Adakah Kasih Sayang Allah diukur dengan kesenangan di dunia?
Makhluk yang mendapat kesenangan di dunia bukanlah menjadi ukuran bahawa mereka sahaja yang mendapat rahmat Allah. Manakala orang yang hidupnya susah di dunia, bukanlah bermakna Allah s.w.t tidak mengasihi mereka. Tidakkah para nabi dan rasul adalah kekasih Allah s.w.t? Mereka semua menghadapi cabaran dan kesusahan dalam perjalanan hidup mereka, naum merekalah yang paling banyak mendapat rahmat dan kasih sayang Allah sehingga menjadi kekasihNya.
Kadangkala ujian dan cabaran hidup merupakan tanda kasih sayang Allah secara hakikatnya, walaupun tidak pada zahir. Apabila kita diuji, kita menjadi calon ahli yang mendapat kebaikan daripada Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
" Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan kepdanya, dia akan diuji daripanaNya."
Kadangkala apabila situasi kita diuji dan sempit dengan masalah, pengharapan kepada Allah amatlah tinggi dan menebal di dalam hati manusia.
Sebenarnya secra tidak sedar, kita melalui proses untuk menjadi orang beriman yang sebenar kerana orang yang beriman akan diuji oleh Allah s.w.t Maka, menjadi pilihan Allah untuk menjadikan kita dekat kepadaNya sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita.
dipetik dari Majalah Al-Ustaz
Ruangan: Ustaz Mohd Azrul bin Ismail

Comments