Posts

Showing posts from 2009

Bubur Asyura

Image
BUBUR ASYURA [versi manis ] bahan 1 biji keledek 1 biji keladi 2 biji pisang nangka 1 liter santan [1 biji kelapa] 1 cawan gula pasir 1 cawan gula merah 1 tin jagung manis 1 cawan kacang hijau [rebuskan] 1/2 cawan sagu [basuh dan toskan] 1/2 cawan tepung beras 1 helai daun pandan cara 1. Keledek, keladi dan pisang dipotong dadu 2. Rebuskan kedelek dan keladi. Toskan 3. Jerangkan santan dengan gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga larut. 4. Masukkan semua bahan dan tepung beras. 5. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel. 6. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan kental. 7. Bila sagu nampak jerneh tuangkan dalam loyang dan sejukkan. 8. Bila sejuk boleh dipotong dan hidangkan.

Antara SABAR dan MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah men

Oksigen Cinta

Image
Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. "Perasaan" adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jka ingin selamat, pastikan perasaan "bekerja" untuk kita, bukan sebaliknya. Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggungjawab dan tanggungjawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumah tangga, tanggungjawab akan datang menyelamatkan "pertunjukan" dengan peranan yang lebih berkesan. Atau lebih menguji lagi apabila umur perkahwinan semakin lanjut dan kita sudah mencecah usia senja. Waktu itu darah tinggi, diabetes, tahap kolest

Antara ORANG AGAMA dan ORANG BERAGAMA

Image
Adakalanya ibu bapa keliru antara menjadikan si anak beragama dengan menjadikannnya orang agama. Apa yang dihajatkan oleh seorang ibu dan bapa itu hakikatnya sudah sempurna tercapai apabila si anak menjadi manusia beragama. Tidak semestinya hingga jadi "orang agama" Ilmu agama itu perlu untuk bekalan diri, tetapi memaksa anak menjadi "orang agama" tanpa kerelaan hati si anak, bukan sahaja merosakkan dirinya, malah anak itu ada upaya pula merosakkan orang lain. Untuk anak menjadi orang agama, seelok-eloknya biarlah atas pilihan dan perancangan. Namun untuk menjadi oran gyang beragama, ia bukan pilihan, biar pun mungkin denga sebuah paksaan!

What you give, you get back!

Image
"We make a living by what we get we make a life by what we give - kita membina hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan." Allah mengingtkan dlam firman-Nya yang bermaksud: " Dan tidaklah sma (kesannya dan hukumannya) perbuatan yang baik dan perbuatan jahat, jadi, tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih, apabila engkau melakukan demikian maka orangyang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta mereka akan menjadi seolah-olah seorang sahabat."(Surah Fussilat 41:34) Langkah kita memaafkan orang lain termasuklah dalam erti 'tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan" seperti yang dituntut itu. Berilah kemaafan kerana manfaatnya besar untuk diri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memaafkan meletakkan kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!

Hidup Untuk Memberi

Image
Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula. What you give, you get back - apa yang kita beri akan kita terima semula. Ini hukum alam sunnatullah - what goes around, comes around . Bijak pandai sering mengingatkan bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada di samping kita tidak bahagia. Ertinya, kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain. Berikanlah apa yang Allah berikan kepada kita kerana di sana ada hak orang lain yang diamanahkan kepada kita. Ramai orang yang gagal dalamhidup ini kerana lebih pentingkan bagaimana untuk mendapatkan, berbanding bagaimana untuk memberi. Sedangkan mengikut kajian, orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi. Kita mesti memberikan ilmu, pimpinan, panduan, kemahiran kepada orang di sekeliling kita. Jangan bakhil menabur kebaik

Berilah kemaafan, Mungkin ini Tidur Terakhirmu

Image
Apabila tenggelam sang mentari, maka tabir malam pun menyelubungi. malam adalah untuk manusia merehatkan tubuh badan mereka yang sehari suntuk penat dan keletihan bekerja dan mencari rezeki. Malam menjadi betambah indah dengan rembulan tersenyum serta taburan jutaan bintang di langit. Malam bertambah syahdu dengan zikir sang unggas dan mergastua bertasbih memuji Ilahi. Sebagaimana siang dan malam berlalu menggamit hadirnya siang, sebagaimana siang dan malam silih berganti, maka begitu jugalah bersiliha gantinya tidur dan jaga. Sungguh, semua yang Allah SWT cipta ini tidak ada yang sia-sia. Ada 1001 pengajaran dan hikmahnya. Pengajaran yang patut diambil para salikin untuk perjalanan yang masih jauh. Malam ini, di kamar tidur, aku merenung dalam-dalam diri yang alpa ini. Maha kerdil dan jahilnya diri aku ini, ya Tuhan. Mengapalah aku sering berbangga-bangga dengan "tittle" sebaik-baik ciptaan Allah SWT, sedangkan amat ketara dan sungguh memalukan apabila zikirku pada-Mu amat s

Ingin Allah "bercakap" denganmu?

Image
"Jika kamu ingin Allah "bercakap " denganmu, bacalah al-Quran kerana al-Quran adalah ayat-ayat Allah yang dirujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin "bercakap" dengan Allah maka dirikanlah solat..."

Menjaga Hati

Image
Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.

Masalah dan kehidupan

Image
"Masalah ialah perkara normal dalam kehidupan manusia. Setiap kali anda ditimpa masalah, ingatlah; pada hari ini, berjuta orang ditimpa masalah dan anda salah seorang daripadanya."

Berani kerana sunah

Image
"Seorang Muslim pemberani meletakkan asa tindakannya dengan keyakinan penuh bahawa segala sesuatu ditentukan oleh Allah s.w.t dengan qadak dan qadar-Nya."

Iman adalah kunci

Image
"Iman di hati ialah kunci utama ke arah perubahan sikap. Ia secara automatik akan mengubah manusia secara bertahap-tahap. Transformasi, reformasi, evolusi, revolusi atau apa sahaja istilahnya, mesti berlandaskan soal hati."

Hati yang ingat mati akan sentiasa hidup!

Image
Sabda Rasulullah s.a.w: "Keadaan orang Mukmin iut sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih biak untuknya." (Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a)

Hai Anak

Didik anak-anak belajar daripada kehidupan! Cuba tanyakan kepada diri kita, bilkah masanya kita merasa terlalu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan? Hati kecil kita akan menjawab, "Semasa kita remaja." Ya, apabila kita menoleh ke belakang, terasa begitu banyak perkara yang sepatutnya dibuat tetapi tidak dibuat. Dan banyak pula perkara yang tidak sepatutnya dibuat, telah dibuat. Sayangnya, para remaja (seperti juga kita dahulu) tidak menyedari hakikat ini sehingglah usia mereka sendiri meningkat. Lalu atas kealpaan itu, mereka akan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh bapa, datuk dan moyang mereka pada zaman remaja. Hakikatnya alam ini adalah sebuah "sekolah". Setiap kita adalah para pelajarnya. Dan hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat. Setiap peristiwa, pahit atau manis, setiap individu, baik atau buruk, hakikatnya adalah "guru" yang mengajar mereka. Untuk itu, apabila ditimpa sesua

Pelangi Yang Tersenyum

Image
Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah. Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang. Demikian kata pendeta Sewaktu di kejauhan, kekadang kebaikan, kejelitaan dan kesetiaan isteri kita akan lebih terasa. Bukankah terlalu dekat ada kalanya menjadikan kita buta? Ramai suami yang asyik memarahi isterinya apabila bersama, tetapi apabila isterinya itu meninggal dunia, maka dialah yang paling banyak meratap, menangis sayu kerana rindu dan cintakannya. Apa yang ada sering dilupakan, apa yang tiada sering diidamkan. Itulah ungkapan untuk membayangkan sifat manusia ketika berdepan dengan nikmat jasmani dan itulah juga sifatnya apabila berdepan dengan nikmat rohani termasuk soal cinta. Jadi, apabila berjauhan ertinya kita "hilang" seketika akan dirinya, maka sudah tentulah ini akan menyerlahkan semula cinta yang selama ini terpendam. Oh, rupa-rupanya cinta

Keadilan di Hadapan Allah

Image
Keadilan yang selama ini selalu ternoda, pada hari itu akan menampakkan wajahnya dengan jernih. Pada hari itu, tiadak ada lagi orang yang tertawa angkuh kerana merasa lebih tinggi daripada keadilan. Semuanya tunduk dan hina di hadapan keadilan Allah.

Yakin Diri

Tatkala iskandar Zulkarnain masuk ke sebua negeri, dia diberitahu tntangn sepasang kasut yang istimewa di sebuah kuil berdekatan. "Mengapa kasut itu terlalu istimewa?" "Siapa yang mampu membuka talinya yang bersimpul mati itu akan dapat menakluki dunia," jawab seorang pengikutnya. "Kalau demikian bawa ke sana!" Sebaik tiba di kuil itu, Iskandar terus pergi ke tempat kasut itu ditempatkan yakni di satu tempat yang nampaknya disucikan dan disembah. Setelah merenung tali kasut yang bersimpul itu, tiba-tiba Iskandar terus mencabut pedangnya. Dengan tangkas dia memotong tali kasut itu dengan pedangnya. Tali kasut itu pun putus dan terungkai. "Nah sekarang aku akan menakluki dunia!" Semua orang di sekelilingnya terkejut. Telah ramai raja-raja dari seluruh pelosok dunia datang mencuba nasib untuk mmebuka simpulan tali kasut itu. semuanya gagal. Mereka hairan melihat btapa beraninya Iskandar Zulkarnain menangani cabaran itu dengan cara yang tidak pernah

Kerja Kecil, Jiwa Besar

"Pergi ke masjid di sana dan belajarlah ssuatu daripada seorang lelaki." Begitulah pesanan pendek gurunya. "Lelaki yang mana satu?" tanya si murid, untuk lebih jelas. "Kamu akan tahu nanti." Si murid pun pergi ke masjid yang dimaksudkan. Setelah solat dia melihat seorang lelaki sedang membaca al-Quran. Lama ditunggunya, tetapi lelaki itu terus membaca al-quran tanpa memperdulikannya. Dia terpandang pula seorang lelaki berhampiran mihrab, sedang menelaah beberapa buah kitab. Setelah memberi salam, dia menegur, "Tuan, bolehkah tuan ajar saya sesuatu?" "Maaf, saya sibuk ni. Awak datang tidak kena pada masanya," jawab lelaki itu tanpa melihat pun kepadanya Matanya terus asyik melihat kitab-kitab yang sedang dibacanya. Si murid agak kecewa. Siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh gurunya? Oleh kerana tiada olrang lain lagi di dalam masjid itu, maka ia pun bercadang untuk pulang. Ketika meyarung kasutnya dia terpandang seoranglelakiyang agak tu

Tegas Bukan Keras

Image
Imam Malik dengan berani berkata kepada wakil Khalifah Harun al-Rashid, " Jika tuan khalifah ingin belajar kitab Muwatta' daripadaku, hendaklah baginda datang ke mari, bukan aku ke istananya. Ilmu itu didatangi, bukan mendatangi." Demi ilmu, Harun al-Rashid, pemerintah itu pun datang kepada Imam Malik. Sejarah telah membuktikan para ulama al-'amilin tidak pernah gentar menegur kesalahan pemerintah. Mereka mewarisi teladan Nabi Musa ketika berdepan dengan Firaun, Nabi Ibrahim ketika berdepan dengan Namrud dan Nabi Muhammad s.a.w ketika berdepan dengan bangsawan Quraisy. Mereka sangat tegas dari segi prinsip tetapi sangat lemah-lembut dari segi pendekatannya. -Solusi 13

Pencarian Gadis Melayu

Image
Mlm tadi acara gilang gemilang untuk Pencarian Terakhir Gadis Melayu. Tapi apa yg aku saksikan adalah: apakah bezanya pencarian Gadis Melayu dan Miss Universe atau Ratu Cantik? Aku tak nampak sebarang perbezaan kecuali Pencarian Gadis Melayu calon2nya hanyalah gadis melayu. Secara skala, semua ujian yg di lakukan seperti menari, berlakon, menyanyi, bersajak dan sebagainya dan disusuli dengan soalan2 yang perlu di jawab oleh calon2 adalah skala seperti biasa yang kita lihat dalam pencarian ratu cantik yang diharamkan oleh islam. Bezanya pakaian tidaklah menjolok mata sebagaimana Miss Universe atau Ratu Cantik. Tapi konsepnya tetap sama. Bagi mempastikan Pencarian Gadis Melayu ini tidak dipandang serong, maka jemputan yang hadir pada mlm tadi bukan lah calang2 orgnya. Jika benar ada yg merasakan perkara ini lebih kearah kemungkaran, siapakah yang berani bersuara.....

Shiro Manja Mama

Image
Kucing aku. Shiro namanya. Tengahari semalam masa aku sampai kat rumah selepas 4 hari berseminar kat Tekam Plantation Resort, terkedek2 lari kat aku. Gesel kaki aku. Aku angkat dia. Peluk dia. Dia gesel kepala dia kat lengan aku. Aku peluk dia, Aku usap dia. Aku geletek perut dia, grrrr...bunyi dia geli. Dia cakar tangan aku. Aku geletek dia lagi. Terkedek2 dia lari. Main aci nyorok. Last2 bila dah letih, bergolek dia sebelah aku. Bila aku usik dia lagi, dia lari dok kat sofa sebelah sana. Karang bila dia tengok ekor dia bergerak2, kejap2 dia berpusing2 mengejar ekor dia sendiri. Comel. Gebu. Manja.Yang paling best, dia garang2 manja and dia suka kembangkan ekor dia. Mcm squirel. Kata anak aku, Shiro rindu la tu, lama tak nampak mama. Malam tadi, lepas aku bagi dia makan. Aku gosok2 kepala dia. Aku letak dia dlm kandang. Baru aku nak lelap, dengar bunyi bising kucing bergaduh. Dengar suara si Shiro ni. Tapi hati aku kata takkan la. Aku dah letak shiro dlm kandang dengan Black

Hati ialah soal "KITA"

Bila satu tugasan diberikan kepada seorang yang bukan ahlinya, tunggulah saat kebinasaanya. Begitu, maksud hadis Rasulullah s.a.w. Kita tertanya-tanya, siapakah yang "bukan ahlinya" itu dan apakah pula kebinasaan yang bakal berlaku?

Raya aku tahun ini

Lama aku tak masuk entry. Macam2 yg jadi dlm satu masa. Aku hospitalized dari 8/9/2009 hingga 18/9/2009. 9 hari aku kat KMC. Sahur kat spital. Berbuka pn kat spital. Aku tak larat nak bangun. Ada satu hari tu, my hubby ajak berbuka diluar. Aku hanya sempat sampai kat kaunter nurse. Lps tu aku terasa pening. Gelap. Kelam kabut nurse ngan doktor yg ada kat situ. Dua hari sebelum raya baru kuar spital. Aku MC sampai 25/9/2009 sehari sebelum ari jadi aku. Trajis betul la raya tahun nie.... Pecah rekod tahun nie. Tak ada sebijik kuih raya pn aku sempat buat. Kuih tunjuk pn x sempat ambik. Ada kat opis. Tahun nie pakai baju raya lawa2 tapi org x pandang pn. Sebab apa? Sebab yang lebih menonjol kat aku bukan setakat baju raya yg lip lap tu aje tapi dengan tongkat ketiak n Soft Colar around my neck. Puncanya bila pada satu mlm dlm bulan puasa tiba2 belakang aku terasa teramat sakit dan bahagian leher pula tak boleh menoleh. Nak baring pun sakit, nak duduk pn sakit. Kaki aku sembab/bengkak

Life is an Open Secret

I just bought 2 books today. Life is an Open Secret written by Zabrina A. Bakar and Untuk mu Wanita written by Zaharuddin Abd Rahman. "Have you ever read a book that made you stop and think? One that is different than all the others? One that you see yourself in as the main character? One that you will never forget? Life is an Open Secret is a book that is written in story format, one that has many messages in it. and one that makes you stop and think. Each story is a monument of inspirations. It is about the choices we make. Being salves of Allah, we always have to think about Him in all our actions, to incorporate His message in our daily lives. " That just one of the intro of the book. Later, after I finish reading, InsyaAllah I'll share with others here.

Mandi Asid

Image
Nie surat khabar semalam, 18hb Ogos 2009. Terasa aku nak mengomen pasal insiden "Isteri simbah suami curang". Persoalan fakta: Terserempak Berdua-duaan di dalam rumah. emm...satu isu yg menarik perhatian aku. Apa agaknya perasaan seorang isteri bile terserempak dengan suaminya berdua2an dia dalam rumah dengan perempuan lain? Bukan terserempak berdua2an di kedai kopi ke, di taman bunga ke tapi di dalam rumah. Buat apa ek... Bukan setakat soal cemburu tapi juga soal maruah. Dlm suratkhabar Star ari nie 19hb Ogos 2009 , pg 3 pulak, si suami yg dikatakan 'KOMA' semalam, bagi komen, "I never ever want to see her again". "We were downstairs for a while before we went upstairs to bed when I suddenly felt a burning sensation ony back". (Going upstairs to beddd??? First statement kata girlfriend...bukan wife..so apasal lak going to bed?? lain macam je bunyi..) "She must have been waiting in the house when my girlfriend and I returned home after supper

Osteoid Osteoma

Image
Osteoid Osteoma is a benign bone lesion with a nidus of less than 2 cm surrounded by a zone of reactive bone. This lesion accounts for approximately 10 % of benign bone tumors1.The tumor occurs most frequently in the second decade and affects males twice as often as females. The proximal femur is the most common location followed by the tibia, posterior elements of the spine, and the humerus. Osteoid Osteoma is found in the diaphysis or the metaphysis of the proximal end of the bone more often than the distal end.Osteoid osteoma has a distinct clinical picture of dull pain that is worse at night and disappears within 20 to 30 minutes of treatment with non-steroidal anti-inflammatory medication. Joint pain may be present with a periarticular lesion and synovitis can occur secondary to an intraarticular lesion. Local symptoms can include an increase in skin temperature, increased sweating and tenderness. Epiphyseal lesions can cause abnormal growth. The classic radiological presentation

Jagalah Hati

Image
Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, Jika kau tidak temui juga, berdolah kepada Allah pinta hat i yang baru "

Air Zamzam Penawar Penyakit

Image
Rasulullah s.a.w bersabda: "Air zamzam memberi khasiat sesuai dengan niat orang yang meminumnya. Maka jika ia minum untuk penyembuhan nescara Allah akan menyembuhkannya, jika ia minum untuk mohon pemeliharaan, nescara Allah akan memeliharanya dan jika ia meminumnya kerana kehausan nescaya akan dihilangkannya." Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air zamzam dengan menghadap kiblat, kemudian berkata (berdoa),"Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada Nabi-Mu, bahawa Baginda bersabda: Maka Ya Allah, Aku meminum air zamzam ini untuk ...(sebutkan niat yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas di luar bijana itu. Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya baca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah. Antara doa yang dibaca oleh Ibn Abbas r.a ketika meminum air zamzam, bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Mu ilmu yang ber

Mengurus Nyawa 1

Bagaimana yang dikatakan kalau hidup kita diatur mengikut syariat maka secara automatik masa kita akan terurus dengan baik? Jawapan: Sebenarnya jika kita melaksanakan hukum-hakam Islam, maka secara automatik masa akan terusurs dengan baik. Ini kerana kebanyakan hukum-hakam Islam sangat mementingkan ketepatan dan pengamatan terhadap masa. Contohnya, Solat lima waktu. Ia punya waktu-waktunya tersendiri. Jika kita hendak solat Subuh misalnya, maka kita akan bangun daripada tidur lebih awal. Kita tidak akan tidur berlebihan hingga bangun lewat. Untuk bangun tidur awal tentulah kita tidak akan berjaga hingga larut malam. Begitu juga denga zakat, puasa dan haji semuanya mempunyai had masa bagi perlaksnaannya. Tegasnya, apabila seseorang itu menjaga solat, puasa, zakat dan hajinya maka seluruh persoalan hidupnya akan terurus dengan baik. Atau dengan kata-kata yang lain, dia telah menguruskan nyawanya dengan cekap dan berkesan!

