Posts

Showing posts from 2011

Wahai Anakku..

Wahai anakku.... Sesungguhnya Rabbmu mengetahui apa yang kamu betikkan dalam hatimu, dan DIA mengetahui apa yang engkau ucapkan dengan lisanmu, dan DIA melihat terhadap segala amalanmu, maka bertakwalah kamu kepada ALLAH wahai anakku, dan berhati-hatilah kamu terhadap pengawasan-NYA pada saat kamu dalam keadaan yang tidak diridhai oleh-NYA. Hati-hatilah kamu dari kemurkaan Rabbmu, yang mana DIA lah yang telah menciptakanmu dan memberikan rezki kepadamu serta yang telah mengaruniai kamu akal yang dapat kamu gunakan didalam kehidupanmu. Bagaimana perasaanmu ketika bapakmu melihat dirimu dalam keadaan melanggar perintahnya? Apakah kamu tidak khawatir nantinya bapakmu akan menghukummu? Maka jadikanlah perasaanmu sama seperti itu (bahkan lebih) kepada ALLAH, karena DIA dapat melihat dirimu disetiap kesempatan yang kamu tidak dapat melihat DIA! Maka janganlah kamu anggap enteng pada perkara apapun juga yang kamu telah dilarang darinya! Wahai anakku.... Sesungguhnya Rabbmu sangat d...

Hari ini dan Hari esok..

Janganlah memberatkan dirimu dan bersedih kerana mengenangkan apa yang akan mendatang hari esok, kerana kemungkinan esok itu tiada bagimu, tatkala itu rugilah akibat terhalangnya kegembiraan & keceriaan untuk hari ini..

Adakalanya...

Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA, dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA... Bersyukur apabila diSAKITI kerana ia mengajar erti KETABAHAN... Bersyukur andai punya rasa KECEWA kerana padanya kita punya KESABARAN... Bersyukur bila tiada yang MENGENDAHKAN dirimu lantaran ia MEMUPUK untuk BERDIKARI.. ... dan apabila munculnya FITNAH dan CELAAN untuk MENJATUHKAN mu, yakinilah bahawa ia adalah UJIAN yang bakal MEMPERHEBATKAN martabat dirimu.. andai engkau berada di pihak yang BENAR, Usah dihirau pandangan manusiawi.. Sedang yang mengadili itu Allah Yang Maha Mengetahui, Sedang DIA memandangmu dengan RAHMAT selagi engkau tetap SABAR dan BERSYUKUR menempuhi KESULITAN itu..

Tuhan, Aku Terlalu Banyak Dosa

Pejam celik. Pejam celik. Mata tidak juga bisa ditutup. Memerhatikan segenap ruang bilik. Terpana pada jam di dinding. Sepantas jarum saat akhirnya pasti berhenti. Tatkala,manusia pasti akan toleh ke belakang. Memikirkan tiap detik yang berlalu. Muhasabah. Dalam suka duka, mengenang dosa-dosa semalam. Hadir rasa kesal dan kesedihan mula melanda diri. Bila rasa bersalah hadir, rasa kehambaan juga turut hadir. Mencari Tuhan, mengingati Tuhan, menyebut-nyebut nama-Nya. Menghadirkan rasa bertuhan agar menyentap sanubari. "Ya Allah,hamba-Mu ini rasa berdosa. Terlalu. Terlalu banyak dosa." Maka berderailah air mata. Tidak tertahan-tahan lagi. Pada tangisan ia kembali kepada fitrah insani, mencari Tuhan tatkala rasa bersalah. Terlukis kerinduan hadir dari hati yang dihimpit perasaan ingin dibelai Tuhan. Oh Tuhan. Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat. Manusia itu sering lupa dan leka. Gembira dengan kesenangan, sedih dengan kesusahan. Kiranya aku fikirka...

Lepaskanlah aku...

Lepaskanlah diri dari jerat cinta. Kita bebas untuk menentukan apa sahaja dalam hidup kita dan apa yang ingin kita lakukan. Kenapa kita perlu rasa terkongkong? Adilkah jika kita tidak dapat mengadakan study group dengan rakan-rakan kerana tidak disukai oleh teman lelaki? Kita disayangi oleh kekasih, sehingga semua orang yang dekat harus kita jauhi? Sungguh menyakitkan. Kita ingin putus, tetapi tak berani putus. Kita ingin sudahi cinta monyet ini tapi terdaya melakukannya. Kita ingin menjadi diri kita sendiri tetapi selalu merasa tidak sampai hati. Kita ingin menjadi hamba Allah yang soleh dan solehan, tetapi ingatan terhadap kekasih selalu menghambat fikiran kita....

Dunia ini tidak layak ditangisi

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan, Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang, sesungguh Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya. saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.

LOVE

We may love the wrong person, cry for the wrong reason. But one thing is sure, mistakes help us to find the right person and the right reason.. Have a nice day everyone...

Kereta Baru/ Bangunan Baru

Image
kereta/bangunan baru sebelum diguna, mesti diuji.... begitulah kita.. bila mula mendapat iman dan keyakinan baru, Allah akan menguji untuk mengetahui tahap ketahanannya.... sama ada rapuh atau boleh diguna untuk ujian hidup seterusnya... orang yg tdk diuji, barangkali orang yang lemah kerana Allah menguji seseorg berdasarkan tahap kemampuannya... ayuh, berusaha jadi insan lebih sabar dan lebih baik :)

Akhlak yg hebat bile..

Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya

Man Jadda Wa jada

Semua orang memiliki potensi yang sama, yang berbeza ialah sejauh mana kita menggunakan potensi tersebut. Sejauh mana kita menanamkan man jadda wa jada dalam kehidupan kita. Jika kita memang bersungguh-sungguh, akan selalu ada jalan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Akan selalu ada jalan untuk menyelesaikan masalah kita. Kekuatan fikiran, hati, dan tubuh kita sudah cukup untuk mengatasi masalah kita. Sebesar mana pun masalah kita.

Sebenarnya ia bukanlah mudah..

Mencintai kerana Allah bukanlah semudah yang kau bayangkan kawan.. Cinta kerana Allah adalah cinta yang penuh pengorbanan. Bersabar dalam penantian.. Berkorban demi menjaga kesucian.. Cinta kerana Allah adalah cinta yang diraih lpada jalan yang diredhaiNya untuk mengharap redhaNya pula. Bukan Cinta kerana Allah namanya jika kita telah membuatNya cemburu kerana menjalin hubungan dalam ikatan yang belum dihalalkan. Bukan cinta kerana Allah namnya andai kita tidak mampu mengalahkan nafsu tak sabar ingin mendekatinya padahal kita belum bersedia menikahinya.Bagaimana Allah tidak cemburu jika kita lebih banyak mengingatinya daripada mengingat-Nya.. Bersabarlah.. Bersabarlah..

Renungan bersama

Jika ingin lihat amanahnya seseorang, lihat cara dia berurusan wang dan duit denganmu. Jika ingin lihat kawalan nafsunya, lihat cara dia berbicara & berurusan dengan org berlainan jantina yg 'cantik' & 'handsome' @ disukainya. -

Dari FB Prof. Dato' Dr Fadzilah Kamzah

As salamu'alaikum shbt2 FB yg d kasihi. Moga sentiasa d rahmati Allah. Saya di Pantai Puteri Melaka kendalikan prog motivasi: Transformasi Menjadi Pekerja Terbilang utk warga RTM. Satu penemuan yg saya dpt: Ramai org hidup d dunia n berkerjaya tapi kabur ttg matlamat hidupnya. Org yg tak pasti tujuan hidup ibarat naik bas tapi tak tahu nak pergi mana!! ADAKAH ORG INI SIUMAN? tAPI JGN KETAWAKAN ORG! Kita ni, jelas tak arah mana kita nak bawa diri n keluarga kita? Kita nak bahagia, tapi apa usha nak benar2 bahagia? Kita nak masuk syurga, tapi adakah setiap usha kita akan bawa kita ke syurga atau sebaliknya? Kita nak sihat, apa usha utk jadi sihat? Kita nak semua org syg kita, tapi adakah kita usha utk syg semua org? Cuba renungkan n terus bertindak. Salam sayang, wassalam.

Di Langit Sana...

Image
Di langit sana, Allah telah menyiapkan banyak jawapan atas semua pertanyaan kita. Tugas kita adalah bertanya kepada Allah, bukan mempertanyakan. Saat kita benar-benar bertanya, Allah akan menjawab pertanyaan kita melalui peristiwa-peristiwa yang kita sebut ‘kebetulan’, yang sebenarnya tidak kebetulan. Semua sudah direncanakan oleh-Nya dengan sangat indah dan terencana sempurna, termasuk kehidupan sekarang ini...

Tips Murah Rezeki

“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah . Berdasarkan Hadith Nabi: “Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam seha Huraian hadith: Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah. Kesimpulannya: Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma ...

Someone, No One, Everyone..

Image
In life you’ll realize that there is a purpose for everyone you meet. Some will test you, some will use you, and some will teach you. But most importantly some will bring out the best in you.. ♥ ♥ ♥

Istiqomah

Beratnya istiqomah. Ramai yang pandai solat, tapi tak banyak yang jaga solat tepat pada waktu, ramai yang bertudung, tapi tak banyak yang sanggup pakai setiap hari. Change is easy ,but keeping it up is hard. But remember the path to hellfire is clear filled with ease and entertainment, but jannah is filled with hardship and bitterness. indeed.

Dari FB Dato' Dr Fadzilah Kamsah

Untuk Renungan Bersama: As salamu'alaikum sahabat FB yg d kasihi. Syukur n tahniah krn masih hidup, beriman n berfikiran positif. Tahniah juga kpd Harimau Muda (HM) krn memenangi pingat emas. Pengajaran penting yg kita dpt drp kejayaan HM tersimpul dlm hadia Nabi saw: Allah bila nak beri kebaikan kpd hambaNya, d mulai dgn musibah. Pasukan HM mengharungi ujian getir bermula dgn jadual perlawanan di ubah2, tempat latihan terlalu jauh, d hina media tempatan, d ganggu dlm perjalanan ke Gelora Bung Karno, etc. Justeru, jika ada d antara kita yg hadapi sebarang masalah atau ujian, besabarlah, betulkan niat n amal, doa yg kudus, buat yg terbaik n tawakkal kpd Allah. Kejayaan insya Allah menunggu kita. Wassalam

Kau Sayang Aku

Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung  selama sehari.. Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat  itu, saya akan mencintai abang selamanya”.  Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser.. Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah. Air matanya menitis  melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis “Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..” Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh.. Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut.. Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia ...

Berbahagia lah CINTA

Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu.. -Ustaz Zawawi Yusoh

Bodohkah Kita

Jangan tangisi mereka yg meninggalkanmu demi orang lain. Jika mereka cukup bodoh melepasmu, kamu harus cukup pintar melupakannya..

Seandainya..

Seandainya setiap satu dosa sama dengan satu bintik dosa di kulit, mungkin hampir semua orang berkulit hitam..

Hati itu Siapa yang Punya...

~Hati itu Allah yang punya~ Allah yang memegang hati. Allah yang membolak-balikkan hati. Allah yang beri petunjuk dan hidayah. Allah yang mengetuk pintu hati untuk berubah. Berubah ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Berubah ke arah pencahayaan atau kesesatan. Allah juga yang memalingkan diri kalau kita yang terlebih dahulu berpaling diri pada Dia yang patut disembah. Segala-galanya kepunyaan Allah.

Janji Allah

Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?

Empat Puluh Tahun Berbuat Dosa

Image
Pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: “Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!” Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang. Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas”. Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapka...

Harta Haram

Harta haram khususnya RIBA & RASUAH adalah ibarat virus yang kronik & sangat merbahaya, apabila ia memasuki pendapatan harian kita seolah virus memasuki tubuh, ia akan merebak sedikit demi sedikit sehingga menjadikan seseorang 'tuli' dari sebarang nasihat, 'buta' dari sebarang panduan, hilang daya tahan terhadap harta, sehingga over-cinta harta yg melimpah ruah, tiada lagi endah dan sensitif pada yg halal dan haram. Akhirnya hati bernanah dan mengeras seperti batu, amalan jadi berat, ibadah tiada sempat, pakaian jadi sekerat, iman makin terangkat, doa hanya singkat, akhirnya mangkat tak sempat taubat. Nauzubillah..Ya Allah berikan kami suntikan ubat iman.

Tersebut kisah....

Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bek as berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis. Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”. Kemudian Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Ji...

Hadiah Aidil Adha 6hb Nov 2011

Image
Selalu aku berdoa padaMU Ya Allah, bagaimana cara utk ku mendidik anak2ku di zaman yg makin mencabar ini. Anak2 remaja yg kini mengelar diri mereka generasi Y dan ada juga yg mengelar generasi X. Ya Allah, Terima kasih kerana memakbulkan doaku. KAU hadiahkan aku jalan. Tiada yang kebetulan. Semuanya telah KAU aturkan. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Pada pg Aidil Adha, aku memenangi satu tiket percuma dari TV Al Hijrah dlm rancangan Assalamualaikum untuk Seminar iPAC ( http://online.tutor.com.my/ipac/) - Seminar Ibu Bapa Prihatin Anak Cemerlang. Kita merancang, Allah juga merancang dan lihatlah betapa hebatnya rancangan Allah s.w.t.  Promo: "Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat semua. Jangan lupa untuk menonton rancangan "Assalamualaikum" di TV Al Hijrah Sabtu dan Ahad ini jam 9 pagi untuk memenangi tiket percuma ke Seminar iPAC. Bagi yang belum lagi mendaftar, kami mengesyorkan anda mendaftar sekarang kerana tempat adalah terhad. Layari www.ipac...

Awas Akhirat di depan

Image
Sama ada engkau mahu pulang atau tidak mahu,Engkau akan dipaksa pulang,Kerana negara asalmu adalah Akhirat,Di dunia hanya sebagai berdagang,Untuk mencari bekal dan kekayaan ,Allah memberi peluang kamu mencari bekal sebanyak-banyaknya,Agar kamu senang di Akhirat

Kate Prof Dr Muhaya

"In a world where the big things have little difference - it's the little things that make a big difference" — Peter Thomson: is a Nightingale-Conant communications author

Memaafkan

Image
Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: "Siapa yang mahu agar Allah membina untuknya sebuah binaan dan mengangkat darjatnya pada hari Kiamat kelak, hendaklah dia memaafkan sesiapa yang menzaliminya, menyambung kembali tali persaudaraan dengan orang yang memutuskannya, dan memberikan kepada orang yang tidak pernah memberikan (apa-apa) kepadanya, dan berlemah lembut dengan orang yang tidak mempedulikannya." (Riwayat Ibn Hibban daripada Abu Hurairah)

Kate Prof Dr. Muhaya

Angan kita bergantung kepada manusia atau sesuatu yang lain untuk bahagia. Jom belajar bahagia dengan Allah. Para isteri niat hari ini untuk taat kepada suami kerana Allah bukan kerana suami. Dengan ini kita tidak akan merungut atau marah jika tidak dapat balasan dari suami. Bebaskan diri dari masaalah dengan membesarkan minda dengan keyakinan kita kepada Allah. Bebaskan diri dari keinginan makananan emosi iaitu penghargaan manusia tetapi cari makanan rohani dengan mencari kasih Allah

Kate Prof Dr. Muhaya

Kita tidak akan rasa bahagia jika kita tidak berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain. Hari ini jom kongsi apa sahaja yang bermanafaat dengan orang lain. niat memberi bukan menerima dan tanya ' bagaimana saya boleh beri' buka apa saya boleh dapat. Jom semua pekerja jangan berkira tulang urat kita berikan yang termampu mungkin untuk mendapat tuaian besar di akhirat nanti

Pesan Tuan Guru

Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat..-Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Tahajud

Image
Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi". Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan? Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak. PILIHAN 1 Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu saja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah. PILIHAN 2 "Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.....

::..TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH..::

Image
Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,, Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,, Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.. Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,, Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,, Agar kita sentiasa tabah dan kuat.. Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,, Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,, Agar diri akan terasa lebih bahagia.. Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,, Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri... agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi.. Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,, Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita.. Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,, Tapi akan terasa INDAH ketika m...

Renungan bersama: Respons terburuk dalam realiti hidup.

Image
Sharing dari seorang teman. contoh respons terburuk dalam realiti hidup teman2.. A) mak sedara saya meninggal. terpaksa cuti. Reaksi: Mak sedara je kan... ? tak payah cuti la.... B) Saya mohon tukar ke kerja ke semenanjung ikut suami selepas anak meninggal. Reaksi: Dah mati, matilah... kenapa perlu banyak alasan. Permohonan tetap kena ikut prosedur biasa Like · · Translate · Share · October 17 at 6:58pm · 71 people like this. 1 share Tie Suhaini ini saya dgr dari seoarang ibu anak istimewa..."puan, anak puan demam, boleh tak puan dtg dan bawak anak ke klinik, saya takut nanti dia kena sawan lagi".....tau apa jawapan ibu moden berkerjaya ni"...u hantar lah, nanti saya bayar kos semua, lagipun dia asyik demam, baik, demam baik...mati je belum!".... October 17 at 7:10pm · Like Nazrul Hilmi Mohammad pernah berlaku kpd seorang kawan yg kematian anaknya. tapi betullah kata org, Tuhan bayar 'cash'. tak lama lepas tu boss yg sombong tu pul...

Jika Ingin Bahagia

Image
Jika ingin bahagia, jgn bandingkan diri dengan org lain.... makna kebahagiaan bg setiap org adalah berbeza... ada yg senyum untuk melindung duka... ada yang pura-pura berduka untuk sembunyi rahsia kebahagiaannya...

Antara musibah dalam hidup adalah..

Antara musibah dalam hidup ialah menganggap diri tiada dosa.... - marah bila dinasihati, tidak peduli seruan kebaikan, tidak terfikir untuk berubah, selesa dgn kemungkaran dan 'berangan' terhadap duniawi seolah-olah tiada istilah kematian dan hari pembalasan

Hidup ini dlm membuat pilihan

Jika bersandar pada pangkat, pangkat boleh jatuh. jika bersandar pada kedudukan, kedudukan boleh terhina. Jadi jgn kejar pangkat,nama,glamour... semua akan bergoncang bila tiba waktunya. Bersandarlah pada Allah, Allah maha teguh dan kekal abadi... Hidup ini untuk membuat pilihan. Jalan pintas yg palsu atau jalan lurus yang panjang namun terjamin keselamatan dunia akhirat...

Aku simpan rahsiamu

usah takut pada manusia yang menyimpan rahsiamu tetapi gentarlah pada Allah yang memegang timbangan dosa pahalamu... segalanya direkod sebegitu lengkap dan terperinci. Manusia mudah lupa, mudah dirasuah, mudah hipokrit..jadi tiada yg kekal pada manusia. sekali air bah, sekali pantai berubah.

Apa itu rezeki?

Image
rezeki bukan hanya duit.duit.duit.duit.... cth rezeki yg biasa manusia terlepas pandang: - terselamat dari bala bencana/musibah/penyakit - dapat tempat duduk di saat org lain berdiri - berkenalan dgn org yang baik2 - jalan sesak tetapi dapat sampai pd waktunya - tidur nyenyak

They tell U...

