Adab Bermalam di rumah orang
Dalam masyarakat kita, kalau tetamu berkunjung ke rumah akan diajak bermalam kadar semalam. Maka bolehlah menimbang sama ada wajar menerima permintaan itu atau tidak. Tetapi bagaimana kalau tetamu itu sendiri yang terpaksa tumpang menginap di rumah tersebut? Dalam keadaan ini, mintaklah izin terlebih dahulu agar tuan rumah mengetahui hasrat anda, dan dapat mempersiapkan tempat dan lain-lain keperluan untuk anda menginap.
Namun, sebagai seorang tetamu, lebih baik anda peka terhadap situasi dan kondisi tuan rumah tersebut. Jika tuan rumah mempunyai ramai anak perempuan, sedangkan anda adalah tetamu lelaki dan keadaan rumah pula kecil dan sempit, maka batalkan niat tersebut. Ini kerana kehadiran anda untuk menginap mungkin mendatangkan rasa tidak selesa kepada anak-anak perempuan tuan rumah tersebut.
Jagalah pandangan apabila bertamu ke rumah orang. Apabila mata anda melilau memerhatikan seisi rumah tentu akan nampak kekurangannya, pasti tuan rumah akan berasa rendah diri. Dan jika kita nampak sesuatu yang hebat pua tentu akan menimbulkan rasa takabbur dalam diri tuan rumah. Selain mata, tangan dan mulut, hati juga perlu dijaga. Elakkan mengusik apalagi mengambil barang-barang kepunyaan tuan rumah tanpa izin. Jagalah mulut dan perkataan yang keluar ketika berada di dalam rumah tersebut. Jangan pula sesekali anda terlampau memuji apatah lagi memperkatakan sesuatu yang negatif tentang keadaan rumah mahupun penghuni rumah tersebut.
dipetik dari Majalah Fardu Ain
Penulis: Ustazah Ummu Solehah Muhammad

Comments