Pencinta Dunia

Image
Orang-orang tamak itu berebut bangkai ibarat anjing tidak pernah berasa cukup dengan rezeki melimpah orang-orang haloba itu berampas sampah dengan nasar tidak pernah berasa puas dengan harta menompok padahal sudah ditimbuni nikmat dan rahmat tetapi masih suka menderhaka dan mengundang murka mereka terlalu cintakan dunia dan dambakan benda kikir dan kedekut untuk beramal dan bersedekah bakhil dan kemut dalam berbahagi dan berkongsi padahal kekayaan Allah tidak terhitung dan tak luak-luak mereka mengejar dunia sampai santak ke titik ajal mereka terlupa mengumpul bekal ke negeri kekal umpama Abu Saalabah tak endah khutbah Rasulullah: "Jika dicelupkan jarimu di lautan yang menitis air di hujung jarimu itulah dunia yang tertinggal di segara luas itulah Akhirat." Para pencinta dunia, wahai pelajari iktibar dari peristiwa Qarun ditelan bumi binalah sempadan dari cereta Firaun diluluh lautan kutiplah teladan dari kisah Hamam diketik serangga -Azmi Yusoff_ SOLUSI isu 5

Prejudis

Image
Kejahatan atau keburukan yang selalunya kita nampak ada kalanya berpunca daripada kita sendiri. Apabila kita asyik nampak akan kejahatan orang lain, boleh jadi itu petanda kita sendiri yang jahat. Tidak hairan kalau orang yang berprasangka dan prejudis sering bertemu dengan keburukan dalam hidupnya .

Harga Ikan Mahal

Seorang guru sufi sedang termenung di tepi laut yang sedang bergelora. Renungannya jauh, lama dan mendalam. Tiba-tiba seorang anak muridnya memberi salam dan bertanya, "Apa yang direnung begitu dalam wahai Tok Guru?" Guru sufi itu tersenyum. "Aku sedang tafakur mencari hikmah di sebalik laut yang bergelora ini..." "Tok Guru melihat sesuatu yang tersirat? Tok Guru melihat suatu hakikat?" Masih tersenyum. "Sekarang, kauambil alih tempatku. Renungilah laut yang sedang bergelora ini. Carilah yang tersirat. Selamilah yang hakikat." Anak murid itu pun memejamkan mata. Diam dan mula bertafakur. Lama kemudian, Tok Guru datang semula lalu bertanya, "Kau dapat sesuatu yang tersirat daripada tafakurmu?" "Ya Tok Guru!" jawab anak murid itu gembira. "Apakah itu?" "Kalau laut bergelora Tok Guru....harga ikan mahal!" Tok Guru menggelelng-gelengkan kepalanya. Pengajaran: Benarlah kalau dikatakan ada ilmu yang tidak dapat d

Melayari Taufan Kehidupan

Image
Jangan cuba dikawal arah taufan tetapi kawallah layar kehidupan Tak perlu diukur dalamnya lautan tetapi panjangkanlah kail yang sejengkal Dari Ibn Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w: "Bila kamu berada pada waktu petang maka janganlah menantikan waktu pagi. Dan bila kamu berada pada waktu pagi, maka janganlah menantikan waktu petang. Pergunakanlah masa sihatmu untuk waktu sakitmu, dan pergunakanlah masa hidupmu untuk saat kematianmu." (Riwayat Bukhari)

Kerana Setongkol Jagung Rebus

Image
Kerana Setongkol Jagung, ibu merajuk. Ibu lari dari rumah. Kenapa? Kerana setongkol jangung yg dia idamkan.Si Anak sibuk biar pn hanya untuk penuhi keinginan ibu, hanya untuk setongkol jagung. Itulah keinginan ibu. Itulah permintaan ibu. Setongkol jagung rebus. Biarpun ada insan yg sudi memenuhi keinginannya. Dibelikan jagung rebus. Tapi ia bukan dari anakanda tersayang, tapi dari tangan yg asing. Rajuk hatinya. Bukan kerana jagung rebus yg diidamkan, tapi yg diidamkan sebenarnya adalah wajah yg pernah dan masih menjadi permata hatinya. Permata hati bonda. Duhai anak, ketahuilah kasih ibumu sampai ke liang lahat. Ibumu ada syurgamu.

