Posts
Showing posts from August 25, 2013
Hidayah itu pemberian Allah
- Get link
- X
- Other Apps
"Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.Bandingan cahayanya bagaikan sebuah "MIsykah"(sarang lampu) yang di dalamnya terdapat lampu itu berada dalam balang kaca.Kaca itu berkilauan bagaikan cahaya bintang yang bersinar .Ia dinyalakan dengan minyak zaitun yang amat banyak manfaat.(Pokoknya tumbuh di negeri) bukan di timur dan bukan di barat" "Minyak hampir menyala sendiri walaupun tidak disentuh oleh api. Cahayanya berlapis cahaya.Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki.Allah mengemukakan bemacam-macam perbandingan untuk (perhatian) manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Ayat 35 SURAH AN-NUR)
Bil Telefon
- Get link
- X
- Other Apps
Bil Telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang; Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja. Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja. Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga. Maid : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya
MENCARI SEORANG IMAM
- Get link
- X
- Other Apps
“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ” ” Maybe kot. Try search kat google..” ” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..” “Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..” Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan. ***************** Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing. Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing. Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam. Apa peranan imam dalam solat? Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk.
Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang
- Get link
- X
- Other Apps
Saya telah kehilangan barang kemas dan sy menjadi musykil tentang kehilangannya. Hilang dalam simpanan. Mula2 tu terasa marah, terkejut, kecewa bila pencariannya tidak mendatangkan hasil. Lalu saya diam sejenak, istigfar. "Siapalah aku nak marah atas kehilangan ini sbb semua yg kita ada hanyalah pinjaman dari DIA. Kalau DIA nak ambik, sekelip mata DIA boleh ambil." Lalu sy diam lagi. Betulkan niat. Kalau dulu sy nak cari barang sy yg hilang , tapi kali ni sy nak cari barang yg Allah pinjamkan kepada sy lalu menjadi tanggungjawab saya utk menjaganya dan utk menjadikan ia bermanafaat sebagai suatu ibadah. Mungkin salah saya jugak sbb menganggap barang kemas sebagai satu pelaburan yg sangat berguna ketika kita susah, walhal yg membantu sebenarnya adalah ALLAH. Barang adalah salah satu cara bantuan dari ALLAH dan ALLAH punya banyak cara utk membantu hamba2nya. Pesan saya pada anak, tak apalah, kita usaha dulu. Sekiranya ada rezeki kita Allah akan pulangkan pada kita. Jika tida
Cerita Ubi Kayu
- Get link
- X
- Other Apps
27hb Ogos baru berlalu, tarikh keramat yang mengimbau bagaimana kini usiaku semakin lanjut. 50 tahun lalu aku dilahirkan oleh ibu, Nik Hasanah binti Nik Mat, adik kepada Nik Aziz Nik Mat. Ibu pernah menceritakan pengalaman bagaimana sewaktu mengandungkanku lebih kurang 3 bulan. Dia mengidam nak makan ubi kayu bakar, terasa sedap jugak. Ibu menceritakan bagaimana dia pada suatu petang hari berjalan ke rumah jiran yang kebetulan ada menanam ubi kayu yang agak luas. Untuk membeli beberapa puluh sen, rasanya tiada masalah sangat. Biasalah orang mengidam tak makan banyak, beliau terus ke rumah jiran tersebut. Bilamana sampai di hadapan rumah jiran ibu memberi salam, dan menjelaskan hajat untuk membeli ubi kayu (dalam 20 sen) sambil menceritakan rasa mengidam nak makan ubi kayu bakar. Masa itu 20 sen dah kira dapatlah seguni ubi kayu. Tapi sayang tuan rumah menjawab: “Ubi kayu tidak dijual 20-30 sen, jual banyak sekali gus, sikit-sikit tak jual, maaf je lah ye….” Ibu sangat terasa hati d
Bangga KEJAP!
- Get link
- X
- Other Apps
Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga. Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedan
Org menipu sakitkan otak
- Get link
- X
- Other Apps
Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapkan kerja rumah. “Mi, sekolah macam mana hari ini? Mengapa lambat?” tanya mak sejurus saya tiba di rumah. “Bagus. Cuma Ustaz Ismail minta bantu di surau susun buku,” saya menipu kerana tidak mahukan mak terasa sedih, hampa, sakit hati, bimbang dan pelbagai alasan. Mak tidak berkata apa-apa. Seminggu berlalu, saya sekali lagi didenda untuk tinggal selepas waktu sekolah dan membersihkan tandas surau. Kali ini atas sebab yang agak memalukan, saya bergaduh dengan kawan saya yang mengejek saya didenda berdiri di luar kelas. Hari itu, saya pulang ke rumah. Mak bertanya seperti biasa apa keadaan di sekolah dan mengapa saya lambat balik. Saya menjawab terlewat dan menggunakan alasan yang sama bahawa Ustaz Ismail minta membantu kerja di surau kali ini mencuci tandas surau. Mak tidak berkata apa-apa. Kali ketiga, saya cuba ponteng ke
Ketika hati bersedih
- Get link
- X
- Other Apps
Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih.. pilihlah untuk senyum,walaupun kita memiliki sebab untuk muram, pilihlah untuk bangkit walaupun kita telah jatuh dan malu, pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa, kerana ingatlah..Allah sentiasa bersama orang yang bersabar