Posts

Showing posts from October 12, 2014

Takdir tersurat dalam acuan yang berbeza.

kita tak boleh padam apa yang telah terjadi, tapi kita sentiasa ada peluang untuk mulakan sesuatu demi masa depan. yang berlalu biarkan berlalu. apa yang kita pilih untuk jadi pada saat ini, itulah yang akan menentukan keseluruhan cerita kita. Tuhan selalu ada untuk kita percaya pada apa jua akhirnya takdir. hidup ni satu proses. ye, mungkin awak terluka pada awalnya. tapi pada akhirnya inshaAllah ia akan berbaloi. cinta macam proses membesar. nak belajar berdiri, berjalan, berlari, berapa kali kita jatuh? dan akhirnya kita boleh jugak buat kan? berapa kali pun kita jumpa orang yang kita cinta, kalau bukan jodoh, mesti akan sakit. tapi percayalah, akhirnya kita akan jumpa, akan end up dengan orang yang betul, yang akan bersama dengan kita sampai akhir hayat. impian yang kita simpan, biar pada-Nya, hanya pada-Nya. cari jawapan dalam setiap solat dan doa. sebab tak semua benda sesuai dikongsikan dengan manusia, walau dengan orang yang kita paling sayang pun.

Resepi Sup Ikan Merah

Image
  Bahan-bahannya : 3 ketul ikan merah rempah tumis - bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga rempah sup - serbuk 4 ulas bawang merah - dimayang 2 ulas bawang putih - dimayang sedikit halia - dimayang sedikit air asam jawa - hilangkan hanyir carrot daun sup celeri air Caranya : Tumis bahan tumis. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan halia. Masukkan rempah sup. Goreng sekejap, masukkan air dan air asam jawa. Setelah air mendidih, masukkan ikan, garam, carrot dan celeri. Akhir sekali, masukkan daun sup.

Resepi Rendang Ayam

Image
  Bahan-Bahan: Bahan untuk di kisar 5 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 2 biji bawang besar 2 cm kunyit hidip 2 inci lengkuas 2 inci halia 2 batang serai, hiris nipis 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus Bahan-bahan berkaitan lain 1 kg ayam, potong ikut selera anda 3 sudu besar kerisik 2 cawan santan pekat 1 cawan santan cair 2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar 1 keping asam keping Cara Penyediaan Masukkan kesemua bahan2. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit. Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.

Daging Masak merah Ala Thai

Image
  Bahan-bahan ( 4 or ang ) 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk) 2 ulas bawang putih diketuk 1 labu bawang besar 1 sudu besar cili kisar dua sudu besar sos tiram Satu sudu besar sos ikan thai 1/4 cawan sos tomato Sedikit minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa kacang panjang - jika suka Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana-mana pun boleh) Cara-cara 1. Rebus daging dengan sedikit sahaja pewarna merah hingga empuk dan potong nipis. 2. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan. 3. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan cili giling. Kacau sebentar dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. 4. Masukkan pula daging tadi, bawang besar yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. 5. Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato. 6. Bila sudah masak, bolehlah di hidangkan dengan nasi putih.

Tanpa Allah Kita Bukan Siapa2

Ada masanya, Kita perlu menyendiri, Duduk bertafakur dan bercakap-cakap dengan Allah dari hati, Memikirkan dan menyatakan betapa kehidupan yang sedang dijalani ini, Apakah sudah melalui garis ketetapan yang Dia redhai, Apakah nikmat mahupun ujian yang diberi disyukuri dan diredhai seikhlas hati, Atau hanya saat kesenangan digengami, atau di saat rakan taulan mengelilingi. Hakikatnya, Saat waktu menyendiri itu diselami, Akan kita sedari, Betapa kerdilnya diri, Tanpa perhatian dari Ilahi, Betapa 'angkuhnya' diri, ketika berjalan di atas bumi Allah ini. Lantas... Hati yang keras kembali lunak sendiri, Mengalirlah air mata insaf yang menghuni tangkai hati, Lalu akan bertambah iman di hati, Untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik daripada sebelum ini. Meski jalan hidup ini, panjang belum diketahui akhirnya nanti, Hati akan bulat menyakini, Allah akan setia menemani. Salam muhasabah dari hati. -ustazah siti khadijah

Masak Lemak Udang Dengan Belimbing Buluh

Image
Bahan-bahan : 300gm udang sederhana besar 200gm santan 20bji cili padi - klau xmo pedas kurangkan 1 biji bawang besar 1 inci kunyit hidup belimbing buluh - ikut suka nk masam lebihkan lah daun kunyit air garam gula - optional Cara Membuatnya : 1. Blend cili padi, bawang besar,kunyit dan air sehingga halus 2. Masukkan bahan blend dalam kuali/periuk tunggu hingga kering air sedikit 3. Masukkan separuh santan, biarkan sekali mendidih tapi kena selalu kacau agar tidak pecah minyak 4. Bila sudah mendidih masuk kan belimbing,udang,daun kunyit dan separuh lg santan, perasakan dgn garam dan gula..pastikan sentiasa dikacau...biarkan sehingga belimbing agak layu dan udang masak 5. Sedia tuk dihidangkan..

Nikmatilah Air Mata

Trusting in people, finding the lies, and feel the tears are painful. but don't be sad because separation isn't really a big surprise. Life is hard, and it's supposed to be. because if things going smoothly and easy, we never learn anything. Hey, life without pain is a life without joy. take joy in tears because in the end you will know, it's Allah ways to make you strong. It's okay to be hurt. you'll learn to love again, with a better way. Percaya pada seseorang, kemudian ditipu, lalu mengalirkan air mata itu memang menyakitkan. tapi jangan terlalu bersedih sebab perpisahan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan, ia lumrah ; dan selalu terjadi kepada semua orang, selalu wujud setelah perpisahan. Hidup ini sukar, dan ia memang sepatutnya begitu. jika tidak, macam mana hendak tahu tahap keimanan. Kalau hidup ni selalu selesa, kita takkan belajar apa-apa daripadanya. Nikmatilah air mata, kerana kalau kita betul-betul redha, kita akan sedar a