Terhukum oleh ketamakan sendiri
Seorang menteriyang tamak dan kaki rasuah selalu sahaja menyusahkan urusan pemerintahan sultan yang adil. Namun,untuk menghukumnya bukan mudah kerana si menteri tersebut mempunyai rangkaian perhubungan yang sangat kuat, sma ada di kalangan sesama menteri mahupun dengan angkatan tentera. Sultan yang adil dan baik hati telah didesak berkali0kali untuk mengenakan tindakan terhadap menteri. Anehnya baginda tetap sabar sehingga tiba pada suatu hari, baginda bertitah kepada menteri tersebut. "Hari ini kamu akan mendapat kurniaan besar daripada beta." "Kurniaan apa tuanku, patik sedia menerimanya,"sahut menteri yang tamak itu dengan gembira. "Beta ingin mengurniakan kamu tanah!" tidah Sultan. "Terima kasih tuanku. Boleh hamba tahu seluas mana, tuanku?" "Begini, selepas Subuh, kamu berjalanlah dari pintu istana ini sejauh mana yang kamu terdaya. Dan pulang semula sebelum waktu Zuhur." "Maksud tuanku?" "Sejauh mana kamu mampu berj