Posts

Showing posts from November 4, 2012

Balang kerepek pisangnya...

Seorang wanita membawa sebuah buku dan sebalang kerepek pisang bersamanya di dalam keretapi. Dalam perjalanan panjang itu, wanita tersebut khusyuk membaca buku dan meletakkan balang tersebut antara dua bagnya di lantai. Wanita itu terlalu khusyuk dengan bukunya, tetapi tiba-tiba perasaan ada seorang lelaki di tepi dia, dengan beraninya, mengambil kerepek pisang daripada balang yang terletak di a ntara dua bag tersebut… Wanita itu marah, tapi membuat tidak tahu… kerana tidak ingin situasi menjadi kecoh. Takut stoknya habis rugi dimakan pencuri terbabit, wanita tersebut pun cepat-cepat mengambil kerepek pisang dari balang yang sama. Setiap saat yang berlalu, wanita itu bertambah marah… “Jika saya ini nak kasar, pasti lebam mata pencuri itu.” Setiap kerepek pisang yang wanita ambil, pencuri itu akan ambil satu. Sehingga kerepek pisang terakhir, wanita ingin melihat apa yang pencuri itu akan lakukan. Dengan senyuman, pencuri itu memecah kerepek pisang itu kepada dua

Alkisah seorang manusia ‘tak guna’

"Ustaz, ana rasa ana tak guna. Apa pun tak tahu… tak tahu datang dunia ini buat apa,” kata seorang pemuda di kampung…. “Apa kerja enta?” tanya ustaz tersebut… “Malu nak cerita… tapi kerja yang hina, tak perlu guna otak, tak ada skil, rezeki kais pagi makan petang je…” jawab pemuda itu… Melihat pemuda itu yang hilang semangat terhadap hidup dan kerjanya… ustaz tersebut menyuruh pemuda tersebut mengikutnya untuk berjalan di sekitar kampung…. Sambil berjalan, ustaz tersebut pun bercerita… “Lihat matahari di atas… Allah pastikannya timbul tiap subuh dan terbenam setiap senja. Dalam tempoh tersebut, manusia kadang-kala merungut berkata panas, kulit sakit…. Tapi rumput-rumput di bawah ini – tak merungut… mereka perlukan cahaya untuk membuat makanan daripada apa yang diserap daripada tanah…. Mengapa rumput perlu buat makanan? Kalau tak, daun dia tak tumbuh, lembu-lembu dan kambing-kambing akan kelaparan…. Bila lembu-lembu kelaparan, manusia hilang sumber prote

Alkisah cerita seorang pengurus......

"Salam ustazah, saya terasa sangat hilang arah... tak tahu apa yang perlu dibuat, difokus dan tidak gembira... keluarga dan suami, anak rasa terabai... ustazah minta bantu," kata Jannah kepada ustazah di kampungnya... "Jannah ini seorang yang sibuk ke.... sibuk sampai tak ada masa?" tanya ustazah tersebut... "Ya...." jawab Jannah. "Boleh bagi ustazah 15 m init... jalan-jalan dengan di tepi pantai..." ustazah bercadang. "Ustazah, buat apa jalan-jalan... saya tak ada masa.... kalau ada jawapan jawablah saja... tolonglah saya..." kata Jannah yang mula mengalirkan air mata.... Ustazah tersebut melihat Jannah yang kenangisan lalu membawa sebuah balang dan memegang tangan Jannah dan memaksa beliau ikut berjalan di tepi pantai... Apabila terjumpa batu-batu yang agak besar, ustazah tersebut memungutnya dan memenuhkan balangnya.... "Mengapa ustazah masuk dalam balang... berat lah jadi balang ini... ingat ustazah

Alkisah dua orang pesakit

Dua pesakit, yang sakit kronik duduk di dalam bilik hospital yang sama bertingkap satu. Setiap mereka hanya dibenarkan untuk duduk tegak sejam sehari pada waktu tengahari untuk jururawat membersihkan katil. Selain itu, dua lelaki itu hanya terlantar sepanjang hari. Daud dan Din bercakap tanpa henti setiap hari. Mereka berbicara mengenai isteri, keluarga, rumah, kerja da n tempat di mana pernah pergi bercuti. Setiap tengahari, Daud yang katilnya bersebelahan dengan tingkap akan melihat ke luar dan memberitahu Din apa yang dia lihat di luar tingkap. Perkara ini berulang sehingga Din sentiasa menanti-nanti waktu tengahari untuk Daud bercerita bagaimana keadaan di luar tingkap. Daud memberitahunya pemandangan di luar tingkap agak cantik – ada tasik dan itik dan angsa sedang berenang dan kanak-kanak melepaskan bot kertas buatan mereka. Daud juga memberitahu ramai juga yang berkelah di tepi tasik, duduk di bawah pokok bersama keluarga dan orang tercinta… Daripada t

Alkisah seorang cucu dan pokok…

Setiap tahun, cucu Pak Ibrahim yang berusia akan melawatnya di kampung… dan di dalam dusun ada satu pokok yang ditanam bersama cucu dan Pak Ibrahim untuk kenangan bersama…. Tahun 1… “Atuk atuk, tengok pokok ini daun lebat nampak subur… dah tinggi. Pandailah datuk tanam pokok ini…” kata cucu kepada Pak Ibrahim... Pak Ibrahim tersenyum… Tahun 2… “Atuk atuk, lihat pokok kita dah lebih besar dan tinggi, daunnya makin lebat…. Atuk memang pandai jaga pokok ini…. Bila kita dapat buahnya?” tanya cucu Pak Ibrahim … “Tahun depan Insha-Allah,” jawab Pak Ibrahim sambil tersenyum. Tahun 3… musim kemarau menimpa… “Atuk atuk, pokok ini nampak layu….daun pun dah gugur banyak… tak dapatlah buah tahun ini… walaupun kemarau tapi nampak masih subur... hebatlah atuk…” tanya cucu Pak Ibrahim… “bukan atuk tak jaga…Allah yang jaga,” jawab Pak Ibrahim dengan selamba… Tahun 4… pokok mula berbuah… “Atuk, dah keluar buah. Atuk hebatlah… tahun lepas nampak nak mati, kita hid

Malam ini pendek sahaja....

Tahukah manusia apa yang tidak boleh ditewaskan? ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... Mereka yang tidak mengerti putus asa. Asalkan kita kekal cekal, tabah dan rajin berusaha terhadap sesuatu tanpa berputus asa, tiada halangan yang kita tidak boleh ditempohi. Ingatlah apa-apa keputusan yang kita ambil, tentu ada pengkritik yang menyatakan bahawa kita salah. Selalu akan timbul masalah di mana ada yang menggoda kita
Image

Alkisah seorang buta dan rahsia....

Karim yang buta sejak berusia 8 tahun tidak pernah jemu memohon agar Allah mengembalikan penglihatannya. Sejak terkena demam panas, ia terus menempuh kehidupan dalam serba kegelapan. Namun itu bukan alasan baginya untuk mengabaikan perintah Allah dan berusaha mendekatkan diri padaNya. Setiap selepas solat, Karim akan menadah tangan merayu -rayu agar Allah me ngembalikan penglihatan kepadanya. Teringin benar ia melihat wajah isteri dan anaknya yang masih kecil. Namun Karim masih beruntung kerana mempunyai seorang kawan Hakimi yang kebetulan jiran yang sentiasa mengambil berat kehidupannya sekeluarga. Apa sahaja hajat beliau dan keluarga, Hakimilah tempat ia meminta pertolongan. Terlalu banyak jasa Hakimi kepada dia dan keluarga. Pernah satu hari anaknya demam, Hakimilah membawanya ke hospital. " hakimi, saya ucap terima kasih banyak- banyak kerana pertolongan dan bantuan yang kamu berikan pada saya, isteri dan anak." ucapan penghargaan sering menghemb

Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...

Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan… “Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan. Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus! Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!” Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.” Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus. “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus. Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa sela

Mengenal bagaimana Allah inginkan kita mengenali-Nya.

Jika kita tidak pernah merasai kesakitan, mungkinkah kita kenal Allah sebagai maha penyembuh? Jika kita tidak pernah merasai kesedihan, mungkinkah kita kenal Allah sebagai maha pengasih? Jika kita tidak pernah melakukan kesilapan, mungkinkah kita kenal Allah sebagai maha pengampun? Jika kita tidak merasai masalah, mungkinkah kita kenal Allah sebagai maha mengetahui? Jika kita tidak pernah menghadapi kesusahan, mungkinkah kita tahu bahawa Allah akan datang menyelamatkan kita? Jika kita diberi semua segalanya, mungkinkah kita tahu bersyukur kepada Allah? Jika Allah tidak pernah memperbetulkan kita, mungkinkah kita sedar bahawa Allah menyayangi kita? Jika kita diberi kuasa sepenuhnya, mungkinkah kita bergantung kepada Allah? Jika hidup kita adalah sempurna, perlukah Allah lagi dalam kehidupan kita? Senyum. (koleksi Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man)

Alkisah di tempat kerja (- dari koleksi Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man)

Rudin dan Mat sama-sama memasuki satu syarikat pemborong selepas tamat pengajian tinggi. Berdua rajin bekerja dan sama kerja keras. Selepas 5 tahun bekerja, Mat dinaikkan menjadi pengurus jualan manakala Rudin kekal sebagai wakil penjual. Satu hari, Rudin tidak tahan lagi dan menghantar surat perletakan jawatan kepada bosnya dan mengadu bahawa bosnya tidak menghargai pekerja yang bekerja kuat dan sebaliknya hanya suka pada mereka yang mengampunya. Bos mereka tahu Rudin dan Mat kerja kuat, tapi untuk memahamkan Rudin mengapa beliau memilih Mat daripada dia, bos memberitahu Rudin: “Rudin, jangan resign dulu. Siapkan tugasan ini, jika cemerlang saya akan promote Rudin tahun ini. Dan tugasan ini mudah saja. Pergi ke pasaran dan melihat ada tak sesiapa yang menjual tembikai susu Australia?” Rudin bergegas pergi dan kembali ke bilik bosnya dan berkata ada. Bos bertanya pada Rudin, berapa satu kg. Rudin berkata RM12. “Ok. Good,” kata bos Rudin. Rudin ingat beliau sangat hebat dan

Learned the hard way

Image

Jom Doa

"Ya Allah aku mengadu kepadaMu, betapa lemahnya kekuatanku, hinanya aku dengan dosaku, & jauhnya daku daripada rahmatMu. Wahai Tuhan yang Maha Kuat, berilah daku kekuatan untuk terus mentaati-Mu. Wahai Tuhan yang menggenggam nyawaku, hidupkanlah daku di atas jalan kebenaran sepanjang nafasku yang berbaki ini. Hanya kepada-Mu daku berharap & hanya kepada-Mu lah daku berserah."

Facebook

Image

Bangunlah kerana Allah

Image

Isteri Amanah Allah

Image

Bila Rindu ayah Rindu Ibu lihatlah wajahmu dicermin..

Image
Bila aku rindu aku lihat wajahku dicermin...dan aku intai wajah adik2ku

apa beza Doktor lelaki dan ustaz (pengamal rawatan alternatif)?

Hari2 yg semakin sibuk...dengan kerja, anak2, keluarga dan diri sendiri. Aku perlu kuat, mental dan fizikal. Aku perlu sihat. "Ya Allah sembuhkanlah aku. Hanya KAU lah yg Maha Penyembuh. Ada satu perkara yg aku tak faham dan tak ada org yg berani mengulasnya. Tentang Ketaatan. Taat isteri pada suami, taat segala kemahuan dan kehendaknya selagi tidak menyuruh kita melakukan perkara yang mungkar atau ketaatan yg mendatangkan mudarat. Haruskah isteri terus taat dengan perintah atau kehendak suami sekiranya suami berkata " kita dh x perlu berubat lg." "tak perlu berikhtiar. cukuplah setakat ini" Apa yg sebenarnya yg sedang ditunggu? Allah turunkan 'sihat' tanpa ikhtiar? atau kita hanya mahu menunggu MATI? Maaf, entri kali ni agak tertekan. Biasanya org akan komen: 'mintaklah dulu izin suami, kalau suami tak nak bawakkan boleh la pegi sendiri dengan ditemani oleh anak atau kawan.' Masalahnya: Izin suami pun tak dapat!!! Jd haruskah dibiar menunggu MA