Posts

Showing posts from May 29, 2011

Kemanisan Iman

Ingatlah DUA perkara: 1. Kebaikan Orang Kepada Kita 2. Kesalahan kita pada org dan Lupakanlah DUA perkara: 1. Kebaikan kita kepada orang 2. Kejahatan orang terhadap kita Sayangnya, dalam kehidupan ini kita selalu bertindak songsang. Apa yang perlu kita ingat, kita lupakan. Apa yang perlu kita lupakan, kita ingat. Akibatnya, kemanisan iman semakin tawar dan hambar dalam kehidupan kita. Sampai ke tahap ada orang yang menafikan terus adanya kemanisan ini dlm kehidupan. Hasilnya, manusia yang renggang dengan Allah akan renggang juga dengan sesama manusia. Dan akhirnya, tidak ada lagi kemanisan dalam hidup di dunia ini akibat langsung daripada tidak ada kemanisan iman dalam hati manusia.

Pada Suatu Hari ...2

1. Kadang2 aku rasa aku dah tak mampu to stay positive lagi....selalu aku menangis in order to recharge semula 'aura positive'. Aku membaca, aku menulis, membaca lagi, menulis lagi, dan lagi dan lagi...tapi kadang2 aku jatuh tersungkur. "La haulawala kuwataillabilla...." 2. Hari ini terjawab sudah teka-teki. Aku di tukarkan ke unit lain. Andai kata inilah harga sebuah pengorbanan maka aku redha. Aku yakin ada yg lebih baik yg telah Allah sediakan untukku. Sedih tapi redha. 3. Kata doktor sakit ku tak ada ubat. Sakit ku tak akan sembuh. Sedih.Sebaik mungkin aku berlakon dpn anak2ku, "me - ok." Sakit aku tanggung sendiri. Rasa hampa. Jgnlah berasa putus asa. Janji Allah setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Doktor bukan tuhan. Jadi mengapa harus putus asa. Cuma aku sedih kerana dlm mencari penawar, aku sendirian. Mohon bantuan tapi seringkali dihampakan. Berjauh hati. Semua org sibuk. Tak ada masa utk aku. Hanya aku sahaja yg masih bersedia mencari mas