Habbatus Sauda asalnya tumbuh liar di Negara sekitar Mediterranean, kemudian di tanam secara meluas di Afrika Utara terutama di Mesir, di Eropah, di Syria dan Asia Tengah seperti di Iran dan India. Jika iklim sesuai, ianya sangat senang ditanam di laman rumah atau di tepi-tepi jalan. Walaupun pohonnya kecil, namun ianya mempunyai manfaat yang sangat besar kepada manusia. 1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa dan sylosa polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamannya ialah dari pemakanan, Asid amino yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsim, dan zat besi. 2. Sistem Imunisasi - kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda. Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyaki berkaitan yang lain. 3. Anti-histamine - Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badanyang menyebabkan ke...