CUKUP HANYA SEKALI!
  “Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri  menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa  yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya!”  Maksudnya,  kita akan menilai seseorang dengan fikiran, hati dan perasaan kita.  InsyaAllah, jika kita dapat melihat sisi baik pada diri seseorang itu  petanda fikiran, hati dan perasaan kita juga baik. Syukurlah. Namun,  jika sebaliknya, berhati-hatilah… itu petunjuk akan kejahatan diri kita  bukan orang yang kita lihat.    Begitulah dalam hidup ini, kita mesti memulakan kebaikan daripada  diri kita sendiri. Caranya? Bermula dengan sangka baik. Lihat yang  baik-baik. InsyaAllah, lama-kelamaan kita akan jadi baik dan mendapat  kebaikan. Pernah diceritakan bagaimana pada suatu ketika Nabi Isa AS  melalui seekor bangkai kambing bersama-sama para pengikutnya. Ketika  para pengikutnya, memalingkan muka dan menutup hidup kerana jijik dan  terhidu bau busuk, Nabi Isa sebaliknya berkata, “aku ...