Posts

Showing posts from December 20, 2009

Bubur Asyura

Image
BUBUR ASYURA [versi manis ] bahan 1 biji keledek 1 biji keladi 2 biji pisang nangka 1 liter santan [1 biji kelapa] 1 cawan gula pasir 1 cawan gula merah 1 tin jagung manis 1 cawan kacang hijau [rebuskan] 1/2 cawan sagu [basuh dan toskan] 1/2 cawan tepung beras 1 helai daun pandan cara 1. Keledek, keladi dan pisang dipotong dadu 2. Rebuskan kedelek dan keladi. Toskan 3. Jerangkan santan dengan gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga larut. 4. Masukkan semua bahan dan tepung beras. 5. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel. 6. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan kental. 7. Bila sagu nampak jerneh tuangkan dalam loyang dan sejukkan. 8. Bila sejuk boleh dipotong dan hidangkan.

Antara SABAR dan MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah men