Sangkaan Kita
Jika ada sesuatu yang menyedihkan anda dan anda mahu perubahan berlaku. Berdoalah dan bersangka baiklah doa mu akan termakbul. Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku.” (Riwayat Ibnu Abid-Dunya) Untuk bersangka baik kita perlu melihatnya bermula dari dalam diri kita. Bayangkan perubahan itu di minda dan hati kita.