Posts

Showing posts from October 30, 2011

Tahajud

Image
Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi". Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan? Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak. PILIHAN 1 Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu saja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah. PILIHAN 2 "Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat..&q

::..TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH..::

Image
Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,, Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,, Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.. Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,, Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,, Agar kita sentiasa tabah dan kuat.. Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,, Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,, Agar diri akan terasa lebih bahagia.. Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,, Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri... agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi.. Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,, Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita.. Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,, Tapi akan terasa INDAH ketika m

Renungan bersama: Respons terburuk dalam realiti hidup.

Image
Sharing dari seorang teman. contoh respons terburuk dalam realiti hidup teman2.. A) mak sedara saya meninggal. terpaksa cuti. Reaksi: Mak sedara je kan... ? tak payah cuti la.... B) Saya mohon tukar ke kerja ke semenanjung ikut suami selepas anak meninggal. Reaksi: Dah mati, matilah... kenapa perlu banyak alasan. Permohonan tetap kena ikut prosedur biasa Like · · Translate · Share · October 17 at 6:58pm · 71 people like this. 1 share Tie Suhaini ini saya dgr dari seoarang ibu anak istimewa..."puan, anak puan demam, boleh tak puan dtg dan bawak anak ke klinik, saya takut nanti dia kena sawan lagi".....tau apa jawapan ibu moden berkerjaya ni"...u hantar lah, nanti saya bayar kos semua, lagipun dia asyik demam, baik, demam baik...mati je belum!".... October 17 at 7:10pm · Like Nazrul Hilmi Mohammad pernah berlaku kpd seorang kawan yg kematian anaknya. tapi betullah kata org, Tuhan bayar 'cash'. tak lama lepas tu boss yg sombong tu pul

Jika Ingin Bahagia

Image
Jika ingin bahagia, jgn bandingkan diri dengan org lain.... makna kebahagiaan bg setiap org adalah berbeza... ada yg senyum untuk melindung duka... ada yang pura-pura berduka untuk sembunyi rahsia kebahagiaannya...

Antara musibah dalam hidup adalah..

Antara musibah dalam hidup ialah menganggap diri tiada dosa.... - marah bila dinasihati, tidak peduli seruan kebaikan, tidak terfikir untuk berubah, selesa dgn kemungkaran dan 'berangan' terhadap duniawi seolah-olah tiada istilah kematian dan hari pembalasan

Hidup ini dlm membuat pilihan

Jika bersandar pada pangkat, pangkat boleh jatuh. jika bersandar pada kedudukan, kedudukan boleh terhina. Jadi jgn kejar pangkat,nama,glamour... semua akan bergoncang bila tiba waktunya. Bersandarlah pada Allah, Allah maha teguh dan kekal abadi... Hidup ini untuk membuat pilihan. Jalan pintas yg palsu atau jalan lurus yang panjang namun terjamin keselamatan dunia akhirat...

Aku simpan rahsiamu

usah takut pada manusia yang menyimpan rahsiamu tetapi gentarlah pada Allah yang memegang timbangan dosa pahalamu... segalanya direkod sebegitu lengkap dan terperinci. Manusia mudah lupa, mudah dirasuah, mudah hipokrit..jadi tiada yg kekal pada manusia. sekali air bah, sekali pantai berubah.

Apa itu rezeki?

Image
rezeki bukan hanya duit.duit.duit.duit.... cth rezeki yg biasa manusia terlepas pandang: - terselamat dari bala bencana/musibah/penyakit - dapat tempat duduk di saat org lain berdiri - berkenalan dgn org yang baik2 - jalan sesak tetapi dapat sampai pd waktunya - tidur nyenyak

They tell U...

They tell U to be yourself then they judge U. One thing that we must realize in our lives is that people all around us will judge us n expect for us to live our lives up to their standards. Another thing that we must realize is that d only standards we must live up to are God's standards, nobody else judgement's of us truly even matter. "Be yourself no matter what, as long as U follow what God wants U to be"... , Be who we are..& we shouldn't change just to please someone else

Demi Masa, sesungguhnya..

I still find each day too short for all the thoughts I want to think, all the walks I want to take, all the books I want to read, and all the friends I want to see (John Burroughs) Indeed, dis is so true..~DEMI MASA, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian~ make full use of ur time when u have it, otherwise u'll regret it..

Alhamdulillah

Kesusahan lah yang menjadikan kita "manusia"....I learned a lot through all my difficulties. Alhamdulillah everything now just gets better..

Falling in love..

A good reminder to: "Falling in love when you're ready is better than falling in love when you're lonely".

Life is a mystery

Yes its not wrong to look for 'comfort' but believe me... rezeki boleh dicari dan ianya ketentuan Allah. Life is a mystery and full of surprises. Choose well...but what you chose might bring a totally different unexpected ending :)

Me..?

Image

Kate Prof Dr Muhaya

Fikiran kita menetukan emosi dan tindakan. Jika rasa tak seronok hasil fikiran yang kita pilih. pilih fikiran berbeza hidup akan berbeza. Kualiti kehidupan adalah kualiti fikiran kita. Jika kotor maka kotor lah ia

Kate Prof Dr Muhaya

Hanya dengan AlQuran kita akan selamat. Ibu bapa yang tidak mengajar atau menetukan anak anak celik AlQuran alangkah ruginya. Jika kita tidak tahu membaca jom belajar. Kita waniat sibuk nak anti aging, kolagen dan nak sihat tapi kalau bacaan Quran Kalamullah kita tak upgrade dan tergagap gagap baca kita harus rasa malau pada ALlah dan malu pada diri sendiri. Kita sibuk ke spa tapi QUran tidak ada peningkatan. Jom audit diri kita wahai wanita yang dah lebih 40 tahun

Breeding Programme

Something to ponder "Universities should be the breeding ground of reformers and thinkers,and not institutions to produce students trained as robots. Clearly the provision is not only counter-productive but repressive in nature - What do U think? - The Sun today.

Be Positive Stay Positive

"Every bad situation will have something positive. Even a dead clock shows the correct time twice a day. So stay positive in life." Allah knows what is the best for you! :) Subhaanallah!!!

Rule of Decision Making

Thought of the day: "Try not to make decisions when you're emotionally upset. Your words, spoken in anger, can hurt someone's feelings. Stay in a good frame of mind by getting together for good laughter and fun with friends."

10 Hari Zulhijah

"Tidak ada hari yg paling agung dan amat dicintai oleh Allah utk berbuat kebajikan(kebaikan) di dalamnya daripada 10 hari (Zulhijjah) ini.Maka prbanyakkanlah pada saat itu bertahlil, bertakbir dan bertahmid (berzikir mengingati Allah)" [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Biarlah Orang Mengata

Image
BIARLAH ORANG MENGATA Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata Biarlah o rang memfitnah, jangan kita melakukannya Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam lebih baik Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita Balaslah jasa orang, lupakan kejahatanya Alangkah baiknya, balas kejahatan orang dengan kebaikan Wahai saudara-wahai saudari, Itulah panduan kita Jadikan ia panduan, di dalam pergaulan Krisis tidak akan panjang, permusuhan tidak berlarutan Itulah panduan, jika ingin aman dan harmoni Tuan atau puan, Begitulah Islam memberi panduan Untuk keselamatan hamba-hambaNya di dunia Tidak ada pada ajaran, agama-agama lain dan sebarang ideologi, Hanya ada pada Islam yang sejati Begitulah sebahagian, ketika didalam pergaulan Marilah kita bersama-sama, mengamalkan bersungguh-sungguh Walaupun berat sekalipun penat, Unt

"Ya Allah, lihatlah air mata kami .."

"Ya Allah, lihatlah air mata kami ini, kepedihan dihati kami. Hanya Engkaulah sumber kebahagiaan kami, ku mohon ubahlah kesedihan kami menjadi kebahagiaan dan ubahlah air mata kami menjadi senyuman."

Melihat kehidupan insan lain .....

Hidup ini tidak selalunya dihujani ujian. Tanpa kita sedari, nikmat-Nya datang menghapuskan epilog sedih. Ya Allah, sesungguhnya banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu. Teringat ada pepatah mengatakan " Melihat kehidupan insan lain boleh menjadi ikhtibar pada diri kita. Untuk belajar bersyukur, kita kena lihat kehidupan orang yang lebih susah daripada kita supaya ia mengingatkan kita bahawa ada lagi insan yang lebih malang dan memerlukan pertolongan..

Petua untuk Hati

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah: Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah. Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya. Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fi

Want to go 'Popular'?

Human is always having their own perception..its actually own conclusion!! They don't bother to know more and ask more! That's how people go for 'popularity'..

Pesanan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Abdullah bin Abbas berkata : ✿ "Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai org terhadap dirinya." ✿

Bersabarlah Duhai Hati...

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah beta

Bukan Saya Tetapi Allah

Dari jauh, komuter biru kuning yang tertera destinasi 'Batu Caves' bergerak perlahan melewati stesen Shah Alam. Siren berbunyi, pintu pink dibuka, dan saya melangkah masuk. Mata melilau mencari kerusi kosong. Alhamdulillah. Kelihatan di hujung masih berbaki satu yang kosong. Berdekatan seorang kakak Indonesia dan anak kecilnya. Keadaan tenang, namun ada satu suara yang mampu mengganggu ketenteraman telinga. uwaaaaaaaaa.... uwaaaaaaaaa.. uwaaaaaaaaaaaa. Anak kecil berdekatan saya itu menangis, minta dilepaskan, ingin dilepas bebas. Sangkaan saya, 'budak baru dapat kaki, biasalah.' Anak itu mula berjalan dan semua mata pastinya tidak lepas memandang anak kecil dalam lingkungan setahun itu. Dia kelihatan gembira berjalan-jalan di atas train yang bergerak, walaupun riak cemas jelas terpancar di raut wajah ibunya. Anaknya melangkah semakin jauh dan si ibu pantas bangun dan mendapatnya kembali. Namun belum pantas ibunya ke tempat duduk asal, anak itu kembali me

Ya Allah...aku sedih

"Ya Allah, lihatlah air mata kami ini, kepedihan dihati kami. Hanya Engkaulah sumber kebahagiaan kami, ku mohon ubahlah kesedihan kami menjadi kebahagiaan dan ubahlah air mata kami menjadi senyuman."

DOSA-DOSA GUGUR DI CELAH JARI APABILA SUAMI DAN ISTER BERSALAMAN

Image
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya." Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seoran

Watch me..

Image