Posts

Showing posts from October 3, 2010

Orang Bijak Panjang Umur

Image
Panjang pendek umur manusia tidak sama. Kita datang ke dunia ibarat menaiki bas dengan destinasi yang berbeza. Tidak semestinya yang naik dahulu akan turun dahulu. Begitulah juga sebaliknya. Tidak semestinya yang naik kemudian akan turun kemudian. Ada masanya yang naik dahulu akan turun kemudian dan ada pula yang naik kemudian tetapi turun terlebih dahulu. Panjang atau pendek umur tidak penting. Apa yang penting adalah bagaimana menggunakan nikmat usia yang Allah anugerahkan selaras dengan tujuan Allah menghidupkan kita.

Anehnya Perjalanan Masa

Image
Usia umpama harta...bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkataannya. Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian. Setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, ucapan sewajarnya bukanlah "Selamat panjang umur" tetapi "selamat pendek umur". Hal ini kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Maknanya, semakin hari semakin pendek umur kita. Ya, hari ini setapak lagi kita menghampiri tarikh kematian kita. Mati untuk hidup? Benar, kerana kematian di dunia ini hakikatnya untuk hidup kekal abadi di akhirat nanti.