Posts

Showing posts from June 10, 2012

Hinakah Anak Luar Nikah?

Soalan: Ustaz, saya selalu dihina oleh kawan-kawan disebabkan saya anak luar nkah. Saya tetap bersabar walaupun hati rasa terluka. Mereka mengatakan nama saya berbinkan Abdullah, sedangkan ayah yang membela saya bernama Hasyim. Abang dan kakak sya juga selalu menghina saya anak luar nikah. Saya rasa tersisih dan terhina. Bolehkah ustaz memberi motivasi kepada saya? Jawapan: Penghinaan manusia kepada manusia yang lain adalah lumrah perjalanan dunia sejak dahulu hingga sekarang. Lidah yang tidak bertulang kadang-kadang lebih tajam daripada pedang apabila ia tidak dilembutkan dengan iman dan takwa depada Allah s.wt. Janganlah saudara terlalu bersedih sehingga memudaratkan diri. Namun sebaliknya, hendaklah pasrah dan redha, serta berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan kemajuan diri dalam pelbagai aspek, agar tidak dipandang rendah lagi pada masa akan datang. Jika diteliti, sehingga Allah dan Rasul-Nya juga pernah dikutuk dan dihina oleh manusia, inikan pula kita manusia biasa yan

Just a MOM????

Image

Antara contoh kisah kasih dan sayang Allah s.w.t

Image
Dalam al-Quran amat banyak ayat yang menyebut nama Allah s.w.t dengan al-Rahman dan al-Rahim. Kedua-dua nama ini menunjukkan maksud yang hampir serupa iaitu Maha Memberikan Rahmat. Kasih dan syang amat berkait rapat dengan sifat rahmat. Imam Fakrhruddin al-Razi dalam kitab tafsirnya Mafatih al Shayb menghuraikan ayat ke 3 surah al-Fatihah mendatangkan dua kisah yang amat menarik bertaikan sifat kasih sayang Allah s.w.t Kisah pertama ialah pengalaman Ibrahim bin Adham seorang sufi yang terkenal.  Ibrahim bin Adham mencerikan bahawa suatu hari beliau pernah dihidangkan makanan berupa roti oleh suatu kaum yang beliau kunjungi. Ketika hendak menyuap ke mulutnya, tiba-tiba datang seekor gagak mengambil roti itu. Hairan dengan burung gagak yang berani mengambilnya daripada tangan manusia, beliau segera mengikuti ke mana gagak itu pergi. Tidak beberapa jauh dari situ, gagak itu tiba-tiba menjatuhkan makanan yang diambilnya itu ke sebuat tempat yang agak tinggi. Ibrahim segera pergi ke

Ketika Allah Rindu....

Image

Mari Bertahajud

Image

Kisah Pencuri Bawang

Image
Menurut hikayatnya daripada Punjab, terdapat seorang pencuri yang telah berjaya mencuri 200 biji bawang, namun berjaya ditangkap oleh tuan ladang. Pencuri tiu akhirnya dihantar ke mahkamah utnuk ditentukan hukumannya. Setelah dibicarakan, hakim menjatuhkan hukuman denga yang perlu dibayar sebanyak 10 keping emas. Si pencuri bawang mengatakan denda tersebut amat tinggi. Lalu hakim memberikan kepadanya dua pilihan, sama ada makan bawang sebanyak 200 biji atau disebat dengan 20 kali sebatan. Akhirnya si pencuri itu memilih untuk makan 200 biji bawang tersebut. Si pencuri tadi mulalah makan bawang tersebut satu demi satu sehinggalah biji yang ke 25, air matanya sudah megalir kepedihan dan perutnya terasa sperti terbakar. Olehkerana tidak tahan, maka dia memohon kepada hakim untuk disebat dengan 20 kali sebatan. Baru sahaja sebatan ke sepuluh dia sudah tidak tahan dan meninta sebatan dihentikan. Akhirnya pencuri tersebut tetap terpaksa membayar denda sebanyak 10 keping emas. hakim m

Bolehkah iblis, jin dan syaitan menyerupakan diri?

Walaupun, pada hakikatnya iblis, jin dan syaitan tidak boleh dilihat, tetapi dengan kelebihan tertentu, iblis, jin dan syaitan boleh menyerupakan diri dengan rupa tertentu termasuk bagi tujuan menakut-nakutkan manusia. Al-Qadhi Abu Ya'la Muhammad bin al-Husain bin al-Farraa' berkata: "Tidak ada kemampuan bagi syaitan untuk mengubah penciptaan mereka dan berubah bentuk. Namun Allah boleh sahaja mengajarkan kepada mereka beberapa kalimat dan perbuatan. Jika ia mengucapkan kalimat tersebut atau melakukan perbuatan-perbuatan tersebut Allah s.w.t  akan mengubahnya daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Dikatakan: syaitan mampu untuk mengubah bentuk dan membuat khayalan dengan maksud bahawa ia mampu untuk satu perkataan yang jika ia mengatakannya atau melakukannya, maka Allah akan mengubahnya daripada satu bentuk ke bentuk yang lain sesuai dengan kebiasaan yang berlaku. Ada pun jika ia mengubah dirinya sendiri, maka hal itu mustahil, kerana berubah dirinya daripada satu ben

Apakah pandangan Islam tentang hantu yang menjadi kepercayaan masyarakat Melayu? Adakah benar hantu ada kaitan dengan roh manusia yang telah meninggal dunia?

Dalam Islam, hantu sepertimana yang dipercayai oleh masyarakat Melayu itu sama sekali tidak wujud. Melalui perkhabaran daripada al-Quran dan sunnah, didapati apa yang diperkatakan oleh masyarakat Melayu itu tiada kene mengena langsung dengan roh orang mati, sebaliknya ia adalah iblis,jin dan syaitan. Malah, mempercayai kewujudan iblis, jin dan syaitan termasuk dalam rukun Imanyang wajib diimani. Ini kerana kewujudan iblis, jin dan syaitan disebut secara jelas di dalam al-Quran dan sunnah walaupun manusia tidak dapat melihatnya. Ini bermakna mempercayai kewujudan kedua-duanya termasuk kedua-duanya termasuk dalam beriman kepada Allah, Kitab dan Rasul. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Dhariyat ayat 56 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Begitu juga firman Allah s.w.t dalam surah al-Khafi ayat 50 yang menjelaskan tentang asal usul syaitan daniblis: "Dan (ingatkanlah peristiwa)

Fenomena Takut Hantu: Apa sebenarnya yang digambarkan oleh orang Melayu mengenai hantu?

Image
Mungkin kita perlu bertanya dahulu adakah hantu itu wujud? Benarkah dakwaan sesetengah orang bahawa apabila roh seseorang tidak tenteram, maka ia akan bangkit dari kuburnya untuk mengganggu kehidupan manusia yang masih hidup? Hantu dalam masyarakat Melayu sering kali digambarkan sebagai makhluk ghaib yang menjelma dengan rupa yang menakutkan. Sesetengah orang Melayu mengatakan bahawa hantu itu berasal dari roh org mati yang tidak tenteram disebabkan sesuatu hajat yang belum selesai seperti untuk membalas dendam ke atas org yang masih hidup. Antara jenis hantu yang sering dikaitkan dengan orang yg meninggal dunia ialah hantu puntianak,hantu kubur, pocong, langsuir dan lain-lain. Ada sesetengah orang Melayu menggunakan istilah "roh kembali" terhadap beberapa fenomena mistik yang berlaku dalam masyarakat sehingga ada sesetengah produser drama dan filem pula menjadikannya sebagai modal untuk melariskan filem dan drama mereka. dipetik dari Majalah Al-Ustaz Ruangan: Moh

Adakah Kasih Sayang Allah diukur dengan kesenangan di dunia?

Makhluk yang mendapat kesenangan di dunia bukanlah menjadi ukuran bahawa mereka sahaja yang mendapat rahmat Allah. Manakala orang yang hidupnya susah di dunia, bukanlah bermakna Allah s.w.t tidak mengasihi mereka. Tidakkah para nabi dan rasul adalah kekasih Allah s.w.t? Mereka semua menghadapi cabaran dan kesusahan dalam perjalanan hidup mereka, naum merekalah yang paling banyak mendapat rahmat dan kasih sayang Allah sehingga menjadi kekasihNya. Kadangkala ujian dan cabaran hidup merupakan tanda kasih sayang Allah secara hakikatnya, walaupun tidak pada zahir. Apabila kita diuji, kita menjadi calon ahli yang mendapat kebaikan daripada Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:  " Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan kepdanya, dia akan diuji daripanaNya." Kadangkala apabila situasi kita diuji dan sempit dengan masalah, pengharapan kepada Allah amatlah tinggi dan menebal di dalam hati manusia. Sebenarnya secra tidak sedar, kita melalui proses untuk menjadi

Bagaimanakah Allah s.w.t mengasihi hambaNya?

