Adab Bertanya Khabar ketika bertamu
Siapa pun ada, sama ada teamu atau tuan rumah, hendaklah saling bertanya khabar dan mendoakan kebaikan antara satu sama lain. Anda tidak boleh menggunakan kesempatan bertemu dan bertamu ini untuk mengumpat atau bergosip tentang orang lain. Jadikanlah agenda bertamu ini sebagai cara untuk mengumpul pahala dan kebaikan.
Sebagai seorang tetamu, jika anda melihat masalah yang terjadi dalam rumah tersebut, janganlah anda turut masuk campur sehingga menyebabkan seisi rumah berasa tidak selesa dengan sikap anda. Hadapilah keadaan itu dengan bersikap tenang dan tidak mencampuri urusan tuan rumah dan keluarganya. Jika difikirkan perlu, berusaha untuk tidak berlama-lama di rumah tersebut.
Walau bagaimanapun sebagai tuan rumah, anda harus berusaha untuk menutup masalah-masalah yang berlaku dalam rumah agar tidak diketahui tetamu yang datang. Cubalah bersikap tenang semasa ada tetamu di dalam rumah anda. Tidak perlu memperlihatkan wajah anda yang masam dan sungul, menaikkan suara mahupun menghentak-hentak barang untuk menunjukkan rasa tidak puas hati anda. Keadaan ini akan menyebabkan tetamu berasa kecil hati dan tidak selesa untuk terus bertamu.
Iring Tetamu Pulang
Apabila tetamu meminta diri untuk pulang, janganlah anda membiarkannya untuk keluar dari rumah seorang diri. Iringilah tetamu anda hingga ke luar rumah. Paling tidak hingga ke pintu rumah. Ini menunjukkan bahawa anda menghormatinya sebagai tetamu. Ucapkanlah terima kasih kerana datang bertamu dan jemputlah dia untuk bertamu lagi pada lain waktu dengan ikhlas.
Tetamu pula, ucapkalah terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi untuk menerima dan melayannya sebagai tetamu. Doakan agar tuan rumah dan seisi keluarga akan mendapat rahmat Allah dan diperluaskan rezeki mereka asbab mereka sangat menghormati tetamu. Jangan sesekali meminta apa pun daripada tuan rumah, ia adalah satu perbuatan yang sangat tidak sopan.
Tetamu yang datang adalah amanah Allah yang harus ditunaikan haknya. Tuan rumah bertanggungjawab atas tetamu selama berada di rumahnya serta wajib menafkahkan sebahagian rezekinya buat tetamu itu. Dengan menghormati tetamu dan menyempurnakan haknya, ia menjadikan seseorang itu memiliki iman yang sempurna apatah lagi jika tetamu itu merupakan saudara seagama. Begitu jugalah tetamu buan Islam, mereka harus mendapat layanan yang sama dari tuan rumah beragama Islam.
Biarpun tetamu tersebut bukanlah dalam kalangan orang yang ktia kenal, itu bukan satu halangan daripada memuliakan tetamu. Tetamu, bertemu tidak jemu, berpisak tidak gelisah. Wallahualalm
dipetik dari Majalah Fardu Ain
Penulis: Ustazah Ummu solehah Muhammad

Comments