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Doktor bukan tuhan. Jadi mengapa harus putus asa. Cuma aku sedih kerana dlm mencari penawar, aku sendirian. Mohon bantuan tapi seringkali dihampakan. Berjauh hati. Semua org sibuk. Tak ada masa utk aku. Hanya aku sahaja yg masih bersedia mencari masa untuk org lain. Kiranya kau tiada ada masa utk ku, izinkan aku mencari penawarnya sendirian dan jika tiba masanya nanti, redhakan aku pergi tanpa sekelumit rasa sesal.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang