Posts

Showing posts from August 5, 2012

Singkirkan Kegelisahan

Image
Jangalah bersedih! Anggap sahaja diri anda tidak akan hidup kecuali sehari saja, maka mengapa anda harus bersedih, marah dan kesal pada hari ini? Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Jangan mengingat-ingat masa lalu, dan jangan pula merasa risau dengan masa yang akan datang. Menyibukkan diri dengan masa lalu, mengingatinya dan merenungi berbagai musibah yang telah berlaku dan yang telah berlalu, adalah merupakan perbuatan bodoh dan gila (tiada bermanafaat). Pepatah Cina ada menyebutkan: "Jangan anda menggambarkan sebuah jambatan sebelum anda melaluinya" Maksudnya: Jangan anda menggambarkan suatu peristiwa, termasuk keburukan dan bencana yang ada di dalamnya sehingga anda sendiri mengalaminya dan merasakannya. Salah seorang ulama salaf pernah mengatakan:" Wahai anak Adam, hidupmu itu tida hari sahaja: Hari kelmarin yang telah berlalu, hari esok yang belum tiba dan hari ini saat kau menjalaninya, maka bertaqwalah kepada Allah dalam menjalaninya!" Bag

Seluar Dalam Terkena Darah Haid

Saya diberitahu oleh rakat sepejabat saya bahawa seluar dalam yang terkena darah haid tidak boleh dipakai lagi buat selama-lamanya ketika solah walaupun ia telah dibasuh bersih. Betulkah begitu ustaz? Jawapan: Ringkasan: Tidak benar sama sekali. Penentuan hukum berhubung isu ini memerlukan kepada penjelasan yang betul dan terperinci. Huraian: Secara asasnya, darah haid merupakan najis. Jika ia terkena pada pakaian, maka kita tidak boleh memakainya untuk solat. Justeru, seluar dalam wanita yang terkena darah haid tidak boleh digunakan untuk solat sekiranya ia belum dibasuh dengan betul. Sebaliknya, sekiranya ia telah dibasuh dengan betul,  maka seluar dalam berkenaan sudah boleh dibuat solat walaupun ada kalanya warna darah tersebut masih kekal di situ kerana kesukarannya untuk hilang. Hujah: Seorang perempuan telah datang bertemu dengan Baginda lalu bertanya:" Ya Rasulullah, baju salah seorang daripada kami telah terkena darah haid. Bagaimanakah caranya untuk dia member

Wanita Haid pun Dapat Pahal Puasa Penuh

Image
Ummulmukminin Aisyah r.h.a didatangi haid ketika haji. Beliau mencerikan: "Rasulullah menemuiku yang sedang menangis. Baginda bertanya: "kenapa denganmu? Adakah kamu sedan 'uzur'?' 'Ya.' Lalu Baginda memujuk: " Inilah hakikat yang Allah telah tetapkan atas anak-anak perempuan Adam."(Riwayat al-Bukhari) Dalam hadis lain, Baginda bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang hamba itu sakit atau bermusafir, Allah tulis siap-siap pahala amalannya seperti mana yang dia lakukan ketika sihan dan bermukim."(Riwayat al-Bukhari) Haid ialah penyakit yang menghalang seorang wanita daripada melakukan ibadah rutinnya termasuklah puasa Ramadan. Sekiranya beliau sememangnya komited dengan ibadah ketika sihat, pahal amalannya tetap berterusan walaupun ketika dia 'sakit'. Subhanallah! Begitulah Maha Pemurahnya Allah. Dia amat menghargai keikhlasan hamba-hambaNya. Sumber: Majalah Al-Ustaz

Melepaskan Peluang ke Syurga

Ramai orang yang tidak kenal erti berbudi dan berbakti kepada ibu bapa. Ramai yang acuh tak acuh dengan keperluan dan kehendak iub bapa. Akhirnya, mereka sendiri melelpaskan tanggungjawab besar yang telah diamanahkanoleh Allah. Mereka berpendapat, biarlah ibu bapa mereka hidup sendiri. Kenapa jadi begini? Kenapa? Sebabnya mereka tidak melihat kesusah itu akan mendapat balasan pahala. Mreka tidak mengeri bahawa berbakti kepada ibu bapa membawa hasil lumayan di akhirat. Apabila mereka meninggalkan ibu bapa, itulah saatnya mereka melepaskan syurga dari tangan mereka. Kisah-kisah orang yang melepaskan peluang ke syurga dengan menderhakai orang tuanya sangatlah banyak. Mungkin saudara akan mendapati kebanyakkan orang tua yang sedang terbaring di hospital itu hanya ditemani oleh pembantu rumah atau pemandunya, bukannya anak kandung mereka sendiri pun. Semoga Allah melindungi kita daripada musibah sebegini. Ingatlah bahawa dosa menderhakai ibu bapa akan diterima sebelum mati. Jika kita ti

Gagal Menilai Sebuah Pahala

Image
Manusia semakin buta menilai sebuah pahala. Mereka tidak mampu mengerti manfaat pahala. Biasanya ucapan pahala dan dosa itu bagaikan permainan danjenaka semata-mata. Ramai orang tahu cara mencari duit, tetapi ramai orang lupa cara mendapat pahala dan sumber-sumbernya. Antara sumber pahala yang terbesar kepada manusia ialah hubungan baik antara anak dan ibu bapa mereka. Realitinya, ramai orang melarikan diri daripada berkhidmat untuk ibu bapa. Ramai anak-anak yang tidak mahu menyusahkan diri dengan berkhidmat untuk ibu bapa, sedangkan itulah sumber utama untuk mendapatkan bonus di akhirat. Mereka ialah orang yang melarikan diri daripada tanggungjawab dan meninggalkan ayah atau ibu mereka pada saat mereka memerlukan perhatian Mereka fikir ia suma perkara picisanl Sebenarnya mereka tidak hanya meninggalkan orang tua mereka, tetapi mereka telah menjauhi syuraga Allah. Memang terbukti bahawa kisah seperti ini banyak sekali terjadi. sumber: Majalah Al-Ustaz

Bayar Hutang dengan Wang Haram

Apa hukum seseorang yang membayar hutangnya dengan wang hasil menang nombor ekor atau loteri? Jawapan: Orang yang membayar hutang daripada hasil perbuatan haram, maka jelaslah haram. Dia dikira sebagai belum membayarnya lagi. Ini kerana wang haram tidak boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Setiap hutang wajib dibayar dengan wang halal. Sumber: Majalah Al-Ustaz

SENARAI SEMAK IBADAH WANITA “UZUR” PADA BULAN RAMADAN

1. Menjawab azan bagi setiap solat dan berdoa selepas azan 2. Mengambil peluang berdoa antara azan dan iqamah. Ganjarannya: “Doa antara azan dan iqamah tidak di tolak.” ( Riwayat al-Tirmizi) 3. Membantu, menggalakkan dan mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal antaranya: a. Kejutkan ahli keluarga bangun sahur atau solat Subuh b. Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid c. Mempersiapkan pakaian solat mereka d. Nasihati mereka supaya giatkan beramal Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membimbing kea rah kebaikan, baginya pahala orang yang menrgerjakannya.” (Riwayat Muslim) 4. Berzikir dan berselawat dari semasa ke semasa 5. Berdoa dan beristighfar 6. Mendengar bacaan al-Quran 7. Menuntut ilmu sama ada dengan dengar dari televisyen, radio atau membaca buku. 8. Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:” Sesiapa yang menyediakan juadah berbukan untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang

Melabur untuk ILMU

Belajar dari pengalaman sendiri itu bijak. Tapi lebih bijak kalau mahu belajar dari pengalaman orang lain. Masalahnya, ramai orang tidak mahu melabur untuk ilmu dan belajar dari orang lain tanpa mereka sedari belajar dari pengalaman sendiri itu lebih tinggi lagi harga yang perlu dibayar olehnya. Itu belum lagi diambil kira dari segi masa dan kecederaan emosi. Oleh itu, jangan kedekut, melaburlah untuk ilmu. ~ Dr. Hj. Tengku Asmadi ~

Forgive, Let Go And Be Free

Image

Tips utk Org yg Putus Cinta

"Sesuatu yg kita cintai belum tentu mendatangkan kebaikan kpd kita.Manakala sesuatu yg kita benci belum tentu mendatangkan keburukan kpd kita.Percayakah kita sutera yg lembut dan indah serta mahal harganya berasal daripada seekor ulat.Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta Allah". - Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood-

Boleh ke ikan disuruh berjalan?

Image
Semua anak-anak kita bijak dan hebat. Masalahnya kita yang tidak kenal bakat dan potensi mereka. Kalau ikan disuruh berjalan manakan mungkin. Begitu juga kalau ayam disuruh berenang. Jadi, ajar anak mengikut gaya pembelajaran mereka dan pupuk kebolehan anak mengikut bakat dan kecenderungan mereka. ~ Dr. Hj. Tengku Asmadi ~

To be a Good Mother...

Image

Allah is always there for you

Image
"Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku di tangan-Mu, Keputusan-Mu berlaku padaku, qada-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku".

Kanak-kanak Sememangnya JUJUR

Seorang guru ingin menguji anak muridnya sma ada mereka faham tentang konsep masuk ke syurga. Guru itu mula bertanya kepada mereka:"Jika saya jual kereta saya dan sedekahkan semua wang jualan itu kepada masjid, adalah saya akan dapat masuk syurga?" "Tidak!" serentak anak muridnya menjawab "Jika saya kemas bilik saya supaya sentiasa bersih dan teratur, adakah saya akan dapat masuk ke syurga?" Sekali lagi jawapan yang diberikan: "Tidak!" Ketika  itu, guru tersebut mula tersenyum, "Mereka benar-benar faham," guru tersebut berbisik. Kemudian dia bertanya lagi: "Kalau saya hadiahkan gula-gula yang banyak kepada kanak-kanak, adakah saya akan masuk syurga?" Sekali lagi mereka menjawab:"Tidak!" Kini guru tersebut mula berbangga dengan anak-anak muridnya. "Baiklah, kalalu begitu bagaimana saya nak masuk ke syurga?! sambungnya lagi. Seorang anak murid yang berumur lima tahun menjawab:"Cikgu kene mati dulu!&q

Bolehkah ayah mencium anak perempuannya?

Setiap kali saya ingin pulang semula ke kampus, ayah saya aka mencium saya sebelum berpisah. Bolehkah seorang ayah mencium anak perempuannya atau seorang ibu mencium anak lelakinya walaupun sudah dewasa? Jawapan: Kita tidak dapat nafikan bahawa seorang ayah adalah mahram bagi puterinya dan dibolehkan bagi si anak untuk tidak berjijab di hadapan ayahnya. Yang menjadi pertanyaan disini, bolehkah seorang ayah mencium puterinya yang sudah baligh dan sebaliknya? Dirawayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustradrak, Saidatina Aisyah berkata,"Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih mirip dengan Rasulullah SAW dalam ucapan dan perkataan daripada FAtimah r.ha. Apabila Fatimah datang kepada baginda, Banginda mengucapkan selamat datang kepadanya, berdiri menyambutnya, kemudian memegang tangannya, menciumnya dan mendudukkan Fatimah di tempat duduk beliau. " Kata Imam az-Zahabi, "Hadis ini sahih". Tidak ada dosa dan kesalahan bagi seorang ayah untuk mencium puterinya ya

Biarkan yang berlalu terus berlalu...

Image
Biarkan yang berlalu terus berlalu... Disitulah terbit makna sebuah KEREDHAAN... Pengertian REDHA ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan tanda mahabbah kepada Allah s.w.t. Mari kita semua menjadi HAMBA YANG REDHA ♥

Nak Ubat?

Image

Jangan Perkecilkan Amalan Orang Lain

Image

4 jenis Lelaki yang ditarik Perempuan ke NERAKA

Image

Bukan Lailatul Kamdar yaa..

Image
tinggal 1 hari lagi untuk memasuki fasa terakhir Ramadan. Jadilah orang yang beruntung dengan merebut LAILATUL QADAR, agar tidak terisi malam-malam fasa terakhir Ramadan dengan LAILATUL KAMDAR