Mandi Asid



Nie surat khabar semalam, 18hb Ogos 2009. Terasa aku nak mengomen pasal insiden "Isteri simbah suami curang". Persoalan fakta: Terserempak Berdua-duaan di dalam rumah. emm...satu isu yg menarik perhatian aku.

Apa agaknya perasaan seorang isteri bile terserempak dengan suaminya berdua2an dia dalam rumah dengan perempuan lain? Bukan terserempak berdua2an di kedai kopi ke, di taman bunga ke tapi di dalam rumah. Buat apa ek...


Bukan setakat soal cemburu tapi juga soal maruah.






















Dlm suratkhabar Star ari nie 19hb Ogos 2009 , pg 3 pulak, si suami yg dikatakan 'KOMA' semalam, bagi komen, "I never ever want to see her again".


"We were downstairs for a while before we went upstairs to bed when I suddenly felt a burning sensation ony back". (Going upstairs to beddd??? First statement kata girlfriend...bukan wife..so apasal lak going to bed?? lain macam je bunyi..)


"She must have been waiting in the house when my girlfriend and I returned home after supper at about 4am,"said Jamaluddin (Berdua2an at 4am???? in the house??? cuba ckp hati isteri mana yang tak terbakar)


Dalam Harian Metro ari nie pulak, Girlfriend dia ckp, dia dipaksa ikut dan lelaki tu bukan la special boyfren dia dan dia dah ada boyfren. Aik mcm mana tu...Well, dah jadi mcm nie. Satu Malaysia dah tahu. Tak kan dia nak kata dia purposely ikut laki orang and duduk berdua2an dlm umah. Malu la.....nampak murah... Berdua2an tu dah kira kes khalwat.. Senang je cite, kalo ngan laki org nie pon boleh duduk berdua2an dlm umah, might be he is not the first guy. Mungkin dah berderet2 jantan kuar masuk umah dia.


I'm not saying that apa yg wife dia buat tu betul. Ambik tindakan sendiri tu salah walaupun mendatangkan satisfactory pada diri sendiri. Kita tak alaminya sendiri. Cuba kalo keadaan tu kita yg alami. Apa perasaan kita. Kuatkah kita untuk tempuhi? Cuba kita selami hati si isteri. Kita tak tahu bagaimana hubungan sebenar suami isteri tersebut. Si suami nie kadang2 bile dah ada yang lain, acap kali compare isteri sendiri dengan girlfren. Masa tu semua tak kene di mata. Tu belum lagi aksi2 tunjuk perasaan tak puas ati kat isteri. Pecahkan TV, pukul anak2, pukul isteri, lempar barang, .... tak termasuk perkara2 yg kita tak tahu yg malas aku nak senaraikan kat sini.


Sebenarnya hati isteri mmg sedih mengharungi detik2 begini. Bukan setakat cemburu. Cemburu tu kan tandanya sayang. Bertanya tu maknanya ambik berat. Tanda sayang jugakkan. Tapi sayang, sayangnya tak dihargai. Hati yg terguris, terluka agak sukar untuk sembuh. Luka di kulit nampak darahnya, luka di hati? siapa yg tahu. Biarpun luka telah sembuh, tapi parutnya tetap ada. Bagaikan satu trauma, adegan drama tersebut bagai diulang tayang berkali2 dimatanya. Apatah lagi jika penonton drama tersebut yg menjadi saksi adalah anak2 sendiri. Pedihkan.....



Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita tak pasti kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti akan kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkah sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?








Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang