Terhukum oleh ketamakan sendiri

Seorang menteriyang tamak dan kaki rasuah selalu sahaja menyusahkan urusan pemerintahan sultan yang adil. Namun,untuk menghukumnya bukan mudah kerana si menteri tersebut mempunyai rangkaian perhubungan yang sangat kuat, sma ada di kalangan sesama menteri mahupun dengan angkatan tentera.

Sultan yang adil dan baik hati telah didesak berkali0kali untuk mengenakan tindakan terhadap menteri. Anehnya baginda tetap sabar sehingga tiba pada suatu hari, baginda bertitah kepada menteri tersebut.

"Hari ini kamu akan mendapat kurniaan besar daripada beta."

"Kurniaan apa tuanku, patik sedia menerimanya,"sahut menteri yang tamak itu dengan gembira.

"Beta ingin mengurniakan kamu tanah!" tidah Sultan.

"Terima kasih tuanku. Boleh hamba tahu seluas mana, tuanku?"

"Begini, selepas Subuh, kamu berjalanlah dari pintu istana ini sejauh mana yang kamu terdaya. Dan pulang semula sebelum waktu Zuhur."

"Maksud tuanku?"

"Sejauh mana kamu mampu berjalan dan pulang semula ke istana, seluas itulah tanah yang akan dikurniakan kepada kamu."

Betapa gembiranya menteri yang tamak itu. Namun, para pengawai yang lain mencemik. Mengapa Sultan masih bermurah hati kepadanya?

Esok pagi selepas Subuh, dia pun memulakan perjalanannya ke satu arah. Jauh dan semakin jauh.

Hampir waktu Zuhur, para menteri dan pegawai istana dan Sultan menunggu ketibaan menteri yang tamak itu untuk mengetahui seluas mana tanah yang bakal dianugerahkan . Namun, si menteri tidak juga kunjung tiba. Masuk solat Zuhur, dan selepas mereka solat berjemaah, menteri yang ditunggu tidak juga tiba.

Tiba-tiba seorang pegawal datang membawa berita, "Tuanku, menteri telah jatuh pengsan dalam perjalanannya..."

"Perjalanannya pulang atau menjauh dari sini?" tanya Sultan

"Dalam perjalanan menjauh dari sini," jawab pengawal.

Ha...! Serentak bunyi suara kehairanan bergema di seluruh istana. Jelaslah sifat tamaknya itu mendorongnya pergi jauh dan semakin jauh dan tidak terfikit untuk pulang, hingga akhirnya jatuh pengsan kerana keletihan!

Baginda Sultan tersenyum. Dia telah pun berjaya menghukum menteri yang tamak itu.

Pengarajan: Orang yang tamak tidak akan cukup dengan yang sedikit dan tidak akan puas denganyang banyak. Tidak menunggu oranglain untuk "menhukum" orang yang tamak sebaliknya sifat tamak itu sendiri akan menghukum dirinya.

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang