Wasiat Terakhir
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Wahai manusia sila dnegar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidka tahu apakah akan dapat lagi aku bersama kamu semua lagi selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya." "Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara ( diharamkan untuk sesiapa pun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ni, bulan ini dan bandar ini (Makkah dan sekitarnya)." "Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah segala amalan jahiliah telah berada di bawah tapak kakiku (telah dihapuskan)." "Tuntutan hutan darah pada zaman jahiliah (sebelum Islam) telah diampunkan . Tuntutan darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail." " Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul ...