Fenomena Takut Hantu: Apa sebenarnya yang digambarkan oleh orang Melayu mengenai hantu?
Mungkin kita perlu bertanya dahulu adakah hantu itu wujud? Benarkah dakwaan sesetengah orang bahawa apabila roh seseorang tidak tenteram, maka ia akan bangkit dari kuburnya untuk mengganggu kehidupan manusia yang masih hidup?
Hantu dalam masyarakat Melayu sering kali digambarkan sebagai makhluk ghaib yang menjelma dengan rupa yang menakutkan. Sesetengah orang Melayu mengatakan bahawa hantu itu berasal dari roh org mati yang tidak tenteram disebabkan sesuatu hajat yang belum selesai seperti untuk membalas dendam ke atas org yang masih hidup.
Antara jenis hantu yang sering dikaitkan dengan orang yg meninggal dunia ialah hantu puntianak,hantu kubur, pocong, langsuir dan lain-lain.
Ada sesetengah orang Melayu menggunakan istilah "roh kembali" terhadap beberapa fenomena mistik yang berlaku dalam masyarakat sehingga ada sesetengah produser drama dan filem pula menjadikannya sebagai modal untuk melariskan filem dan drama mereka.
dipetik dari Majalah Al-Ustaz
Ruangan: Mohd Aizam Mas'od
Comments