They tell U to be yourself then they judge U. One thing that we must realize in our lives is that people all around us will judge us n expect for us to live our lives up to their standards. Another thing that we must realize is that d only standards we must live up to are God's standards, nobody else judgement's of us truly even matter. "Be yourself no matter what, as long as U follow what God wants U to be"... , Be who we are..& we shouldn't change just to please someone else

Demi Masa, sesungguhnya..

I still find each day too short for all the thoughts I want to think, all the walks I want to take, all the books I want to read, and all the friends I want to see (John Burroughs) Indeed, dis is so true..~DEMI MASA, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian~ make full use of ur time when u have it, otherwise u'll regret it..

Alhamdulillah

Kesusahan lah yang menjadikan kita "manusia"....I learned a lot through all my difficulties. Alhamdulillah everything now just gets better..

Falling in love..

A good reminder to: "Falling in love when you're ready is better than falling in love when you're lonely".

Life is a mystery

Yes its not wrong to look for 'comfort' but believe me... rezeki boleh dicari dan ianya ketentuan Allah. Life is a mystery and full of surprises. Choose well...but what you chose might bring a totally different unexpected ending :)

Me..?

Image

Kate Prof Dr Muhaya

Fikiran kita menetukan emosi dan tindakan. Jika rasa tak seronok hasil fikiran yang kita pilih. pilih fikiran berbeza hidup akan berbeza. Kualiti kehidupan adalah kualiti fikiran kita. Jika kotor maka kotor lah ia

Kate Prof Dr Muhaya

Hanya dengan AlQuran kita akan selamat. Ibu bapa yang tidak mengajar atau menetukan anak anak celik AlQuran alangkah ruginya. Jika kita tidak tahu membaca jom belajar. Kita waniat sibuk nak anti aging, kolagen dan nak sihat tapi kalau bacaan Quran Kalamullah kita tak upgrade dan tergagap gagap baca kita harus rasa malau pada ALlah dan malu pada diri sendiri. Kita sibuk ke spa tapi QUran tidak ada peningkatan. Jom audit diri kita wahai wanita yang dah lebih 40 tahun

Breeding Programme

Something to ponder "Universities should be the breeding ground of reformers and thinkers,and not institutions to produce students trained as robots. Clearly the provision is not only counter-productive but repressive in nature - What do U think? - The Sun today.

Be Positive Stay Positive

"Every bad situation will have something positive. Even a dead clock shows the correct time twice a day. So stay positive in life." Allah knows what is the best for you! :) Subhaanallah!!!

Rule of Decision Making

Thought of the day: "Try not to make decisions when you're emotionally upset. Your words, spoken in anger, can hurt someone's feelings. Stay in a good frame of mind by getting together for good laughter and fun with friends."

10 Hari Zulhijah

"Tidak ada hari yg paling agung dan amat dicintai oleh Allah utk berbuat kebajikan(kebaikan) di dalamnya daripada 10 hari (Zulhijjah) ini.Maka prbanyakkanlah pada saat itu bertahlil, bertakbir dan bertahmid (berzikir mengingati Allah)" [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Biarlah Orang Mengata

Image
BIARLAH ORANG MENGATA Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata Biarlah o rang memfitnah, jangan kita melakukannya Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam lebih baik Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita Balaslah jasa orang, lupakan kejahatanya Alangkah baiknya, balas kejahatan orang dengan kebaikan Wahai saudara-wahai saudari, Itulah panduan kita Jadikan ia panduan, di dalam pergaulan Krisis tidak akan panjang, permusuhan tidak berlarutan Itulah panduan, jika ingin aman dan harmoni Tuan atau puan, Begitulah Islam memberi panduan Untuk keselamatan hamba-hambaNya di dunia Tidak ada pada ajaran, agama-agama lain dan sebarang ideologi, Hanya ada pada Islam yang sejati Begitulah sebahagian, ketika didalam pergaulan Marilah kita bersama-sama, mengamalkan bersungguh-sungguh Walaupun berat sekalipun penat, Unt...

"Ya Allah, lihatlah air mata kami .."

"Ya Allah, lihatlah air mata kami ini, kepedihan dihati kami. Hanya Engkaulah sumber kebahagiaan kami, ku mohon ubahlah kesedihan kami menjadi kebahagiaan dan ubahlah air mata kami menjadi senyuman."

Melihat kehidupan insan lain .....

Hidup ini tidak selalunya dihujani ujian. Tanpa kita sedari, nikmat-Nya datang menghapuskan epilog sedih. Ya Allah, sesungguhnya banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu. Teringat ada pepatah mengatakan " Melihat kehidupan insan lain boleh menjadi ikhtibar pada diri kita. Untuk belajar bersyukur, kita kena lihat kehidupan orang yang lebih susah daripada kita supaya ia mengingatkan kita bahawa ada lagi insan yang lebih malang dan memerlukan pertolongan..

Petua untuk Hati

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah: Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah. Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya. Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fi...

Want to go 'Popular'?

Human is always having their own perception..its actually own conclusion!! They don't bother to know more and ask more! That's how people go for 'popularity'..

Pesanan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Abdullah bin Abbas berkata : ✿ "Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai org terhadap dirinya." ✿

Bersabarlah Duhai Hati...

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah beta...

Bukan Saya Tetapi Allah

Dari jauh, komuter biru kuning yang tertera destinasi 'Batu Caves' bergerak perlahan melewati stesen Shah Alam. Siren berbunyi, pintu pink dibuka, dan saya melangkah masuk. Mata melilau mencari kerusi kosong. Alhamdulillah. Kelihatan di hujung masih berbaki satu yang kosong. Berdekatan seorang kakak Indonesia dan anak kecilnya. Keadaan tenang, namun ada satu suara yang mampu mengganggu ketenteraman telinga. uwaaaaaaaaa.... uwaaaaaaaaa.. uwaaaaaaaaaaaa. Anak kecil berdekatan saya itu menangis, minta dilepaskan, ingin dilepas bebas. Sangkaan saya, 'budak baru dapat kaki, biasalah.' Anak itu mula berjalan dan semua mata pastinya tidak lepas memandang anak kecil dalam lingkungan setahun itu. Dia kelihatan gembira berjalan-jalan di atas train yang bergerak, walaupun riak cemas jelas terpancar di raut wajah ibunya. Anaknya melangkah semakin jauh dan si ibu pantas bangun dan mendapatnya kembali. Namun belum pantas ibunya ke tempat duduk asal, anak itu kembali me...

Ya Allah...aku sedih

"Ya Allah, lihatlah air mata kami ini, kepedihan dihati kami. Hanya Engkaulah sumber kebahagiaan kami, ku mohon ubahlah kesedihan kami menjadi kebahagiaan dan ubahlah air mata kami menjadi senyuman."

DOSA-DOSA GUGUR DI CELAH JARI APABILA SUAMI DAN ISTER BERSALAMAN

Image
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya." Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seoran...

Watch me..

Image

My BEST Fren..

So who is your best friend? Here's a thought...How can I call anyone else my Best Friend, when Allah takes care of me without my knowledge…How can I call anyone else my Best Friend when Allah solves my problems without me even knowing...How can I call anyone else my Best Friend…when Allah listens to my thoughts without me speaking… How can I call anyone else my Best Friend when Allah helps me out everytime I need something...I love Allah ♥ This Ayah sums it up perfectly. [He is] the Lord of the East and the West; there is no deity except Him, so take Him as Disposer of [your] affairs. (Surat Al Muzzammil 73:9)

Be Thankful for who you are.....

Image
"Can we change places, huhuhu, I want to be you.." Be thankful for who you are. Because there might be someone out there who wishes to be you You must never compare yourself to anyone, except to the previous you