UrusanNYA




Beri hatiMu hanya untuk Allah,


pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik.


hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,


pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya.






Betul tu, saya setuju dengan ayat di atas. Ianya merupakan salah satu tips pengurusan masa yang efektif. Caranya adalah memperuntukkan masa anda pada Allah terlebih dahulu. Caranya adalah dengan melakukan solat di awal waktu. Betul, cuba amalkan. Percayalah dengan melakukan solat pada awal masa, hidup anda lebih tersusun. Anda melakukan kerja yang penting. Hamparkan waktu padaNya, selebihnNya Dia akan mengaturkan. Secara logiknya pun betul. Urusan dengan Dia adalah urusan paling besar. Jika anda mampu menyelesaikan urusan besar ini, sudah tentu urusan kecil amat mudah sahaja bagi anda. Lebih-lebih lagi Dia selalu di samping anda. Tetapi jika anda tiada masa untukNya, bermaksud anda sudah tersilap arah. Anda masuk jalan yang salah. Anda banyak menghabiskan masa kepada perkara yang kurang penting. Padahal urusan denganNya adalah paling penting.Tambahan pula, jika anda tidak mampu mengurus masa anda dan memperuntukkan kepada Dia, manakan mungkin anda mendapat keberkatan daripadaNya. Segala-galaNya di gengamanNya.Manusia makhluk yang lemah. Ia perlu berpaut pada sesuatu. Dan Islam itulah pautannya. Berpeganglah teguh kepadaNya. Percaya Dia Maha Mengetahui. Percaya Dia Maha Berkuasa. Berdoa selalu padaNya. InsyaAllah Dia akan mengatur hidup anda dengan sebaiknya.




-Dhia

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang