Adakah jodoh penzina dengan penzina?
Allah Maha Mengetahui jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha). Bukti yang nyata dan jelas dalam taubat seseorang adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan dengan hubungan lelaki dan wanita.
Jika seseorang mendakwa atau berasa dirinya sudah bertaubat, namun masih mengamalkan gaya hidup lamanya seperti:
1. Masih aktif berhubung dengan rakan lelaki
2. Masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki sama ada urusan kerja atau peribadi
3. Masih berdating dan chatting intim dengan orang lelaki tidak kira dia daripada kalangan orang agama ataupun tidak.
Maka jawapannya, eluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu. Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pemakaiannya juga perlu berubah; daripada membuka kepada menutup aurat, daripada tutup separa kepada tutup penuh, daripada tudung glamor munafiq(hakikatnya membuka aurat) kepada tudung Muslimah sejati. Hanya dengan demikian, mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibu bapanya.
Mata lelaki soleh tidak ingin melihat kepada wanita yang bercampur dan bergaul dengan teman lelaki sekerja, bertepuk bertampar, bergurau senda, berdating sana sini berdua-duaan. Hanya mata lelaki "soleh luarannya" (penampilan fizikal) dan "tidak soleh dalamannya" sahaja yang akan terus berminat kepada wanita tersebut.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Nur ayat 3 yang bermaksud: "Lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina atau wanita Musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau Musyrik"
Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dlam hal berkahwin dengan seseorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.
Walau bagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah dinasakhkan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua Muslim dan Muslimah yang masih boleh berkahwin, iaitu ayat surah al-Nur ayat 32. Ia adalah pandangan majoriti ulama. (Al-Jami'li Ahkam al-Quran, jil.6, hlm.112 oleh al Qurtubi)
Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah s.w.t memberikan jodoh lelaki atau wanita jahat kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas. Hikmahnya hanya AllahYang Maha Mengetahui. Besar kemungkinan orang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, menjadikan beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.
Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boeh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya.
Namun boleh juga berlaku sebaliknya, yang jahat bertambat buruk sikapnya dan yang baik merudum jatuh. Nauzubillah. Ingatlah, antara tanda lelaki itu baik adalah dia tidak akan pernah membicarakan soal seks atau yang menaikkan syahwat denganmu sama ada melalui SMS, telefon atau secara berdepan selagi dia belum bernikah dengan mu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.
Dipetik dari Majalah Al-Ustaz
Ruangan: Rustaz Zaharuddin Abd. Rahman

Comments