Hantu Takut Manusia
Saya tahu bahawa kita tidak patut takut kepada hantu. Namun jujurnya perasaan itu tetap ada. Bolehkah ustaz berikan sedikit "motivasi" supaya saya dapat hilangkan perasaan itu. Jawapan: Hakikatnya, iblis, jin dan syaitan sangat takut kepada manusia. Hairan sungguh jika manusia pula yang tkaut kepda mereka yang menjelma menjadi hantu. Diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya daripada Mujahid, beliau berkata:" Ketika aku melakukan salat pada suatu malam, tiba-tiba berdirilah stu makhluk seperti kanak2 di hadapanku. Lalu aku mengejar untuk menangkapnya. Ia pun berdiri dan melompat ke balik dinding sehingga aku mendengar bunyi ia terjatuh. Ia tidak kembali lagi setelah kejadian itu." Mujahid turut berkata: "Sesungguhnya mereka (jin) takut kepada kalian sebagaimana kalian pun takut kepada mereka." Sambung beliau lagi:"Syaitan itu lebih takut daripada sesiapa sahaja kamu. Apabila ia menampakkan diri kepada kalian, maka jangalah kalian takut sehingga ia dap