Halal dan haram adalah bentuk kasih sayang Allah s.w.t kepada hambaNya. Suruhan dan tegahan daripada Allah tanda begitu kasihnya Allah s.w.t agar tidak terjerumus dalam tipu daya syaitan dan nafsu yang menyesatkan. Setiap anggota yang ada di tubuh manusia terutamanya akal adalah nikmat Allah s.w.t yang tidak dapat dihitung dan dibalas. Dengan pacaindera yang pelbagai, manusia menjadi sangat mulia dan terhormat daripada makhluk yang lain. Islam dan iman adalah nikmat yang paling terbesar yang kita perolehi. Bayangkan, orang kafir yang melakukan kebaikan sebesar gunung, tidaklah dinilai di sisi Allah s.w.t  berbanding kebaikan orang beriman walau sebesar kuman sekalipun, akan dibalas dengan balasan yang setimpal. Allah s.w.t mengampunkan dosa para hambaNya walaupun dosanya menjangkau seluas langit dan bumi. Satu kebaikan yang dibuat, akan dibalas dengan 10 pahala. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Sesiapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) 10 kali ganda ama

Solat Orang Yang Berzina

Orang yang melakukan perbuatan zina atau meminum minuman keras dalam erti kata lain melakukan dosa besar, maka Allah tidak menerima ibadatnya sehingga dia bertaubat dengan taubat nasuha. Dipetik dari Majalah Al-Ustaz Ruangan: Dato' Haji Ismail Kamus

Hukum bermain tanglung pada hari raya dan memberi atau menerima hadiah berupa hamper sempena hari Perayaan?

Tanglung ialah budaya orang kafir untuk memanggil hantu mereka. Oleh itu, tidak boleh kita melakukan seemikian sesuka hati sahaja. Bagaimanapun dalam masalah hamper, Islam menganjurkan untuk saling menhadiahi. Maka, tidak salah untuk orang Islam melakukannya tetapi janganlah berniat meniru budaya mereka. Dipetik dari Majalah Al-Ustaz Ruangan: Dato' Haji Ismail Kamus

Adakah jodoh penzina dengan penzina?

Allah Maha Mengetahui jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha). Bukti yang nyata dan jelas dalam taubat seseorang adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan dengan hubungan lelaki dan wanita. Jika seseorang mendakwa atau berasa dirinya sudah bertaubat, namun masih mengamalkan gaya hidup lamanya seperti: 1. Masih aktif berhubung dengan rakan lelaki 2. Masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki sama ada urusan kerja atau peribadi 3. Masih berdating dan chatting intim dengan orang lelaki tidak kira dia daripada kalangan orang agama ataupun tidak. Maka jawapannya, eluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu. Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pemakaiannya juga perlu berubah; daripada membuka kepada menutup aurat, daripada tutup separa kepada tutup penuh, daripada tudung glamor munafiq(hakikatnya membuka aurat) kepada tudung Mus

Hukum Melukis Pelan Bangunan Kilang Arak

Jika bangunan daripada pelan yang anda lukis menjadi tempat orang membuat maksiat kepada Allah, maka anda akan mendapat sedikit saham juga. Orang yang menolong dalam perkara dosa maka ia juga mendapat saham, Kerana itu Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan dan janganlah sekali-kali kamu bertolongan dalam perkara kejahatan." (surah al-Maidah 5:2) Justeru, perkara yang perlu ada pada diri kita adalah iman dan takwa. Oleh sebab itu, sekiranya diberi tawaran melukis pelan bangunan kilang arak, janganlah mengambil tender tersebut sekalipun harga yang ditawarkan lebih tinggi daripada membuat bangunan yang lain. Keimanan yang ada dalam diri mendatangkan keyakinan bahawa kita akan diazab apabila melakukannya, dan takwa pula menyebabkan rasa takut apabila mendengar azab-azab Allah yang Maha Dahsyat akan menimpa kepada orang yang berbuat maksiat kepada Allah. Dipetik dari Majalah Al- Ustaz Ruangan: Ustaz Azhar Idrus

Doa Munajat

"Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu dan anak hamba perempuanMu. Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diriMu yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisMu, hendaknya Engkau jadikan al-Quran sebagai penenteram hatiku, chaya di dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku." Pesanan: Daripada Abdullah beliau berkata, RAsulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak seseorang hamba itu membaca ketika ia ditimpa kegelisahan dan dukacita (doa tersebut) melainkan Allah s.w.t menghilangkan kegelisahnnya dan menggantikan kedukaannya itu dengan kegembiraan. Para sahabat bertanya: "Bolehkah kami mengajarkan kalimat-kalimat tersebut?' Rasulullah s.a.w menjawab: 'Sudah tentu' Memang sepatutnya orang yang mendengarkannya me

Adab Bertanya Khabar ketika bertamu

Siapa pun ada, sama ada teamu atau tuan rumah, hendaklah saling bertanya khabar dan mendoakan kebaikan antara satu sama lain. Anda tidak boleh menggunakan kesempatan bertemu dan bertamu ini untuk mengumpat atau bergosip tentang orang lain. Jadikanlah agenda bertamu ini sebagai cara untuk mengumpul pahala dan kebaikan. Sebagai seorang tetamu, jika anda melihat masalah yang terjadi dalam rumah tersebut, janganlah anda turut masuk campur sehingga menyebabkan seisi rumah berasa tidak selesa dengan sikap anda. Hadapilah keadaan itu dengan bersikap tenang dan tidak mencampuri urusan tuan rumah dan keluarganya. Jika difikirkan perlu, berusaha untuk tidak berlama-lama di rumah tersebut. Walau bagaimanapun sebagai tuan rumah, anda harus berusaha untuk menutup masalah-masalah yang berlaku dalam rumah agar tidak diketahui tetamu yang datang. Cubalah bersikap tenang semasa ada tetamu di dalam rumah anda. Tidak perlu memperlihatkan wajah anda yang masam dan sungul, menaikkan suara mahupun mengh

Adab Bermalam di rumah orang

Dalam masyarakat kita, kalau tetamu berkunjung ke rumah akan diajak bermalam kadar semalam. Maka bolehlah menimbang sama ada wajar menerima permintaan itu atau tidak. Tetapi bagaimana kalau tetamu itu sendiri yang terpaksa tumpang menginap di rumah tersebut? Dalam keadaan ini, mintaklah izin terlebih dahulu agar tuan rumah mengetahui hasrat anda, dan dapat mempersiapkan tempat dan lain-lain keperluan untuk anda menginap. Namun, sebagai seorang tetamu, lebih baik anda peka terhadap situasi dan kondisi tuan rumah tersebut. Jika tuan rumah mempunyai ramai anak perempuan, sedangkan anda adalah tetamu lelaki dan keadaan rumah pula kecil dan sempit, maka batalkan niat tersebut. Ini kerana kehadiran anda untuk menginap mungkin mendatangkan rasa tidak selesa kepada anak-anak perempuan tuan rumah tersebut. Jagalah pandangan apabila bertamu ke rumah orang. Apabila mata anda melilau memerhatikan seisi rumah tentu akan nampak kekurangannya, pasti tuan rumah akan berasa rendah diri. Dan jika ki

Adab Bertamu

Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam. Barang siapa yang beriman dengan Alla dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) "Tamu datang membawa rezeki dan keluar membawa dosa," demikian ungkapan yang sering kita dengar. Begitulah mulianya seorang tetamu pada kita. Sebagai tuan rumah, menjadi satu kewajipan untuk kita memuliakan tetamu kerana memuliakan tetamu hukumnya adalah wajib. Sambutlah tetamu yang datang dengan cara yang ceria dan tidak kaku. Sebaik-baiknya kita ucapkan selamat datang sambil memberikan senyuman yang manis dan mesra agar mereka berasa selesa untuk bertamu. Hidangkan tetamu dengan hidangan yang bersih, baik dan lazat. Namun, ini bukanlah menjadi sebab untuk kita berlebih-lebihan sehingga memaksakan keadaan luar daripada