Hai Anak
Didik anak-anak belajar daripada kehidupan! Cuba tanyakan kepada diri kita, bilkah masanya kita merasa terlalu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan? Hati kecil kita akan menjawab, "Semasa kita remaja." Ya, apabila kita menoleh ke belakang, terasa begitu banyak perkara yang sepatutnya dibuat tetapi tidak dibuat. Dan banyak pula perkara yang tidak sepatutnya dibuat, telah dibuat. Sayangnya, para remaja (seperti juga kita dahulu) tidak menyedari hakikat ini sehingglah usia mereka sendiri meningkat. Lalu atas kealpaan itu, mereka akan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh bapa, datuk dan moyang mereka pada zaman remaja. Hakikatnya alam ini adalah sebuah "sekolah". Setiap kita adalah para pelajarnya. Dan hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat. Setiap peristiwa, pahit atau manis, setiap individu, baik atau buruk, hakikatnya adalah "guru" yang mengajar mereka. Untuk itu, apabila ditimpa sesua