Singkirkan Kegelisahan


Jangalah bersedih! Anggap sahaja diri anda tidak akan hidup kecuali sehari saja, maka mengapa anda harus bersedih, marah dan kesal pada hari ini?

Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Jangan mengingat-ingat masa lalu, dan jangan pula merasa risau dengan masa yang akan datang.

Menyibukkan diri dengan masa lalu, mengingatinya dan merenungi berbagai musibah yang telah berlaku dan yang telah berlalu, adalah merupakan perbuatan bodoh dan gila (tiada bermanafaat).

Pepatah Cina ada menyebutkan: "Jangan anda menggambarkan sebuah jambatan sebelum anda melaluinya"

Maksudnya: Jangan anda menggambarkan suatu peristiwa, termasuk keburukan dan bencana yang ada di dalamnya sehingga anda sendiri mengalaminya dan merasakannya.

Salah seorang ulama salaf pernah mengatakan:" Wahai anak Adam, hidupmu itu tida hari sahaja: Hari kelmarin yang telah berlalu, hari esok yang belum tiba dan hari ini saat kau menjalaninya, maka bertaqwalah kepada Allah dalam menjalaninya!"

Bagaimana mungkin orang yang menanggung beban kesedihan masa lalu dan kecemasan terhadap masa depan dapat hidup tenang hari ini? Bagaimana mungkin orang yang selalu mengingat-ingat sesuatu yang telah kembali dan telah berlaku akan tenang hidupnya hari ini? Maka mengingati kembali sesuatu yang telah berlaku serta merasa kesedihan dan menyakitkan ke atasnya adalah tidak mendatangkan sebarang manfaat baginya.

Adapun maksud perkataan: "Jika engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya waktu petang, dan jika engkau berada di waktu petang jangalah menunggu hinga datangnya waktu pagi", iaitu agar anda tidak terlalu banyak berangan-angan, mengunggu ajal yang akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja dengan memperbanyakkan bekalan, dan selaulah berbuat yang tebaik. Janganlah anda menyibukkan diri dengan baerbagai target masa depand dan kesedihan masa lalu, kerahkan segal kemampuan untuk hari in, berbuatlah semaksima mungkin, dan pusatkan tumpuan anda untuk melakukan sesuatu dengan cara meningkatkan kualiti moral, kerjakan dengan baik ibadah wajib anda hari ini lalu tambahkan dengan ibadah  sunat. Maksimakan apa yang ada di hadapan anda, berusahalah untuk selalu memperbaiki perilaku anda, perhatikan kesihatan anda dan perbaikilah akhlak anda terhadap org lain.

Oleh itu:

 Jangan bersedih, kerana qadha' telah ditetapkan, sesuatu yang ditaqdirkan telah terjadi, pena2 telah mengering, lembaran2 catatan ketentuan pun telah dilipat dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta'akhirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.

Jangan bersedih, sebab kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman, menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutarkan jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang dan mengembalikan aliran sungai ke sumbernya semula!

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu laksana badai yang merosakkan cuaca, membuat air bah di mana-mana, mengubah cuaca langit, dan merosakkan keindahan bunga2 yang sedang mekar di taman.

Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan hati anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam2 anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yang mensia2kan waktu.

Sumber: Buku La Tahzan
Tulisan: Dr. 'Aidh bin 'Abudllah Al-Qarni

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah