Kun Fa Ya Kun...Bila Allah kata,"Jadi" maka 'Jadilah"..

Selepas sebulan bercuti tanpa gaji hari ini is my first day of work. Liat jugak nak bangun pagi tadi tapi mengenangkan tanggungjawab yg perlu aku laksana, banggggguuuuuu huhuhuhu. Lebih kurang dua bulan setengah blog nie tak ku jengah, hari ni terlepas rindu ku untuk menulis eeerrr menaip...lebih kepada meluahkan isi hati ku.

Ada yg tertanya2 apa yang terjadi apa aku...hehehe..mcm la aku ni famous sgtkan hahaha...17hb Feb 2011 pkl 6.50ptg, hari dan waktu yg merubahkan segalanya. On the said date and time, aku terima satu fon call dari anak aku yg kedua. "Mama boleh datang sini tak?". "Kenapa?" tanya aku. "Aiman accident." "Kat mana?"soal ku lagi. "Kat depan kedai Tiara." Sikit pun tak ada nada2 yg mencurigakan pada aku. Aku dan suami terus ke sana. Dlm hati aku sikit pun tak menyangka Jalan Bukit Setongkol jam ketika itu adalah kerana kemalangan tersebut. Cara Aiman berckp dlm telefon mcm accident yg kecik2 je...mcm baru langgar ayam kat tepi jalan. Nampak dia terbaring tepi jalan, rasa mcm hilang kawalan diri. Entah ikut celah mana aku keluar dari kereta. Sedar2 aku dah berlari ke tengah jalan. Bagai rasa dirobek jantungku bila dia kata, "kaki Aiman patah mama" . Ya Allah....hanya Tuhan yg tahu betapa remuk hati ku.

Waktu aku tiba, tak ada setitis darah pun di atas jalan. Aku riba dia di tepi jalan. Aku tenangkan dia. What I can say, he is very strong. Aku peluk dia. Aku bisikkan ke telinga dia. Ini ujian Allah. Allah uji sbb Allah sayang. Kita kene sabar, kene redha. Sbb Allah dah janji kalo kita sabar ada yg lebih baik yg Allah akan bagi.

Waktu dengar je bunyi siren ambulan, aku nampak darah mula keluar dari kaki sebelah kiri. Bila petugas ambulan berkenaan betulkan kaki dia, barulah dengar suara dia mengerang sakit. Aku ikut dia naik ambulan ke Hopital Besar. Abah meyusul kemudian. Semuanya berlaku terlalu pantas. Benarlah ayat Allah. "Kalau Allah dah kata "kun fa ya kun" maka jadi lah. Tak cepat sesaat. Tak lewat sesaat pun.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang