Posts

Showing posts from August 31, 2014

NASI DAGING UTARA

Image
  Bahan: 1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut 6 cawan Beras biasa/ beras basthmati....basuh bersih dan tosk an 8 cawan air rebusan daging 1 cawan susu cair 3 sudu besar minyak sapi 1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan] 3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air 2 sudu besar kismis 3 helai daun pandan ..disimpulkan garam & gula secukup rasa Bahan tumis 2 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 kuntum buag pelaga 2 labu bawang besar 3 ulas bawang putih [mayang halus atau tumbuk 1 inci halia ] Cara memasak: 1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker di atas api yang kecil 2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan. 3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi. 4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih. 5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis 6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nas

APAKAH MISI HIDUP MU?

Image
Sebenarnya, setiap individu di dunia ini sedang mencari misi masing-masing. Misi membawa pengertian bahawa kita sanggup berkorban demi kebaikan dan manfaat orang lain. Diri seseorang selalunya hanya rela berkorban sesuatu perkara yang menjangkaui kepentingan diri atau yang lebih dari diri sendiri. Semua insan dalam sejarah manusia adalah individu yang terus berusaha untuk menawarkan kasih sayang kepada orang lain. Mereka gunakan hayatnya yang singkat untuk berkhidmat kepada manusia. Untuk menjadi seorang yang penuh kasih sayang, kita hendaklah memupuk perhubungan kemanusiaan yang mesra dengan orang lain. Inilah sebab kita perlu memulakan perhubungan mesra dengan setiap anggota keluarga terlebih dahulu. Dengan erti kata lain, usaha memupuk perhubungan manusia yang mesra adalah perkara yang paling penting dalam hidup seseorang . Bila anda meneliti kembali kehebatan prestasi hidup, anda akan dapati semua kejayaan anda adalah berlaku pada orang yang anda s

Pelangi

Memang pelangi takkan selalu mampu jadi peneman. Bila kau berjalan, Pelangi akan kau tinggalkan. Tapi saat kau terus berjalan ke hadapan, Indahnya pelangi yang tadi kau perhatikan, Masih kekal dalam ingatan. Dan bibirmu masih tak lekang memuji indahnya ciptaan Tuhan.