Wednesday, September 24, 2008

Kasih Nan Abadi




















Lirik lagu: 1234
Penyanyi: Aris Ariwatan



Satu
kasih nan abadi
Tiada tandaingi dia yg satu

Dua
sayang berpanjangan
Membawa kesyurga
Kasihnya ibu

Tiga
lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat
mudah kau ketemu
Berhati selalu
Beza antara kasih dan kekasih

Ibu
kuingat dahulu menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah
menghantar ke sekolah bergunalah ilmu bila dewasa

sayang
Dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dlm sengsara ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara

*********************
kenapa lagu nie yg aku pilih?

1) mengingatkan aku jasa mak ngan ayah aku membesarkan aku dan menyayangi aku.

2)mengingatkan aku walau sejahat mana pun aku nie ttp diaorg menyayangi aku, sakit aku dijenguk, susah aku ditolong. Tak pernah diorg tinggalkan aku.

3)Dulu waktu aku kecik mak aku yg sikatkan rambut aku, pakaikan baju aku, mandikan aku, chebukkan aku, suapkan aku makan. Tapi kini giliran aku pulak, bila aku balik kampung, aku mandikan mak aku, pakaikan baju, sikat rambut mak, bedakkan mak, suap makan mak dan pastikan mak makan ubat. Mak aku sakit. Dia kene stroke 4 bulan lps ayah aku meninggal. Hilang rasa tempat bergantung. Hilang rasa tempat mengadu dan bermanja.

4)Kekasih. Mmg la kite sayang dia tapi apa gunanya kalo dia sayang kita waktu kita senang dan waktu kita sihat. Boleh ke kite nak menumpang waktu kita susah dan waktu kita sakit?

Mcm mana pn sayang kita pada seseorang, kita boleh nilai waktu kita betul2 memerlukan dia. Adakah dia sudi bersama kita diwaktu kita dlm kesusahan? Atau hanya nak bersama kita waktu kita dlm kesenangan. Adakah dia merasa kita menjadi beban pada dia diwaktu kesusahan?

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat. Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai........

2 comments:

Che Sakinah said...

saya pun suka lagu ni... sangat sweet~ :)

Teratai said...

Terima kasih Cik Sakinah...kite pun suke juge...sentimental value to me.