Posts

Showing posts from May 15, 2011

Menjadi Kismis Belum Anggur

Sebuah kesempurnaan dan kematangan tidak datang begitu sahaja. Ia merupakan suatu proses, dalam beberapa tahap. Antara satu tahap ke tahap yg lain memerlukan masa yang cukup panjang .  Sering kali kita melihat diri kita begitu besar dan matang, padahal kenyataanya masih begitu kecil dan mentah. Sebuah kesempurnaan dan kematangan tidak pernah datang begitu sahaja. Ia merupakan hasil daripada sautu proses. Proses ini terdiri daripada beberapa tahap. Antara satu tahap ke tahap yg lain biasanya memerlukan masa yang cukup panjang. Hukum ini berlakuuntuk semua makluk hidup. Seekor ulat menghabiskan masa berhari2 di dalam kepompong sebelum menjadi rama2 yg cantik. Setitis air mani menghabiskan masa berbulan2 di dlm rahim sebelum menjadi bayi yang comel. Bahkan sebiji anggur yang sebelumnya mentah, lalu masak, kemudian kering dan menjadi kismis. Sesiapa yang tidak sabar menjalani semua proses ini, maka proses kesempurnaan itu akan terbantut. Lalu ia tidak akan pernah sempurna untuk selama

Matlamat saya...JADI JUTAWAN DERMAWAN!!

Image
Saya memanjat tangga kejayaan yang betul? Setelah membulatkan keputusan anda untuk menjadi jutawan, pastikan mana satu tangga yang betul untuk memanjatnya. Sering terjadi, kita sedaya upaya berusaha memanjat tangga kejayaan. Namun apabila sampai ke puncak, baru kita sedar, tangga kejayaan yang kita panjat tangga yang salah! Contohnya, orang yang kita lihat hebat, sangat cemerlang dan kaya-raya, tapi rupa-rupanya, ia gambaran luaran semata-mata. Dalam memanjat kejayaan, dia terpaksa mengabaikan tanggungjawab2 yg lain. Hidupnya tertekan dan terperangkap dengan amanah lain yang terbengkalai. Merancang masa bermakna merancang kejayaan. Pilihlah tangga kejayaan yang boleh meneimbangkan hidup anda dengan semua tanggungjawab anda terhadap Allah s.w.t dan manusia lain.

Istimewanya Ujian Daripada Allah

Image
Masa lalu merupakan waktu yang penuh dengan pelajaran. Sebuah pelajaran yang dicipta untuk dipelajari dan ditelaah. Jika kita pernah mengalami kejayaan pada masa lalu, maka ambillah pelajaran untuk kita ulang kembali kejayaan demi kejayaan yang lain. Namun jika masa lalu kita ada cebisan2 kegagalan atau keburukan, maka pelajari dan telaahlah ia agar ia dapat dijadikan pelajaran untuk menghadapi kehidupan pada masa hadapan yg 1000 kali lebih mencabar. Ramai manusia yang berubah kerana mempelajari masa lalu. Kerana pengalaman masa lalulah mereka berjaya memotivasikan diri untuk melakukan amal kebaikan. Memetik kata2 Ibn al-Qayyim: "Perjalanan manusia menuju Allah itu seperti seekor burung. Kepalanya adalah cinta kepada Allah. Dua sayapnya adalah perasaan khuatir dan harapan. Tanpa kepala burung akan mati. Tanpa sayap, mustahil burung dapat terbang...." Pelajaran terpenting yg ada dlm sesebuah kehidupan itu adalah hikmah yg dpt dipetik daripadanya. Jika kita tidak dapa

Kisah Umar bin al-Khattab...

Image
Mari kita renung kembali catatan sejarah Umar bin al-Khattab r.a Ketaatan seorang Umar menyebabkan seekor syaitan pun tidak berani untuk menghasut dan menggodanya. Namun, di sebalik ketaqwaannya, Umar pernah mengalami masa lalu yang kelam, bahkan phait untuk dikenang. Mengalir air matanya apabila mengenang kejahilannya saat menguburkan anak perempuannya dan memakan "tuhannya". Bahkan tangan halus dan lembut yg menyapu debu di janggutnya ketika beliau menggali kubur untuk anak perempuannya itu tidak mampu untuk meruntuhkan keinginannya untuk mengikut tradisi Arab jahiliah yg telah diwarisi daripada nenek moyang mereka terun-temurun. Dalam Dairi catatan kehidupan Umar bin al-Khattab, masa jahiliahnya merupakan masa lalu yg sangat mengiris hatinya. Namun setelah hidayah menyapa pintu hatinya, dialah yg menjadi pembela Islam yg paling ditakuti dan digeruni. Bahkan khalifah kedua inilah yang menjadi simbol penyebaran Islam secara terang-terangan. Masa kelamnya menjadi pengajar

Tragedi 17 Feb 2011

Image
 Kecederaan yg dialami oleh Aiman pada hari ke 7. As you can see still badly bleed. Darah masih belum stop. Aku dah rasa mcm kucing ilang anak, bile tengok doktor tak boleh nak solve problem nie. Diorg dah masukkan darah 7pain di HTAA. Di hati ini, hanya Tuhan yg tahu.....

Tuhan...Aku ingin pulang....

Image
  Tuhan, aku ingin pulang. Satu kerinduan dan kerisauan yg tidak bertepi. Aku anak. Aku juga ibu. Dua perkataan yg tidak ada kompromi dalam kamus kehidupan. Aku rindu ibu. Tah bile aku akan bertemu. Aku bimbang anak, yg masih belum sembuh. Ya Allah, tabahkanlah aku. Tabahkan lah ibuku dan anak2ku. Sampaikan sembah salamku, peluk ciumku buat ibuku tersayang.  Tiap kali kalau aku balik menjenguk mu pasti berat hatimu untuk melepaskan ku pergi. Hati ini amat berat tidak lagi mampu menampung rasa pilu. Tiap  kali itulah ku pujuk hatimu. "Mak, sy dah kawin. Kene ikut ckp suami kan mak. Kalau anak mak ni taat pada suami, mak ngan ayah redha nanti mak dan ayah boleh masuk syurga ikut mana2 pintu pun.Hanya itulah yg saya harapkan. Redhakan sy ya mak..." itulah selalu pinta ku  Ibu, aku ingin pulang. Redhakan lah anak mu. Sayang mak.