Tidakkah Kau Tahu...

Sesungguhnya Allah akan berfirman kpd hambaNya kelak ketika Dia menghisab amal hambaNya pada hari qiamat:"Wahai anak Adam, Aku lapar, tetapi kamu tidak mahu memberiKu makan." Si hamba menjawab:" Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, sedang Engkau Tuhan semesta alam! Allah berfirman:"Tidakkah dahulu kamu tahu bahawa ada seorang hambaKu si Fulan kelaparan, namun kamu tidak mahu memberi makan? Sekiranya kamu mahu memberinya makan, tentu kamu akan mendapatkan pahalanya di sisiKu." "Wahai anak Adam, Aku kehausan, tetapi kamu tidak mahu memberiKu minuman."Hamba tersebut menjawab:" Bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum, sedang Engkau Tuhan semesta alam!" Allah berfirman: "Tidakkah dahulu kamu tahu bahawa ada seorang hambaKu Fulan bin Fulan kehausan, tetapi kamu tidak mahu memberinya minum? Sekiranya kamu mahu memberi dia minum, tentu kamu akan mendapatkan pahalanya di sisiKu."

"Wahai anak Adam, Aku sakit, tetapi kamu tidak mahu menziarahiKu."Si hamba menjawab:"Bagimana mungkin aku menziarahi Engkau, sedang Engkau Tuahn semesta alam! "Allah berfirman:" Tidakkah dahulu kamu tahu bahawa  ada hambaKu si Fulan bin Fulan yang sakit, tetapi  kamu tidak mahu menziarahinya? Sekiranya kamu mahu menziarahi-nya, tentu kamu akan mendapatkan pahalaKu berkat menjenguknya?


Ada suatu perkara yang menarik disini. Dalam firmanNya:".... nescaya engkau akan dapatkan Aku di sisinya...., berbeza dengan dua sebelumnya: "...engkau akan dapatkan(semua) itu di sisiKu..." Mengapa? Kalimat ini menunjukkan bahawa Allah selalu berada disisi org yg tertimpa musibah, seperti org yg sedang menderita sakit

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang