Air Zamzam Penawar Penyakit
Rasulullah s.a.w bersabda: "Air zamzam memberi khasiat sesuai dengan niat orang yang meminumnya. Maka jika ia minum untuk penyembuhan nescara Allah akan menyembuhkannya, jika ia minum untuk mohon pemeliharaan, nescara Allah akan memeliharanya dan jika ia meminumnya kerana kehausan nescaya akan dihilangkannya." Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air zamzam dengan menghadap kiblat, kemudian berkata (berdoa),"Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada Nabi-Mu, bahawa Baginda bersabda: Maka Ya Allah, Aku meminum air zamzam ini untuk ...(sebutkan niat yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas di luar bijana itu. Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya baca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah. Antara doa yang dibaca oleh Ibn Abbas r.a ketika meminum air zamzam, bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Mu ilmu yang ber