Posts

Showing posts from March 4, 2012

Atas Kasih Sayang Allah..

Atas KASIH SAYANG ALLAH ...InsyaAllah beberapa hari lagi saya dan suami akan berangkat menunaikan umrah di Tanah Suci...Kepada semua yang mengenali, saya memohon berbanyak2 ampun dan maaf andaikata ada terkasar bahasa terlanjur bicara, maaf kerana menyusahkan teman2 ketika saya harus menguruskan hal2 kecemasan dalam keluarga saya, mohon dihalalkan apa yg dimakan dan diminum. Buat student Indust rial Training Kuliyyah of Science, Adik2 kulliyyah of Dentistry, Adik2 Kulliyyah of Allied Health, Adik2 Kulliyyah of Medicine, Adik2 kulliyyah of Pharmacy dan Adik2 Kulliyyah of Nursing, Sahabat2 DSS ITM Pahang, Sahabat2 dari alam sekolah, rakan2 FB, rakan2 Blog dan rakan2 sekerja...terima kasih buat semua yang telah mendoakan kami sekeluarga. Semoga kita sama2 mendoakan yang terbaik untuk kita semua.

Dalam Hidup Ini..

Dalam hidup ini kita suka dengar cerita-cerita yang negatif, gosip, buruk, bencana, malang, aib dan sebagainya. Oleh itu marilah kita berdoa agar kita tidak termasuk dalam golongan-golongan yang sebegini. Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada f itnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah) Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.” (Muslim)

Hati sedang bersedih..

Sahabat Hikmah... Sedang ada masalah ? Bersyukurlah dengan banyaknya UJIAN karena itu akan menguatkan, tapi Bersedihlah karena banyaknya PUJIAN karena itu akan menghancurkan.. " Pohon menjadi besar justru dipupuk dengan kotoran yang bau, dan akan mati perlahan justru jika disiram dengan minyak wangi" Yakinlah, kita akan besar justru karena dipupuk dengan cacian, hambatan, kritikan, bahkan fitnahan. Dan kita akan layu serta roboh justru karena terlalu sering diPUJI dan senantiasa di dukung. Selagi kita bertaqwa dan dekat dengan Allah... Sebesar apapun masalahnya... Masih ada Allah Yang Maha Besar... Allah telah berjanji dalam Kitab-Nya: "Barangsiapa beratqwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan jalan keluar.." ( QS Ath-Thalaq:2)

Jadilah seperti Jantung..

❤ Teruslah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik. Walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain. Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat. ❤

Kenalkah kita dengan pasangan kita?

Berapa lamakah usia perkahwinan bagi kita betul-betul kenal pasangan kita? Sebenarnya usia perkahwinan yang lebih 20 tahun pun kita tetap belum tentu kenal pasangan kita. Sebabnya? Pertama, sebab ada sahaja perkara baru dalam diri pasangan yang kita baru tahu. Dua, kita tidak pernah benar-benar ambil kisah untuk mengenalinya. Apa warna kesukaannya? Apa makanan kegemarannya? Apa hobinya? Apa ke lebihan pasangan? Apa kelemahannya? Apa perkara yang paling diimpikan dalam hidupnya? Dan banyak lagi persoalan yang memerlukan jawapannya. Baru kita lebih kenal pasangan kita. Itu pun tidak 100%. ~~ Sedetik bersama saya, kerana yang sedetik itu mampu mengubah kehidupan ~~ Dr. Hj. Tengku Asmadi

Kita Tidak Suka, Tapi Kenapa Kita Buat Juga?

• Kita suka bila kita dipercayai, tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain? • Kita suka bila kita disanjungi, tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain? • Kita tidak suka di caci, tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain? • Kita tidak suka dikhianati, tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain? • Kita tidak suka dibenci, tetapi kenapa kita suka membenci orang? • Kita tidak suka disakiti, tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain? • Kita tidak suka dipersalah, tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain? • Kita tidak suka dikritik, tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain? • Kita tidak suka hak kita dirampas, tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain? Kalau kita ingin dihormati, kita juga mesti belajar untuk menghormati orang lain dahulu. Kalau kita ingin dihargai, kita juga mesti belajar untuk menghargai orang lain. Kalau kita ingin difahami, kita juga mesti belajar untuk memahami orang lain. Kalau kita ingin dikasihi, kit

Bukannyer...

✿~Tak Faham, Kita Terangkan -----> Bukan Ketawakan.... ✿~Tak Tahu, Kita Tunjukkan -------> Bukan Dimarahkan.... ✿~Tak Betul, Kita Nasihatkan ------> Bukan Diumpatkan.... ✿~Tak Jelas, Kita Jelaskan ---------> Bukan Dirumitkan.... ✿~Tak Mampu, Kita Usahakan ----->Bukan Dimanjakan.... ... Setiap manusia punya kelemahan dan kekurangan, Tidak ada diantara kita yang sempurna, Hiduplah dengan Kasih Sayang, Mawaddah Warahmah ♥

Apa Tabiat kite? Seakannn...

TABIAT ULAR Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yg jahat tentang suami atau dirinya. Maka akan berkelahilah dia dengan orang lain. TABIAT TIKUS Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri. TABIAT KERA Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan ramai. TABIAT SERIGALA Apabila suami ada di rumah, dia pura-pura menidurkan dirinya. Bila datang suaminya, dia akan berkata bahawa suaminya pergi berhiburan sedangkan dia sakit di rumah. TABIAT ANJING Suka memalingkan muka apabila bercakap dengan suaminya. Suka membantah dan mengherdik suami. Jika dia melihat suaminya berharta, dia mengasihi. Jika tiada berharta, dia akan menista dan membenci suaminya. TABIAT KELDAI Dia seorang wanita yang penakut. Namun, suka bersolek dan mencantikkan diri. TABIAT KHINZIR Wanita yang tiada berbuat baik. Suka makan minum sahaja untuk memenuhkan perutnya. Dia juga suka menjaha

Manusia Hebat

Manusia hebat adalah hari ini lebih baik dari semalam. Setiap yang berlaku memberikan kita pengalaman dan pengajaran. Perkara semalam penting sebagai pengukur siapa kita hari ini. Perkara hari ini pula penting dalam mencorakkan masa depan. Bagi menjadi hebat, perlu rajin cari ilmu baik ilmu duni atau akhirat. Kena banyak membaca, rajin bertanya, suka mengkaji dan sentiasa berfikir. Kadang-kadang kita kurang fikir dalam bertindak, itu tandanya kita manusia normal. Tetapi kalau selalu sangat kurang fikir itu maknanya kita menuju kebinasaan. Fikir-fikirkan. ~ Sedetik bersama saya, kerana yang sedetik itu mampu mengubah kehidupan~ Dr. Hj. Tengku Asmadi

Org mengata...??

Buat baik pun orang kata... buat jahat lagilah orang mengata... tak buat apa pun pasti diperkatakan... sudah mati pun orang masih memperkatakan... selagi manusia belum hilang kata-kata... selagi itulah ada sahaja permainan kata... *Tunggu sahaja kata Allah pada hari semua saksi akan berkata-kata*