Industrial Training

Ari nie 2nd March 2009. Hujan pagi nie. Sibuk gak aku skrg. Instead of buat keje untuk Postgrad n Research, temporarily aku cover untuk Industrial Training. Carikan placement untuk student buat praktikal. Challenging. Rasa nak pecah otak mikir...bukan mikirkan mana nak cari placement tu sgt atau bukan mikir macam mana nak ckp ngan outsiders / majikan2 nak mintak placement tapi memikir hal budak2 nie. Mcm2 hal. Ada yg dah dapat placement tapi nak tukar. Kalo sebab yg munasabah tu ok lah...nie ada alasan2 yg aku x leh terima. Aku ckp "You should think first before you ask for the place at the first place". Regarding the placement nie, actually the student have the priority to ask where they want. Syarikat apa? Perjenisan persyarikatan sama bank ke, research ke, lab ke atau sebagainya. Di mana? Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, luar negeri, balik hometown sendiri. Semua tu x de masalah. Tapi bila masalah yg di cari...aiii...naik jugak la tempreture aku. Antara alasan yang

Salah Rendam

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah mengunjungi bapa saudaranya yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk memperolehi sedikit petua. Pemuda : Pakcik, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Apakah nasihat pakcik untuk saya menghadapai malam pertama? Pakcik : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang pasti tidak akan dilupakan oleh isteri kamu. Pemuda : Bagaimana caranya? Pakcik : Begini, kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isteri kamu menjerit sepanjang malam pertama. Caranya sangat mudah. Pemuda : Bagaimana?Pakcik : Begini.. kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehingga malam pertama. Pemuda : Kalau begini mudah, sudah pasti saya akan menjadi hero nanti... Pemuda tersebut balik kerumah dan melakukan apa yang disuruh oleh pakciknya. Setiap malam dia merendam alat kelaminnya dalam segelas air teh. Pada m

Postgraduate and Research

Image
Ari nie masuk hari ke 3 aku bertugas di tempat baru, jawatan baru. Ok not bad...belum terasa the challenge part lagi. Cuma skrg nie sibuk buat filing, perkemaskan yg lama. Bos aku x de. Cuti sakit sampai minggu depan baru masuk opis balik, insyaAllah. Skrg mostly aku deal ngan international students and also researchers. Pendek kata, student2 dewasa yg buat Masters n PhD so semua masalah kita kene tangani secara dewasa la....cam ner...tah le, belum came acrose lagi. Pagi tadi ada satu, prob lama. Aku just tengok and belajar how to handle these kind of problem. Elok jugak aku dok kat dept nie coz aku pn plan nak sambung ambik Masters, insyaAllah somewhere tengah tahun nie atau awal tahun depan.

Aku

Aku baru masuk keje ari nie....panjang cuti aku..cuti sakit. Mujur jugak la opis aku paham. Walaupn aku x la berapa sihat sgt lagi tapi nak x nak kene gagah jugak la datang keje. Cuti panjang2 takut gak org suh cuti terus lak nanti :)

Ayatul Mahabbah

Image

Doa Supaya Barang Hilang Dapat Semula

Image

Di Mana Shiroku sayang....

Image
Shiro aku hilang huhuhu....kemarin aku balik keje, selalu dia tunggu aku. Kalo dak pn bile nampak je kete aku berenti cepat2 dia datang tunggu aku bukak pintu kete...kemarin xde. Aku cari gak tapi x jumpe. Ari tu Girl hilang. Kali nie Shiro pulak isk isk isk....sedih tul hati aku. Mengalir gak la airmata aku nie...sunyi rasa rumah. Kalo dak pagi2 lagi dah dengar diaorg main kat depan. Panjat sana sini, main sembunyi2, paling diorg suke main tutup botol, x pn main guli selain dari panjat langsir pintu aku. Paling lekeh pn kalo dah x de bende nak main, diaorg main ekor sendiri...suke tengok..Diorg mmg manja ngan aku. ..rindu aaa... Diaorg tu kecik lagi. Sape2 yg jumpe ke , ambik ke tolong la pulangkan balik....

Hak Muslim: Isteri tertekan boleh tuntut fasakh

Thursday, June 21, 2007 Berita Harian, 21 jun 2007 Oleh Musa Awang Suami abai tanggungjawab sepanjang tempoh 14 tahun perkahwinan SAYA dan suami bekerja sebagai guru dan sudah berkahwin 14 tahun serta mempunyai enam anak. Sepanjang perkahwinan kami, semua gaji saya akan diperuntukkan untuk membeli keperluan rumah tangga dan sekolah anak, sedangkan suami tidak pernah ambil peduli keperluan anak. Suami lebih mendahului orang luar dan jarang berada di rumah. Balik dari sekolah, beliau akan tidur dan apabila bangun, menghabiskan masa di kedai kopi sepanjang hari sehingga lewat malam. Rutin hidup beliau setiap hari benar-benar mengecewakan saya menyebabkan jiwa saya tertekan. Kami sering bergaduh dan saya meminta suami menceraikan saya tetapi tidak dipersetujuinya. Saya sedih apabila suami mengatakan dia tidak mahu melepaskan saya kerana katanya susah mencari isteri yang baik. Disebabkan tindakannya, saya sudah tiada perasaan sayang lagi terhadapnya malah timbul benci, tertekan dan saya s

Mudah2an lepas nie mak bapak dia tak cuai lagi...

Pagi nie aku lambat gi keje. Al kisahnya, elok aku nak kuar dari rumah, mak aku ternampak seorang budak dlm umur 2-21/2tahun kat tengah jalan depan umah aku. Look like lost. Mak aku panggil aku suh gi tengok. Mula2 aku ingat anak jiran sebelah umah aku, si Fitri. Mengucap panjang aku nengok budak tu sorang2 tengah jalan menangis. Terus aku angkat dukung dia. Tenangkan dia. Teresak2 budak tu...aku pn x tahu budak laki ke pompuan :) Perut aku pn masih sakit lagi, x pe la, sian budak. Peh tu budak tu aku bagi kat mak aku, suh dia tunggu jap, aku gi cari mak bapak budak nie...chewah..mcm private investigator la pulak..detektive canon hehehe. Gi cari dari rumah ke rumah, tanya ada sapa ilang anak. Last2 hasil kerjasama jiran2 kat situ, jumpe la aku rumah budak tu. Aku bagi salam tapi x bersahut. Pintu umah terbukak. Pintu pagar hadang tangga pun terbukak. Menurut jiran2 yg ada kat situ, mak budak tu dah gi keje. Abang dan kakak budak tu dah gi sekolah, yang tinggal hanya si bapa. Berulang k

Bermulanya satu perjalanan yang jauh

Minggu lepas ada kematian di kawasan perumahanan aku. Auntie depan rumah aku meninggalkan dunia. Chinese penganut budha rasanya. Tgk pada persiapan dan pengurusan jenazah mendiang. Sbb betul2 depan rumah aku, jalan hampir ditutup. Dua khemah besar dipasang di atas jalan dan jenazah ditempatkan di ruang 'porch' rumah. Dipenuhi dengan bunga2 segar yang siap bergubah cantik. Keranda di selimuti kain kuning. Bermula hari Rabu petang, ramai sanak saudara dan sahabat handai rasanya yg datang menziarah. Ramai yg datang especially sebelah malam. Waktu mlm ada tok2 sami yg dijemput khas utk acara pembacaan mentera dan penghormatan. Ini berdasar pengamatan aku la.... Acara jamuan makan2 untuk para tetamu berlangsung hingga jam 1-2pagi. Time tu penuh kereta depan umah aku. Kalo lambat je balik kira mmg konpem la tak merasa masukkan kete dlm porch umah. Penuh kete sepanjang jalan. Diaorg bukak meja untuk para tetamu sampai depan pintu pagar aku huhuhu...tapi x pe la...ari nie ari org sok2

Ada kalanya sepi lebih indah

Image
Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti akan kehilangannya juga suatu hari nanti atau kukuhkah sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai? Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu lebih indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu, sepi lebih indah dari sebarang bunyi. Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat. Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih dari tahu, tak ada yang lebih berharga selain dar