Posts

Showing posts from April 20, 2014

Terima kasih

Terima kasih pernah datang, lalu menghilang. Terima kasih pernah ada, lalu tiada. Terima kasih pernah menghibur, lalu kabur. Namun aku tetap yakin, segala yang diaturkan oleh Allah dalam kehidupan ini semuanya akan memberikan hikmah diluar jangkaan kita

Manusia Tetap Manusia

Manusia, tetap seorang manusia. Bila masih bujang, teringin sangat nak kahwin. Bila dah kahwin , nak sangat ada anak cepat2. Bila ada anak seorang, nak dua tiga orang anak dan seterusnya. Namun, bila dah kahwin, terkadang merungut kerana sudah tidak sebebas semasa usia bujang. Bila ada anak, rasa serabut kerana perlu melayani karenah setiap seorangnya. Sukarnya untuk kita bersyukur dan melihat banyaknya nikmat Allah berikan pada kita, disebalik kesukaran yang kita hadapi. Lihatlah orang yang masih bujang dan belum ada anak.. bersyukurlah dengan sedikit ujian dan nikmat yang Allah berikan pada kamu ya! Moga Allah tetap menguatkan kita semua! — Sharing by Muharikah

SIAPA AKU DIMATA MU…

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun aka n kehadirannya. Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia. Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, me