Lilin

Sebuah bilik ada empat batang lilin yang sedang menyala. Keempat-empat lilin sedang berbisik sesama sendiri.
Lilin pertama: “Saya adalah KETENANGAN. Tapi tiada yang boleh pastikan saya terus menyala. Saya akan padam tak lama lagi.” Sejurus bercakap, ia terus terpadam dan asap putih keluar daripada muncung lilin.
Lilin kedua pula berkata: “Saya adalah KASIH SAYANG. Saya tidak mendapat semangat untuk terus menyala. Manusia semakin meninggalkan saya dan tidak mengerti kepentingan saya. Mereka lupa untuk sayang orang terdekat.” Selesai sahaja lilin kedua berhujah, ada angin sempoi yang datang memadamkannya seperti lilin pertama.
Melihat padamnya lilin pertama dan kedua, lilin ketiga berkata: “Saya adalah HARAPAN. Nampaknya makin tiada sebab untuk saya terus menyala.” Tanpa menunggu, lilin ketiga terus padam.
Seorang kanak-kanak masuk ke bilik dan melihat tiga daripada lilin sudah padam. “Mengapa kamu semua berhenti menyala, kamu semua sepatutnya bernyala sampai akhir!”
Kanak-kanak itu menangis kerana bilik ini agak gelap bergantung pada lilin keempat.
“Jangan takut wahai anakku. Selagi saya ada, kita boleh nyalakan semula lilin yang lain. Saya adalah IMAN.”
Tersentak, kanak-kanak itu mengambil lilin keempat itu lalu menyalakan semula ketiga-tiga lilin yang terpadam.
Wahai anakku,
Apa jua berlaku, jangan engkau biarkan IMAN kamu terpadam. Dengan hanya bergantung, percaya dan sangka baik pada Allah, barulah harapan, kasih sayang dan ketenangan dalam kehidupan dapat dicari semula meskipun hilang.
Jangan risau pada kegagalan, keresahan dan kekecewaan kamu yang lepas, tetapi fikirkan apa yang kamu boleh lakukan sekarang.
Senyum

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah