Raya aku tahun ini

Lama aku tak masuk entry. Macam2 yg jadi dlm satu masa.

Aku hospitalized dari 8/9/2009 hingga 18/9/2009. 9 hari aku kat KMC. Sahur kat spital. Berbuka pn kat spital. Aku tak larat nak bangun. Ada satu hari tu, my hubby ajak berbuka diluar. Aku hanya sempat sampai kat kaunter nurse. Lps tu aku terasa pening. Gelap. Kelam kabut nurse ngan doktor yg ada kat situ. Dua hari sebelum raya baru kuar spital. Aku MC sampai 25/9/2009 sehari sebelum ari jadi aku. Trajis betul la raya tahun nie....

Pecah rekod tahun nie. Tak ada sebijik kuih raya pn aku sempat buat. Kuih tunjuk pn x sempat ambik. Ada kat opis. Tahun nie pakai baju raya lawa2 tapi org x pandang pn. Sebab apa? Sebab yang lebih menonjol kat aku bukan setakat baju raya yg lip lap tu aje tapi dengan tongkat ketiak n Soft Colar around my neck.

Puncanya bila pada satu mlm dlm bulan puasa tiba2 belakang aku terasa teramat sakit dan bahagian leher pula tak boleh menoleh. Nak baring pun sakit, nak duduk pn sakit. Kaki aku sembab/bengkak. Jari manis, kelingking dan telunjuk kedua2 belah tangan terasa kebas. Pegang senduk pn terlepas. Sok pagi aku pegi ke klinik berdekatan. Tapi doktor berkenaan suruh aku buat rawatan lanjut dengan pihak hospital. Hasil dari ujian MRI, didapati 4 tulang leher aku bengkak. Tulang yg bengkak tu dah menekan saraf di bahagian kepala, bahu, tangan dan menyebabkan jari aku terasa kebas.



Yang paling aku sedih, buat masa ni aku tak boleh lama membaca atau mengadap computer. Malah bila menulis pun terasa sakit dan tak selesa. Kepala aku selalu berasa pening dan kadang2 sakit. Kadang2 terasa sakit sampai ke leher dan bahagian bahu, belakang dan menyebabkan terasa kebas jari2ku. Banyak aktiviti yg terpaksa aku kurangkan. Kadang2 terasa lemah tanganku, nak pegang senduk, nak memotong, nak mengoreng semua perlu dibantu.Tulisan tangan kalau dulu macam cakar ayam, kini lebih dari cakaran tulisan seorang doktor.

But i notice, bit by bit each n every day, it improves...i'm getting better each day. Alhamdullillah...

Bila aku stat keje, satu lagi suprise susulan untuk aku. Aku di tukarkan ke unit lain effective immediately. Alasan cause aku sakit. Kata my ex-bos sakit mcm aku nie x de peluang nak sembuh 100%. How depressed I was bila org kata aku xde harapan untuk sembuh....3-4 hari i was really down. Aku pujuk hati sendiri. Sabar. Allah x akan turunkan satu2 penyakit tu tanpa ubat. Sakit yg tanpa ubat hanya lah mati. Kiranya musibah yang menimpa aku nie merupakan kifarah bagi dosa2 yg pernah aku lakukan samada aku sedari atau tidak, aku Redha Wahai Tuhan ku...

Appeal? Mesti ramai tertanya2 kenapa aku x appeal. Pertahankan jawatan aku. Telah aku fikir2kan. Telah aku timbang2kan dengan ilmu yg x seberapa. Rasanya x perlulah dipertahankan. Kita nak bekerja dalam suasana yg tenang dan bahagia. Kita nak bekerja dengan org yg mudah kita bekerja. Betul tak? Dan bukan semua dapat peluang untuk merasai ketenganan dan kebahagian dalam dunia pekerjaan. Kalau masih dlm jawatan yg lama, tak mustahil sedikit2 banyak setiap kesalahan aku samada minor atau major, sengaja atau tidak, pasti akan dikira. So....just let it go. Cuma aku ralat sbb aku tak diberi peluang untuk recover from the injury.

Alhamdullillah now, aku rasa tenang.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang