Posts

Showing posts from March 23, 2014

Mahsyar..

Kalau engkau rasa Laut lepas itu Sudah terlalu luas Dan mencari kapal semegah itu pun Sudah macam tak daya lagi Cuba engkau Bayangkan betapa penatnya Mencari Orang yang engkau Aniaya di mahsyar nanti. Maka Andai hatimu disakitkan, Bila dah tak mampu lagi bertahan, maka luahkan terus pada Tuhan. Percaya kepada Ilahi. Di saat tiada siapa mempercayaimu lagi. Sungguh, Tuhan sentiasa ada memerhati Engkau tidak sendiri Yakinlah, Engkau sedang diuji~

Lilin

Sebuah bilik ada empat batang lilin yang sedang menyala. Keempat-empat lilin sedang berbisik sesama sendiri. Lilin pertama: “Saya adalah KETENANGAN. Tapi tiada yang boleh pastikan saya terus menyala. Saya akan padam tak lama lagi.” Sejurus bercakap, ia terus terpadam dan asap putih keluar daripada muncung lilin. Lilin kedua pula berkata: “Saya adalah KASIH SAYANG. Saya tidak mendapat semangat untuk terus menyala. Manusia semakin meninggalkan saya dan tidak mengerti kepentingan saya. Mereka lupa untuk sayang orang terdekat.” Selesai sahaja lilin kedua berhujah, ada angin sempoi yang datang memadamkannya seperti lilin pertama. Melihat padamnya lilin pertama dan kedua, lilin ketiga berkata: “Saya adalah HARAPAN. Nampaknya makin tiada sebab untuk saya terus menyala.” Tanpa menunggu, lilin ketiga terus padam. Seorang kanak-kanak masuk ke bilik dan melihat tiga daripada lilin sudah padam. “Mengapa kamu semua berhenti menyala, kamu semua sepatutnya bernyala sampai akhir!