Kisah Pencuri Bawang

Menurut hikayatnya daripada Punjab, terdapat seorang pencuri yang telah berjaya mencuri 200 biji bawang, namun berjaya ditangkap oleh tuan ladang. Pencuri tiu akhirnya dihantar ke mahkamah utnuk ditentukan hukumannya.

Setelah dibicarakan, hakim menjatuhkan hukuman denga yang perlu dibayar sebanyak 10 keping emas. Si pencuri bawang mengatakan denda tersebut amat tinggi. Lalu hakim memberikan kepadanya dua pilihan, sama ada makan bawang sebanyak 200 biji atau disebat dengan 20 kali sebatan. Akhirnya si pencuri itu memilih untuk makan 200 biji bawang tersebut.

Si pencuri tadi mulalah makan bawang tersebut satu demi satu sehinggalah biji yang ke 25, air matanya sudah megalir kepedihan dan perutnya terasa sperti terbakar. Olehkerana tidak tahan, maka dia memohon kepada hakim untuk disebat dengan 20 kali sebatan. Baru sahaja sebatan ke sepuluh dia sudah tidak tahan dan meninta sebatan dihentikan.

Akhirnya pencuri tersebut tetap terpaksa membayar denda sebanyak 10 keping emas. hakim mengatakan kepada si pencuri itu; " Jika anda terus membayar deda dari awal tidaklah anda terpaksa makan 25 biji bawang da disebat 10 kali sebatan. Anda suka memilih jalan sukar, seharusnya apabila anda sudah melakukan kesalah, maka anda perlu bertanggunjawab terhadap tindakan anda dan segera meneruskan kehidupan.

Moral:
Hanya kerana bawang hidup sengsara. Buat pilihan yang bijak dan fikrkan kesannya serta bertanggunjawablah terhadap kehidupan.


dipetik dari Majalah al-Ustaz
Ruangan: Amly Asenar

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah