Sering kali dikala hati diamuk resah. Terasa hati dipersia, remuk redam hati memikirkan WAJARkah aku memberinya satu kemaafan, waraskah aku, tiap kali ku di goda syaitan...tiap kali itulah DIA memujuk hatiku.....apakah HARGA SEBUAH KEMAAFAN Suatu hari Anas bin Malik r.a serta ramai para sahabat yang lain duduk disisi Rasulullah, tiba-tiba mereka melihat Rasulullah tersenyum.Anas merasa hairan apabila Rasulullah s.a.w tiba-tiba tersenyum gembira sehingga kelihatan gigi, lalu Anas bertanya : "Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum gembira?" "Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada dua orang dikalangan u matku di akhirat,keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana minta diselesaikan kes yang melibatkan antara keduanya. Seorang darinya merayu kepada Allah SWT: Wahai Tuhan, tolong balaslah terhadap orang ini,sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku semasa didunia dahulu,dengan berbagai perbuatan zalim. Lalu Allah SWT memerintahkan orang ...